Hukum Kahwini Wanita Hamil Anak Luar Nikah
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia…
Cik tom tertarik nak buat entry mengenai Hukum Nikah Perempuan Mengandung Anak Luar Nikah kerana terdapat perbahasan dikalangan kawan-kawan cik tom mengenai hal ini apabila berlaku kes tag-mengtag notes di facebook mengenai hukum perkahwinan yang tidak sah apabila pasangan itu berkahwin ketika wanita itu sedang hamil anak luar nikah. Dan apabila status perkahwinan itu tidak sah maka mereka dikira hidup dalam berzina sepanjang hayat.
Cik tom rasakan pendapat itu terdapat keraguannya lebih-lebih lagi tidak diceritakan sebarang dalil atau nas bagi memperkukuhkan notes tersebut. Jadi cik tom mengambil langkah mencari sumber yang kukuh dari orang berkelayakan untuk membincangkan hukum ini. Cik tom kongsikannya di sini supaya kawan-kawan yang lain mengetahui hakikat sebenarnya. Janganlah terlalu pengaruh dengan dunia facebook semata-mata tanpa mengetahui kesahihan sesuatu hukum.
Entry ini bukanlah bermakna cik tom menyokong sebarang tindakan berzina tapi sebagai peringatan kepada yang lain. Beringatlah sebelum membuat sesuatu perkara yang bukan sahaja boleh memcemarkan nama baik sendiri tapi malahan keluarga. Jauhi zina.
Soalan
Sesungguhnya permasalahan ini amat berat. Perkahwinan seumpama ini pada hari ini sememangnya amat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung anak luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini , perkahwinan ini adalah tidak sah! Maka pasangan tersebut akan hidup dalam zina sepanjang hayat. Mohon ustaz huraikan jawapan tuan imam dan tulisan ini.
Jawapan (Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman)
Telah agak lama saya terima soalan sebegini dan agak kerap juga. Jika ia hanya sekadar soalan ilmu yang bersifat amat jarang berlaku, ia tidaklah mengapa tetapi yang amat saya bimbangi adalah berdasarkan kekerapan soalan ini diajukan menimbulkan andaian bahawa kes begini sering berlaku dalam masyarakat kita.
Ini bermakna, agak ramai wanita dan lelaki yang telah terlanjur sebegini dan kemudian baru terfikir hukum bagi menyelesaikannya.
Sebagai manusia biasa, saya agak geram bila diajukan soalan ini. Hinggakan agak kerap juga saya menjawab dengan mudah iaitu.
“Hukumnya sememangnya menyukarkan, jadinya lain kali jangan berzina” demikian jawapan semasa geram saya.
“Ini kerana jika sememangnya tiada “manual panduan yang normal” hukum yang mudah bagi menjawab keadaan sedemikian, sama seperti seorang yang datang mengadu kepada seorang mekanik kereta apabila kerosakan enjin keretanya”
Setelah diselidiki , didapati enjin rosak dengan amat fatal, apabila ditanya apa sebab enjinnya seteruk ini rosaknya, maka si empunya kereta memberitahu :-
“Kerana saya letak minyak tar dalam tangki petrol”
Saya kira sudah tentu mekanik itu juga merasa ‘bengang’ dengan perangai ‘kurang cerdik’ tuan punya kereta. Kemudian apabila diberitahu kos untuk membaiki enjin itu adalah mahal dan sukar,tuan punya kereta mulalah membebel dan marah-marah serta menuntut kos pembaikan yang mudah dan murah.
“mana boleh murah dan senang kalau gini, dah hang yang teruk sangat jaga dan guna kereta. Kalau nak murah..LAIN KALI JANGANLAH MASUKKAN MINYAK TAR DALAM TANGKI PETROL NI OK !” kata mekanik meradang apabila diminta membaiki kerosakan berat itu dengan kos murah.
Inilah seolah-olahnya radangan saya juga di peringkat awal dulu. Dah berzina hingga mengandung, barulah sibuk ingin memikirkan hukum halal haram dan kesannya. Maka sudah tentu penyelesaiannya juga agak sukar sebenarnya.
Bagaimanapun, bagi memberikan penghargaan kepada pasangan yang telah bertaubat, maka inilah jawapannya:-
Apabila seorang lelaki dan wanita itu telah bertaubat dengan taubat yang benar, dan berkahwin semasa si wanita itu sedang mengandungkan anaknya secara pasti. Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie dan perlulah didaftarkan sebaiknya.
Mazhab Hanbali menjadikan taubat sebagai syarat untuk diterima pernikahan tersebut. Ia berdasarkan tafsiran mereka dari surah an-Nur ayat ke 3. Bagaimanapun majority ulama tidak menjadikan taubat sebagai syarat sah pernikahan penzina tersebut.
HUKUM KAHWIN SEMASA ‘IDDAH DAN HAMIL
Adapun berkenaan hal ‘iddah’ dan bolehkah berkahwin semasa tempoh ‘iddah.
Hukum asal bagi perkahwinan dan perceraian normal, adalah diwajibkan menunggu tamatnya ‘iddah wanita sebelum diizinkan untuk berkahwin baru.( Al-Ikthiyar li Ta’lil al-Mukhtar, 3/78).
a) Tempoh Iddah Wanita Dicerai Dalam Keadaan Suami Masih Hidup
Tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan (jika tidak mengandung) adalah tiga kali suci berdasarkan firman Allah SWT :-
Ertinya : “Dan wanita-wanita yang tercerai ( iddahnya ) adalah tiga kali suci ” ( al-baqarah : 228 )
b) Tempoh Iddah Wanita Mengandung
Tempoh ‘iddah bagi wanita mengandung, adalah sehingga ia selesai bersalin. Ia berdasarkan firman Allah SWT :-
Ertinya : ” Wanita-wanita yang hamil tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan kandungannya” ( At-Talaq : 3)
c) Tempoh Iddah Wanita Yang Bercerai Kerana Suami Mati
Tempohnya adalah 4 bulan sepuluh hari, jika tidak mengandung. Ia berdasarkan firman Allah :-
Ertinya : Dan bagi mereka yang meninggal dari kalangan kamu dan meninggalkan pasangan (isteri-isteri) hendaklah menunggu (tempoh iddah) nya 4 bulan sepuluh hari” ( Al-Baqarah : 234 )
Ulama telah bersepakat bahawa perkahwinan semasa iddah adalah dilarang dalam Islam ( Nizam al-Usrah Fil Islam, Dr Md Uqlah, 1/ 287), Ia berdasarkan firman Allah :
Ertinya : “Dan jangan kamu melangsungkan aqad nikah sehinggalah sampai tempoh yang ditetapkan al-Kitab ( tempoh iddah) ” (Al-Baqarah : 235 )
Bukan saja nikah, malah meminang seorang wanita semasa dalam tempoh ‘iddahnya juga adalah haram. Jika meminang pun tidak dibenarkan semasa iddah apatah lagi bernikah, sudah tentu lebih besar larangannya. Ia berdasarkan firman Allah.
Demikian tadi hukum yang standard bagi seluruh umat Islam. Secara mudahnya, inilah hukum normal bagi keadaan normal. Sebagaimana manual dan panduan bagi sesebuah kereta yang rosak normal. Dengan mudah boleh dijumpai penyelesaiannya oleh si mekanik.
Kes Zina Bermasalah
Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung’ akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain.
Ulama berbeza pandangan dalam hal ini.
Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21)
Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a.
Ia berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a :
Ertinya : “..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati”
Dan juga sebuah lagi dalil iaitu :
Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah” ( Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif)
Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah.
Lagi Displin Khas
Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah.
Ia berdasarkan sebuah hadith yang ertinya :
“Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)” ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan)
Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga sah.
Kesimpulan
Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertaubat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin.
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman
6 Mei 2007
Sumber: Hukum Nikah Wanita Hamil Anak Luar Nikah
Sharing is caring
wahh cik Tom. sngguh bermanfaat. 🙂
Jom baca entri terkini fyqa …KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN
harapannya begitulah..semoga menjadi manfaat buat semua..
hmm..menarik gak entry Tom ni..hahaa
Jom baca entri terkini Ellen …Nenek parah dirogol dan dibakar kemaluannya oleh kekasih mudanya
hehe..menarik tertarik ka ellen..huhu
terbaik isu ni ciktom
Jom baca entri terkini lydia miza(aidyl azim) …Ikan Tongkol aka Aya Vs Tenggiri
harap dapat kongsi ilmu yang bagus..
bagus info ni
masih ramai yg kurang mengerti
jadi seme anak dara di luar sana
jagalah diri dan peliharalah maruah kita
Jom baca entri terkini sarahnajwan …-KECEK KLATE PALING SUSAH DISEBUT-
memang ramai yang tak tahu..cik tom pun bila buat research pasal ni barulah tahu..bagus untuk perkongsian bersama…
hmm
Jom baca entri terkini lost kitty …Tengok depan semua- Cikgu tengah lukis gambar tak lucah!
hmm?mengeluh panjang je bunyinya..
haaa,da lama aisya duk terpikir pasal ni..tpi tak thu nk tanye kt sape..ngeh2..tq ciktom..teringn jugak nk tulis entry cam gini…
sbb makin ramai kan, masyarakt skang yg macam ni…
ble ank da ade dlm perut, baru nk kawin…sob3
sedey ngan org melayu skang…nauzubillah dri family aisya…
Jom baca entri terkini Aisya …kenangan – Sambut Befday Didatangi Anjing Liar
takpe aisya..kalau teringin nak buat jugak boleh share..lagi ramai sebarkan perkara baik lagi bagus..eheeh
betul kata ustaz tu..
bila dah mengandung baru sibuk nak tau hukum hakam..
jauhi lah zina..
yang lelaki lindungi la wanita.
kawal la nafsu..
yang wanita pulak lindungi lah diri sendiri..
Jom baca entri terkini diana …susahnye jadi blogger!!
betul tue akak…cik tom setuju 100%..huuu
sangat bermanfaat, minta dijauhkan dr melakukan perbuatan terkutuk ni..
cik tom, update cik tom ni xnaik kt bloglist emiey..urmm, emiey bru je pindah ltak bloglist kt blog utama..tgk la camne lak pasni
😉
Jom baca entri terkini emieysandra …Winter Sonata & Three Idiots
cik tom dah buat entry untuk setel masalah feed sebab cik tom 2minggu pindah hosting..so jadi masalah dengan feed…emiey boleh refer entry ni untuk masalah bloglist; https://www.ciktom.com/cara-selesai-masalah-postentry-tak-update-di-bloglist/
jawapan terbaik dari ustaz zaharuddin boleh dijadikan panduan menjawap dengan kawan-kawan lain
Jom baca entri terkini wandisini …Pak mat tempe
betul…jawapan ustaz zaharuddin memang terbaik sekali dengan dalil ayat al-quran..
Penerangan yang cukup berguna… X ramai yang ambil tahu pasal ni.. Bila dah kena, baru nak kaji selidik semua kan.. Berkenaan FB pula, biasanya ramai yang jadi ustaz atau ustazah.. Maknanya ustaz atau ustazah tak bertauliah.. Main taip semcam je lagaknya seperti tahu.. Tersilap sikit, tanggung dosa.. kalau x tahu ckp je x tahu kan senang.. Zaman sekarang kalau nak kata bab agama, terlalu ramai yang cetel ilmu.. Harap2 kita semua dijauhkan..
Jom baca entri terkini decrewz …Saya Nak Jadi Bloglist Simanis-Cadburlady
aah ramai berlagak jadi ustazah dan ustaz…main sebar padahal tak tahu kesahihannya..mintak jauh dari terpesong sebarang hukum..
semoga kita semua dijauhi perkara sebegini..
nauzubillah..
Jom baca entri terkini Solihin Zubir …FA Cup 2011 Semi Final – Man United vs Man City
yup..nauzubillah mintak jauh semua ni..
satu lagi bacaan yang menarik diwaktu pagi-pagi begini..
Jom baca entri terkini titan …5 Benda Yang Aku Akan Buat Kalau Aku Boleh Ulang Masa Kembali
perkongsian untuk kesedaran bersama..hee
berfikirlah jauh seblum mengadak satu2 hubugan cinta tu..jgn sampi mkn diri sayang.. huuu
manusia sekarang tak fikir panjang..hanya nak ikut hawa nafsu je…tue jadi camtu..
kembali ke pangkal jalan itu yg terakhir..moga2 taubat akn di terima olehNYA.
harapnya macam tue la.
saya rasakan jika Malaysia ni dari awal menjalankan hukum hudud seperti negara Islam yang lain… INSYAALLAH… kes2 sebegini akan kurang berlaku… Sistem undang2 islam negara kita terlalu lemah… sehinggahkan remaja zaman kini x takot akan seksaan yg dijanjikan oleh ALLAH yg melakukan zina… Bayangkan sebuah hospital yg baru beroperasi selama 5 tahun telah menerima kes anak luar nikah sebanyak 800.. tu yg berdaftar… yg kes buang bayi… xterkata bilangannya… NAUZUBILLAH…
Jom baca entri terkini aiza …MARUAH @ MARTABAT WANITA JATUH KERANA WANITA TRUE OR NOT
cik tom setuju dengan pendapat aiza…sbb hukum hudud tue sesuai sepanjang zaman dan untuk pelbagai bangsa dan agama…tapi sekarang diorang tak pandang tue semua…nak amik mudah je..ciktom rasa lagi bagus ambil langkah mencegah dari mengubati..cegah dgn didikan agama,hukum hudud or so on..tapi diorang lagi suka mengubati cam buat sekolah mengandung dll..pelik2..negara Islam tapi dot dot..
susah kan , lebih baik kawin cara halal nih dan jgn wat maksiat 🙂
Jom baca entri terkini puanbee …Susu Apa Pilihan Korang
betul akak…baik secara halal…Allah dah buat sebaik2nya…tapi manusia sekarang je jahil..tak tahu..
assalam cik tom. fa pena blaja munakahat dulu. mase form 5 pun blaja lagi. ape yg fa tawu, ada yg kata wanita yg berzina haram dikahwini buat sementara waktu, ataupun dalam erti kata lain sehingga dia melahirkan.
kemudian, ustazah terangkan lebih lanjut, tapi fa dah lupa kesimpulannya. jadi terima kasih la cik tom atas info yang berguna nih utk refresh balik ilmu2 agama yg sepatutnya di ambil berat oleh umat islam 🙂
Jom baca entri terkini aufa …takabbur kah aku
sekadar berkongsi hukum yang ustaz zaharuddin ni bahaskan..kalau ciktom sendiri memang tak tahu…huk3
agak rumit kan..jadi baik elakkan dr berlaku..jauhilah ZINA
Jom baca entri terkini alinac …– Giveaway from Moscow by Miszlullaby –
betul..memang rumit dan memeningkan..tue la kita disuruh mengikut landas yang Islam berikan…
thank cik tom,memang bermanfaat tuk sy..walaupn pena baca,tak salahkn baca 2,3 kali untuk lagi fahamm…ilmu yang baik,bagus untuk dikongsi bersama…
**tak nak pggl ciktom dah…heheee
Jom baca entri terkini achie …Aku Dan Laut
yup memang bagus baca banyak kali untuk memberi kefahaman lagi mendalam..hehe
hal macam ni harus dipandang berat oleh masyarakat supaya tidak timbul sebarang kemusykilan. Jauhi zina agar kehidupan lebih dirahmati 🙂 thx ciktom sebab sudi bagi penerangan tentang isu ni. 🙂
Jom baca entri terkini cikbelog …Inikah Bakal Tunang Ashraf Muslim
penerangan ni cik tom share dari blog ustaz zaharuddin..terima kasih pada beliau kerana menjawab persoalan ni dengan jelas..hehe..
memang menarik isu nie..
memang ni isu yang paling hot kot..tiap2 hari ada kes zina dan buang anak…
jalan terbaik, baik elakkan diri drpd hamil anak luar nikah ni.. minta simpang lah drpd jadi benda2 mcm tu.. =_=
Jom baca entri terkini Amirrah Zawani …Nuffnang Premier Screening Movie – The Roommate
jauhi zina…kekalkan hidup berteraskan agama Islam..
Sungguh menghairankan kan? Banyak bertanya persoalan sedemikian rupa, yang nyata menggambarkan berlakunya aktiviti terkutuk ini.. seram sejuk.. huhu.. dunia akhir zaman kan.. bisa2..
betul..tahu x atik yang tiap2 hari masuk keyword hukum kahwin perempuan mengandung/boleh ke kahwin dengan perempuan yang mengandung/hukum zina la dan macam2 lagi lepas cik tom buat entry ni kan…memang dahsyat kat malaysia ni…
Ciktom mmg advance..hehehe
advance macam mana tue ye?hehee…
terbaik dari cik tom….banyak manfaat…
perkongsian yg amat berguna… setuju dengan Ust Zaharuddin.. menjauhi ‘punca’ masalah ni adalah lebih baik…
yup betul lebih baik jauhi punca kepada masalah..sebab mencegah lebih baik daripada mengubati 😉
sekurang2nya ada yang masih nak bertanggungjawab..Alhamdulillah
Jom baca entri terkini ayu jamal …Bangga dengan kejayaan Mummy Hanis
Saya ada terbaca soal jawab dengan Ustaz Azhar Idrus berkenaan kes sebegini. Beliau mengatakan adalah tidak sah nikah ini dan kena tunggu siperempuan ini bersalin kemudian baru bernikah. Tak faham le. Kenapa berbeza-beza pendapat ustaz ni.
siap ustaz berbeza berdasarkan mazhab atau camane dia takrif sesuatu ayat al-quran/ hadis yg digunakan tue..tue seingat ciktom masa pernah belajar la…cik tom akan pegang hukum dr ustaz zaharuddin sbb jwpn dia bagi mmg pernah cik tom pelajari masa kat sekolah dulu..wallahualam..