Hidup Ini Tidak Semudah ABC

Hidup ini tidak semudah kita membaca ABC ataupun menulisnya. Kehidupan yang baik harus di cari dengan usaha kita sendiri dan jangan sekali meminta-minta jika kita masih berkemampuan untuk berusaha. Hasil yang kita dapat dari usaha sendiri lebih terasa nikmatnya dari mengharapkan pertolongan orang lain.

ABC

Permulaan hidup berdikari selepas belajar tanpa tanggungan dari ibu bapa memang agak perit dan jika tersilap percaturan hidup boleh menjerumuskan kita ke jalan yang salah. Tapi selagi kita tak berani mengorak langkah ke depan sampai bila pun hidup kita tidak berubah. Trend hidup sekarang bukan lagi seperti dulu. Sekarang semuanya kena bersaing dan kena pandai mengambil peluang yang ada di depan mata mahupun tersembunyi kerana hidup ini tidak semudah ABC.

Bila dah dapat peluang mestilah jalankan amanah itu dengan baik. Selain itu, kena bijak mencari peluang lain yang ada kerana hanya berlandaskan satu kerja tak dapat mengubah hidup kita ke arah yang lebih selesa. Untuk terus hidup di era globalisasi ini kena berani untuk mencuba. Β Jadi kita kenalah berani untuk mencuba sesuatu perkara baru. Tapi nak cuba perkara baru pun bukan main redah je. Kita kenalah buat soal selidik dulu segala kelebihan dan keburukan supaya tidak tertipu kerana hidup ini tidak semudah ABC.Β Kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya?

Sibuk mencari bekalan hidup di dunia jangan pula dilupakan bekalan di akhirat begitu juga sebaliknya. Biarlah seimbang kedua-duanya. Kita mesti ada plan jangkamasa panjang dan simpanan masa depan kerana hidup ini tidak semudah ABC. Semoga tahun 2012 memberikan kita semua sinar kebahagiaan dan dimurahkan rezeki. Amin…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

36 thoughts on “Hidup Ini Tidak Semudah ABC

  • January 1, 2012 at 3:09 am
    Permalink

    Amiiiiinn . samasamalah kita berdoa agar kita semua dapat menempuh hidup nih dengan penuh keberkatan ALLAH SWT . πŸ™‚

    Reply
  • January 1, 2012 at 12:07 pm
    Permalink

    Betul tu cik tom…hidup ini tidak semudah abc…kerana apa? Kerana suka dan duka didlm hidup itu adalah satu kenangan yg sepatutnya dirasai oleh semua manusia dibumi….juga mengajar manusia itu menghargai apa yg telah dianugerahkan olehNYA.

    Reply
    • January 1, 2012 at 6:33 pm
      Permalink

      yup betul.baru manusia tahu erti menghargai sesuatu yang dimiliki πŸ™‚

      Reply
  • January 1, 2012 at 12:48 pm
    Permalink

    ABC sedap diminum….hahah..itu lumrah kehidupan.jika senang,tiadalah kehidupan

    Reply
    • January 1, 2012 at 6:39 pm
      Permalink

      ABC memang paling sedap!plg best ABC kat seksyen 2 shah alam..hehehe
      yup lumrah hidup..tue yg mematangkan lagi pemikiran bl ada cabaran πŸ™‚

      Reply
  • January 1, 2012 at 1:10 pm
    Permalink

    berapa peratus kalau nak seimbangkan untuk dunia dan akhirat?

    Reply
  • January 1, 2012 at 1:57 pm
    Permalink

    amin
    tanamkan azam, berusaha, berdoa dan tawakkal
    insyaallah akan berjaya

    Reply
    • January 1, 2012 at 3:52 pm
      Permalink

      yup betul tue kena cukup lengkap; azam+usaha+doa+tawakal=kejayaan..Allah suka hambaNYA yang berusaha =)

      Reply
  • January 1, 2012 at 2:43 pm
    Permalink

    hidup mmg tak mudah..tapi mmg ada org yg melalui hidup yg mudah. itu bahagian dia.

    saya sendiri melalui jln hidup yg turun naik. segalanya mematangkan diri dan membuat diri lebih bersedia.

    Reply
    • January 1, 2012 at 10:37 pm
      Permalink

      kadang2 yang tidak mudah itu lebih indah..
      turun naik buat kita lagi ingat kepadaNYA dan tak alpa…
      insyaAllah semua tue jadi pengalaman berharga..

      Reply
  • January 1, 2012 at 3:47 pm
    Permalink

    insyallah kewarasan akal penting utk tdk kesasul dr apa yang diimpikan….semoga dpt menepuhi cabaran dgn penuh kecerian πŸ™‚

    p/s : macam mana nk edit sidebar pun saiz?

    Reply
    • January 1, 2012 at 10:57 pm
      Permalink

      yup sbb tue Allah bagi akal kt manusia utk berfikir..
      nak edit sidebar boleh belajar tutor kat zeaks.org..
      saiz ciktom gunan nanti ciktom email infonye ye..

      Reply
      • January 2, 2012 at 7:15 pm
        Permalink

        hehehe thanks ye cik tom πŸ™‚

        Reply
        • January 4, 2012 at 1:11 am
          Permalink

          your welcome πŸ™‚

  • January 1, 2012 at 3:51 pm
    Permalink

    klu ckp mmg mudah tapi kena laksanakan sebaik blh

    Reply
    • January 1, 2012 at 10:55 pm
      Permalink

      yup memang betul…kdg2 byk ckp lebih buatnya tak..so kena seiring cakap dan buat..hee

      Reply
  • January 1, 2012 at 4:10 pm
    Permalink

    Apa jadi ye jika hidup ini semudah ABC?… Tapi ABC tu nampak yummy la CIK TOM

    Reply
    • January 1, 2012 at 10:06 pm
      Permalink

      kita takkan menghargai apa yang kita senang dapat…
      aah sebab sedap ciktom letak..hee

      Reply
  • January 1, 2012 at 6:18 pm
    Permalink

    sokong ciktom…
    nak hidup zaman skarang ni bukannya senang…
    tapi apa yang penting jangan lupakan akhirat…kan?kan?

    Reply
    • January 3, 2012 at 11:21 pm
      Permalink

      yup dlm kita duk kejar2 dunia jgn dilupa jgk bhgn utk diakhirat..sb dunia ini hanya pinjaman sementara je.

      Reply
  • January 1, 2012 at 6:34 pm
    Permalink

    hidup untuk mati..
    jadi waktu hidup ni persiapkan diri dengan amal kebaikan
    yang akan kita bawak sebagai bekal nanti..

    Reply
  • January 2, 2012 at 12:43 am
    Permalink

    Memang susah pada mulanya nak berdikari ni Cik Tom..tp lama2 kita sendiri akan jd selesa camtu..:)

    Reply
  • January 2, 2012 at 9:02 am
    Permalink

    saya sokong cik tom… dua-dua kena kejar, dunia pun mau, akhirat lagi mau..

    Reply
  • January 2, 2012 at 11:07 am
    Permalink

    betul tu ciktom..kena seimbang dunia akhirat..insyaallah..eh buat abc pun susah gak..kena bubuh macam2 benda baru jadi..kikiki

    Reply
    • January 4, 2012 at 12:59 am
      Permalink

      hidup ni macam abc jgk..segala kacang, jagung, susu, air gula, sirap tue penyeri pada abc..begitu jgk hidup kl sgala susah senang tue la menjadi rencah dan penyeri bidup.

      Reply
    • January 4, 2012 at 2:12 am
      Permalink

      jom yunk!jadi orang yang lebih bertanggungjawab

      Reply
  • January 4, 2012 at 8:05 am
    Permalink

    Mencari formula yang sesuai untuk kehidupan bukanlah mudah tetapi jika berjaya merancana formua sesuai semuanya akan menjadi.

    Reply
    • January 9, 2012 at 11:25 am
      Permalink

      yup betul tue..harap dapat ceri formula yang sesuai πŸ™‚

      Reply
  • January 5, 2012 at 11:53 pm
    Permalink

    semoga cik tom dimurahkan rezeki πŸ™‚

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE