Hukum Pemakaian Contact Lens (Kanta Lekap)

Setiap hari isnin, insyaAllah cik tom akan cuba berkongsi apa-apa hukum yang cik tom rasakan tertarik untuk kongsikan sesama kawan blogger tapi segala soalan dan hukum ini memang cik tom copy bulat-bulat je dari sumber yang boleh dipercayai bagi mengelakkan sebarang perubahan maksud kerana ini bab hukum. Tak boleh buat mainan sebarangan. Kali ini cik tom nak share hukum pemakaian contact lens kerana sekarang makin ramai yang pakai contact lens. Adakah pemakaian contact lens satu keperluan atau kehendak? Dan bagaimanakah hukumnya disisi agama Islam?

cara pakai contact lens
Contact Lens

 

Soalan;

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya dan mendapatkan kepastian tentang penggunaan contact lens (kanta lekap) semasa solat atau puasa. Adakah sah ibadatnya?? Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada menpunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka?

Jawapan;

Ada dua tujuan memakai kanta lekap;

1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]

contact lens berwarna yang menarik
Contoh contact lens berwarna-warni

3. Adapun penggunaan contact lens samaada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com/).
2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/).
3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)

SumberUSTAZ AHMAD ADNAN FADZIL: Hukum Contact Lens

Penambahan;

Pemakaian contact lens berwarna hanya dibolehkan utk isteri memakai terhadap suaminya sahaja atau sebab-sebab perubatan (silau). Jika tanpa sebab, ia haram jika bermaksud menipu orang lain atau bermegah. Maksud menipu ialah mata asalnya berwarna hitam, tapi dihari peminangan dia memakai contact lens berwarna utk mengabui rombongan yg meminang. Ini tidak boleh. (Fatwa Syaikh Munajjid). Bermegah dan berlebihan di tegah oleh ayat 6: 141 (sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yg berlebih-lebihan). Maksudnya contact lens biasa sudah memadai.

Kepada kawan-kawan, renung-renungkanlah. Bertindaklah sewajarnya sebelum terus hanyut dengan keindahan dunia semata-mata.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

95 thoughts on “Hukum Pemakaian Contact Lens (Kanta Lekap)

  • May 2, 2011 at 12:27 am
    Permalink

    terima kasih ats perkongsian ni, sebelum ni emiey xpnah jumpe lagi sesiapa bangkitkan ttg isu ni lagi, ermm..bru je terpk nk try pkai cntct lens 😀
    Jom baca entri terkini emieysandra …buwerkkk!My Profile

    Reply
    • May 3, 2011 at 3:48 pm
      Permalink

      saja guna isu yang orang fikir dan anggap remeh..hehe…supaya semua dpt manfaat..

      Reply
  • May 2, 2011 at 12:39 am
    Permalink

    takut nak pkai dan tengok orang pkai contact lens..rasa ngilu

    Reply
  • May 2, 2011 at 12:41 am
    Permalink

    eh cik tom cam tetau jerk..baru2 ni sy menjinak kan diri blaja pakai lens malah siap tlg promote n jual lg..tp dlm hati dok terdetik sah ke pakai mende alah ni time solat?? n mcm2 lg la tp sume dah terjwb dlm blog cik tom tenkiu for the info.. (^^,)
    Jom baca entri terkini Jiejah …Bukan Salah SayeJgn Marah SayerMy Profile

    Reply
    • May 3, 2011 at 3:47 pm
      Permalink

      sama2..harap perkongsian ni memberi faedah kepada kawan2..

      Reply
  • May 2, 2011 at 1:52 am
    Permalink

    akak jmp entri ni siang tadi…ni jmp dr ciktom lak.hihi…

    entah la.akak mmg kurang setuju dgn insan yg memakai warna lain selain warna asal mata.itu adalah berfesyen..malah ada yg tak rabun menggunakannya.renung2 kan lah wahai wanita islam semua.
    Jom baca entri terkini lydia miza(aidyl azim) …Hari Ini PizzaMy Profile

    Reply
    • May 3, 2011 at 3:47 pm
      Permalink

      aik dah ada yang buat entry sama pada hari sama?hehehe….
      tue la cik tom share entry ni sebab xberapa setuju dgn org sekarang yang pakai bukan kerana rabun tapi untuk kecantikan semata-mata..

      Reply
    • May 3, 2011 at 3:45 pm
      Permalink

      wsslm..terima kasih..saja2 share info yang cik tom rasa menarik dan ramai amik remeh…

      Reply
  • May 2, 2011 at 3:10 am
    Permalink

    tak sanggup nak pakai contact lense ni.. ada kisah2 yg menakutkan dari pemakai sendiri.. gerun.. better pakai spek dah memadai.. papepon thnx for sharing..
    Jom baca entri terkini Fariq …Diorang Tak Tau Malu Ke ApaMy Profile

    Reply
    • May 3, 2011 at 3:45 pm
      Permalink

      betul better pakai spek dari contact lens…

      Reply
  • May 2, 2011 at 6:59 am
    Permalink

    kan..huhu

    saya dah stop, pakai spek lg best

    Reply
    • May 3, 2011 at 3:37 pm
      Permalink

      memang seriau kak…kalau diberi pilihan baik tak payah pakai..spek lagi senang..

      Reply
  • May 2, 2011 at 10:21 am
    Permalink

    tapi kebanyakan orang yg saya tengo pakai contact lens ni hanya untuk kelihatan ada style jer..

    bukannya rabun pun..huhu..

    sekadar pandangan..

    Reply
    • May 3, 2011 at 3:36 pm
      Permalink

      cik tom setuju dengan pandangan rahmad…memang kebanyakan yang pakai kerana style…fesyen…sedangkan mata ok je..hee

      Reply
  • May 2, 2011 at 10:31 am
    Permalink

    errk. ta boley ey?? naseb baek ta pki. thanx..
    maklumat ni sgt baguuus!
    Jom baca entri terkini dhilla nazli …rase bodoh sgatMy Profile

    Reply
    • May 3, 2011 at 3:35 pm
      Permalink

      tak boleh kalau tujuan untuk kecantikan…tapi kalau memang rabun boleh…
      sama2 yunk..

      Reply
    • May 3, 2011 at 1:00 pm
      Permalink

      masalahnya skang ramai yang pakai dgn tujuan kecantikan..bukan sbb masalah mata..hee

      Reply
  • May 2, 2011 at 1:09 pm
    Permalink

    ada tak pompuan atau lelaki yang tak de apa2 masalah mata,pakai konteks lens yang berwarna warni dengan tak de apa2 tujuan??hehehehe…
    kelakar la..sebab boleh keta yang pakai konteks lens warna warni sebab nak ORANG NAMPAK kita cantik…

    Reply
    • May 3, 2011 at 12:59 pm
      Permalink

      hehe…mesti la diorang pakai untuk tujuan cantik..entah la cantik kat mana..heee

      Reply
  • May 2, 2011 at 4:47 pm
    Permalink

    bagus info ni kak.. walaupun mek xpenah pakai contact lens.. sekrang nya dengan baca info cik tom.. telah menambahkan pengetahuan mek
    Jom baca entri terkini mek norfa …KATAKAN TAK NAK IKLANMy Profile

    Reply
    • May 3, 2011 at 12:24 pm
      Permalink

      sama2 la kita kongsi pengetahuan…cik tom pun sebelum ni was2..lepas dah jumpa sumber sahih baru berani nak berkongsi..huhu

      Reply
  • May 2, 2011 at 5:23 pm
    Permalink

    hm..dah lama jugak tertanya2 hukumpakaic.lens bila berpuasa sbb aku nipakai c.lens..tq eh cik tom share info ni.. 🙂
    Jom baca entri terkini keet …IMPOSSIBLE!!My Profile

    Reply
    • May 3, 2011 at 12:10 pm
      Permalink

      betul..lagi selesa pakai spek..senang nak buang n pakai compare dgn contact lens..

      Reply
  • May 2, 2011 at 10:01 pm
    Permalink

    saya xsuka pakai lens.lebih refer spek
    coz i’m specky girl.
    a lot of disadvantage than advantage,
    if kita tak ikut timer yg betul.

    cik tom,mohon share this entry.
    bcoz a lot of my friends wearing lens

    tq.credit to cik tom.
    Jom baca entri terkini awatiffaziz …ouh!mood datang laMy Profile

    Reply
    • May 3, 2011 at 11:30 am
      Permalink

      boleh je share sebab cik tom amik input ni blog lain…
      yup kalau pakai contact lens ni ke ikut masa yang dah tetap..kalau 8 jam je tak boleh lebih…
      ur wlcm…

      Reply
    • May 3, 2011 at 11:02 am
      Permalink

      cik tom pun tak pernah pakai…adik cik tom je yang pakai…hehee

      Reply
  • May 3, 2011 at 10:47 am
    Permalink

    kalau nk pakai better pkai yg xde kaler je kan..dla mmg x berani nk pakai walaupun rabun sbb dla ni jns aktif sikit..hehe..

    Reply
    • May 3, 2011 at 10:53 am
      Permalink

      yup better pakai yang takde kaler..lebih selamat…cik tom rabun jugak tapi lebih suka pakai cermin mata je dari contact lens…hehe

      Reply
  • May 3, 2011 at 3:40 pm
    Permalink

    talat ni cik suri cuma pakai cermin mata jer heeee

    Reply
    • May 4, 2011 at 3:44 am
      Permalink

      cik tom pun sama prefer cermin mata je..nak pakai dan tanggalkan pun mudah..heeh

      Reply
  • May 3, 2011 at 5:02 pm
    Permalink

    hai cik tom 😀
    dah lama fatin xdatg sini..tgk2 dah berubah cik tomnya desgn blog hehe 😀

    emm sgt menrik entry cik tom ni…walaupun sekdr copy saja..
    baru fatin tau pakai cntct lens ni haram…sblum ni x tau plak heh 😀
    thnks cik tom kongsikan..ramai kawn2 fatin yang pakai contct lens 😀

    klu blh fatin nak kongsi entry cik tom ni dengan rakan2 blog fatin juga …boleh??
    Jom baca entri terkini fatin hanani …Contest 3 in 1sticky postMy Profile

    Reply
    • May 4, 2011 at 3:30 am
      Permalink

      boleh share..silakan..haram kalau niat salah..tapi kalau memang guna sebab rabun hukumnya boleh..

      Reply
  • May 3, 2011 at 6:37 pm
    Permalink

    kwn sy ada yg pkai lens berwarna..
    nk kena tegur ni..
    terima kasih cok tom di atas perkongsian ini..
    Jom baca entri terkini Solihin Zubir …Osama Bin Laden Meninggal DuniaMy Profile

    Reply
    • May 4, 2011 at 3:27 am
      Permalink

      yup sila tegur secara berhemah ye…takut gak terkejut or xmo berubah…sama2 kita kongsi info..

      Reply
    • May 4, 2011 at 3:18 am
      Permalink

      pasal risiko kanser mata cik tom xpasti..tapi banyak keburukan kalau orang guna contact lens ni xcermat atau teliti sebab lens ni sensitif…tak boleh guna dari limit masa yang dah ditetapkan..kalau tak akan dapat side effect..

      Reply
  • May 3, 2011 at 9:57 pm
    Permalink

    ish3.. haram hukumnya erk kalau seolah menukar or mngubah ciptaan Allah S.W.T.. sama la seperti mewarna rambut or memakai penggunaan botox.. Tepuk dada, tanya iman masing2..
    Jom baca entri terkini Putera Helmei …Cinta Sampai MatiMy Profile

    Reply
    • May 4, 2011 at 2:56 am
      Permalink

      betull…asasnya lebih kurang sama berbalik pada niat cuba nak ubah ciptaan yang Allah dah bagi…

      Reply
    • May 4, 2011 at 2:55 am
      Permalink

      yup kalau sebab masalah mata harus pakai…sebab kalau tak pakai tak nampak pulak kan…

      Reply
  • May 3, 2011 at 11:51 pm
    Permalink

    cik tom! waaaa bagusnye..xtau pun ade hukum pakai contact lens juga.. tengs for sharing..
    saye memang pakai contact lens pun sebab rabun..dan berwarna jugak tapi x menyerlah sebab sama warna dengan warna anak mata jugak iatu coklat..
    hukum pun haram x eh

    Reply
    • May 4, 2011 at 2:54 am
      Permalink

      kalau sebab rabun hukumnnya tak haram sayam…kes haram kalau suka2 niat nak nampak cantik..tue kira cam ubah ciptaan Allah bagi..

      Reply
    • May 13, 2011 at 5:52 pm
      Permalink

      cik tom pun tak berapa pasti..tapi rasanya kalau kaler yang tak terlalu menonjol boleh je..

      Reply
  • May 4, 2011 at 9:18 pm
    Permalink

    salam..bg pendpt sy, xslh jika memakai contact lens brwrna aslkan wrnanya tidak nmpk (wrna glap).. ini krn contact lens bkn la bnde yg kekal dan ia bleh dibuka..ini hnye pndpt shje…:)

    Reply
    • May 13, 2011 at 5:30 pm
      Permalink

      kalau kira bukan menda kekal…dye rambut (warna rambut) tue pun tak kekal jugak…cik tom tak nak cakap lebih pasal ni sebab dalam entry ni telah disokong oleh ustaz yang memang mahir bab ni…diorang belajar bab hukum…kita tak boleh hanya kira pendapat semata2..sebab niat tak menghalalkan cara…wallahualam..

      Reply
  • May 6, 2011 at 10:51 am
    Permalink

    terima kasih cik tom kerana sudi kongsi info ni…. saya pun ada hajat juga nak pakai benda ni sbb mata kabur… tapi bila dah baca entry ni kena tggu dulu agaknya…. hehehe
    Jom baca entri terkini wanzi …Hot FM bersama YAB Perdana MenteriMy Profile

    Reply
    • May 13, 2011 at 1:36 pm
      Permalink

      wanzi memang rabun..kalau nak guna contact lens boleh..yang tak boleh bagi kes yang pakai untuk kecantikan..

      Reply
  • May 6, 2011 at 1:09 pm
    Permalink

    oo..mish memang penggemar lenses kot..sebab mata mish memang rabun kuat. nak pakai spek tapi xselesa nak belajar sebab penglihatan spek kan terhad..huhu…

    paper pun, thanx sbb share semua ni ciktom!
    Jom baca entri terkini mish …Nuffnang- i want more nak curang ke tak ehMy Profile

    Reply
    • May 13, 2011 at 12:11 pm
      Permalink

      takpe mish kalau betul rabun ok..tapi kalau sekadar guna untuk suka atau kecantikan tue tak dibolehkan…

      Reply
    • May 11, 2011 at 9:59 pm
      Permalink

      baguslah la tue akak..pakai contact lens ni cerewet la..dah la ada limit masa pakainya…

      Reply
  • May 8, 2011 at 2:19 pm
    Permalink

    lme dh duk cri hukum pkai lens ni..TQ cik tom..mntk share ye!!

    Reply
  • May 12, 2011 at 2:25 pm
    Permalink

    salam cik tom…
    sgt bermakna info ni..mnx share yea…

    Reply
  • May 14, 2011 at 2:26 pm
    Permalink

    nak share ye…
    ramai kawan saya yang pakai contact lens yg xmgetahui lgsung mgenai hukum ini. Saya sendiri pon baru tahu mengenai benda ini..
    Jom baca entri terkini peyan …JALAN HIDOPKUMy Profile

    Reply
  • May 14, 2011 at 2:34 pm
    Permalink

    Assalamualaikum…
    nak share boleh…
    baru tahu mengenai info ne..
    hehehee*_*
    Jom baca entri terkini peyan …JALAN HIDOPKUMy Profile

    Reply
    • January 1, 2012 at 8:20 pm
      Permalink

      sori baru baca komen n lihat link tue…jawapan yang diberikan terlalu umum..dan xdinyatakan sebarang ulasan kukuh untuk sokong hukum harus pakai contact lens warna warni..tapi walluaham sebab cik tom bukan ustazah..

      Reply
  • August 3, 2011 at 2:28 pm
    Permalink

    cik tom~tQ
    nk mintak share yer~
    sy pun sebenarnye tertanya2 jgk hukum pmkaian lens nie~
    power spek sy mmg da tngi skrg~nk try pkai lens

    Reply
    • August 15, 2011 at 6:33 pm
      Permalink

      ok boleh je share…harap perkongsian ni membantu..

      Reply
  • September 19, 2011 at 8:08 pm
    Permalink

    salam cik tom.sihat? thanks ye share. jelas dah kat sy 🙂 bgs share ni lengkap dgn rujukan2 n ujrnya. tq 🙂
    Jom baca entri terkini shah blogger …Template Seo BloggerMy Profile

    Reply
    • September 20, 2011 at 10:37 am
      Permalink

      salam..alhamdulillah sihat…saja berkongsi entry pasal hukum ni dari ustaz zahirudin

      Reply
    • October 3, 2011 at 2:17 am
      Permalink

      yup setuju…lagi senang pakai cermin mata dari contact lens..hee

      Reply
  • December 27, 2011 at 1:31 pm
    Permalink

    assalamualaikum , nak tanya neyh .
    Boleh ke kalau kite na pakai kanta lekap orang laen , yang dah dicuci elok2 ?

    Reply
    • December 27, 2011 at 2:26 pm
      Permalink

      wslm…tak boleh yunk..sbb ada penyakit yg boleh jangkit melalui share pakai contact lens..so beli yang baru..sayangi mata kita.

      Reply
  • January 1, 2012 at 7:27 pm
    Permalink

    nie totally off topic d atas…tp boleh tak pastikan kesahihan statement nie?

    Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.” Jangan guna “A’kum” kerana “A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. * Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.” Jangan guna “salam” kerana “salam” bermaksud “celakalah kamu” Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa !!!

    Reply
    • January 1, 2012 at 8:16 pm
      Permalink

      entry ini dari petikan blog ustaz…sila tgk sumber rujukan dalam entry..
      ulasan ringkas dalam entry ni kita dibolehkan pakai contact lens kalau mata rabun. bukannnya hukumnya terus jatuh haram. cuma hukumnya jatuh haram bila niat untuk menunjuk2@ bermegah..sebagaimana kita tahu sekarang ramai yang pakai contact lens bukan kerana rabun tapi lebih kepada untuk bermegah/ kelihatan cantik dengan pakai contact lens pelbagai jenis warna dan juga contact lens untuk besarkan anak mata.

      macam awak bgtau psl bye, a’kum, semekom semua tue ciktom xpasti kesahihannya..
      kalau ada sumber yang sahih iaitu dinyatakan sendiri hukum tue dari mana-mana ustaz, cik tom akan share dalam artikel akan datang cik tom..

      boleh emailkan ciktom info yang detail dan sahih di; tomatogurl86@gmail.com

      Reply
  • January 3, 2012 at 9:57 pm
    Permalink

    assalamualaikum..
    saya eira. .ada persoalan yg sy x dpt jwb. . cth: kite gune contct lens yg size nye besr (big eyes) . .adkh itu mengubah ciptaan ALLAH? saiz mata asal tidak besr. .& hnye pakai utk kelihtn cantik. .sprti tidak memakai sebarang make up n contct lens hnye sbgai perhiasan. .

    sekarang ramai org pakai len sbb mereka rase mata mereka lbh cntik bsr brbndig x pakai lens. .

    itu mcm mane??

    Reply
    • January 10, 2012 at 10:45 pm
      Permalink

      waalaikumussalam..ciktom bukan ustazah..entry ni ciktom amik dari sumber ustaz..dari kefahaman cik tom pakai contact lens besar dah termasuk dlm mengubah ciptaan Allah. Kenapa? sebab kita rasa tak puas hati dengan mata kecil yang kita ada. pastu pakai contact lens utk besarkan anak mata. dengan niat apa?? niat untuk tunjuk anak mata yang cantik..kl dr artikel ini ustaz cakap kalau niat pakai kerana kecantikan. Bermegah dan berlebihan di tegah kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yg berlebih-lebihan. Maksudnya contact lens biasa sudah memadai.

      Reply
  • January 12, 2012 at 10:55 pm
    Permalink

    assalamualaikum..saya nk tanye,klu memang rabun @ ada masalah mata n pakai contact lens yg berwarna adakah salah?

    Reply
    • January 13, 2012 at 11:14 am
      Permalink

      waalaikumussalam…ciktom bukanlah seorang ustazah..pndpt ciktom rasa smua tue depend pada adik..apa niat nak pakai lens berwarna?kalau sekadar pakai utk niat masalah rabun je smbl2 tue pakai lens berwarna rasanya takde masalah..tapi kalau niat tue dah bertukar pd bermegah/ menunjuk kecantikan warna mata, dah jatuh salah..lebih baik tanya pada yang pakar utk kesahihan seperti ustaz/ ustazah..wallahualam..

      Reply
  • January 28, 2012 at 11:07 pm
    Permalink

    salam…
    mmg btl kalau kta berniat nak pkai lens tu untk menunjuk2 atau bermegah2 tidak disukai oleh Allah s.w.t…
    tpi bgi sye,insya Allah selagi niat kita bkn bertujuan utk menunjuk2 rsanya kta x slh pn nk guna lens..
    trplang dri individu sndri..sbb sye pn guna lens jgk,tp bkn brtujuan utk bermegah2 atau menunjuk2…sye guna lens sbb minat dgn lens yg ada pelbagai warna dan corak.rsanya x slhkn kta guna lens selagi niat kita x terpesong ke arah yg blh memudaratkn..
    itu cuma pndngn sye…^_^

    Reply
  • February 15, 2012 at 11:53 am
    Permalink

    sy pakai lens time bersukan sbb kalo pakai cermin mata agak bahaya.. hehe…

    Reply
    • February 19, 2012 at 4:41 am
      Permalink

      niat utk kemudahan bersukan bukannya utk bermegah dan berhias..so hukumnya dibolehkan/ harus.

      Reply
  • March 9, 2012 at 10:56 pm
    Permalink

    salam, akk sye bru nk try contact lens,, dah beli tpi bl0m gne lgi.. contact lens sye tu x de wrna.. kiranya, haram x klw sye pkai contact lens tu??

    Reply
    • May 4, 2012 at 12:32 pm
      Permalink

      kalau xde warna takpe dik..niat pakai sebab rabun..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!