Hukum Zakat Emas dari Perspektif Islam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Sebelum ni, cik tom ada kongsikan 2 entry mengenai emas iaitu; Cik Tom Pilih Emas Sebagai Satu Simpanan Masa Depan dan Fakta dan Cara Nak Kenal Emas. Dalam Rukun Islam yang keempat, di wajibkan bagi umat Islam untuk bayar zakat bagi yang berkemampuan dan cukup syaratnya. Zakat ini termasuklah zakat fitrah dan juga zakat harta termasuklah emas. Segala rezeki yang datang dari Allah dan selayaknya ia dikongsi bersama yang kurang berkemampuan. InsyaAllah akan bertambah berkatlah rezeki yang diperolehi. Bayar zakat, hidup berkat.

Hukum Zakat Emas dari Perspektif Islam

1. Adakah perhiasan emas dikenakan zakat?
2. Adakah emas yang disimpan diwajibkan zakat?
3. Adakah emas perhiasan yang dipakai tidak dikenakan zakat?
4. Bagaimanakah cara pengiraan zakat emas?
5. Bagaimanakah untuk mengira zakat, jika emas bertatah batu-batu permata atau berlian?
6. Adakah emas yang disimpan di dalam bank perlu dizakatkan?
7. Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahnu, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
8. Adakah perlu dizakatkan bagi emas atau perak yang dijadikan jongkong emas atau yang dibuat pinggan mangkuk, piala, cenderamata dan lain-lain?

Gambar emas

Adakah perhiasan emas dan perak dikenakan zakat?

Emas dan perak wajib dizakatkan sekiranya cukup syarat. Bagi perak ia termasuk perhiasan atau barangan yang disimpan. Ia dikira mengikut harga 1 gram perak semasa. Ini adalah berdasarkan Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “…dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya (zakat) pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Taubah: ayat 34-35)

Begitu juga dengan Hadis Nabi S.A.W. riwayat daripada Muslim yang bermaksud: “Tidak ada seorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan ke lambung, dahi dan belakangnya, setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya.
(Riwayat Muslim)

Adakah emas yang DISIMPAN diwajibkan zakat?

Emas yang disimpan dan dipakai wajib dizakatkan sekiranya cukup syarat. Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak digunakan atau tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Nisab zakat emas yang disimpan (tidak dipakai) ialah 85 gram. Ulama’ sepakat mengatakan bahawa emas apabila cukup 20 misqal, wajib dikenakan zakat. Kadar zakat emas ialah rubu’ al-‘usyur iaitu satu perempat puluh atau dua setengah peratus (1/40 atau 2.5%) daripada nilai emas semasa sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya. Harga zakat emas yang dikenakan adalah mengikut ketulenan emas. Sebelum anda ingin membayar zakat, anda mestilah memberitahu ketulenan emas tersebut samada 999, 916, 875 atau 750. Pegawai zakat akan mengira berdasarkan ketulenan emastersebut. Setiap ketulenan emas mempunyai nilai per gram yang berbeza untuk dizakatkan.

Adakah emas perhiasan yang DIPAKAI tidak dikenakan zakat?

Ya, barang kemas yang dipakai tidak dikenakan zakat selagi ianya tidak melebihi had pemakaian yang dibenarkan. Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun jika ia melebihi ‘uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas nilai emas yang dipakai. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.

Zakat emas perhiasan wanita akan dikenakan berdasarkan kadar uruf. Uruf bererti cara dan corak pemakaian wanita tempatan. Zakat emas perhiasan ini tertakluk pada lembaga zakat negeri masing-masing. Contohnya zakat emas di Terengganu dikenakan sekiranya emas perhiasan mempunyai berat lebih dari 850 gram,  manakala di Kelantan, emas yang dipakai tidak dikenakan zakat. Maklumat ini mungkin berubah dan anda haruslah berhubung sendiri dengan lembaga zakat negeri masing-masing mengenai kadar uruf negeri masing-masing. Berikut adalah senarai nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia rekod pada 2008 (dah cuba cari uruf yang baru untuk 2011 tapi tak jumpa fatwa baru uruf bagi setiap negeri. So, cik tom assume takde perubahan. Sesiapa ada info lanjut sila maklumkan untuk cik tom update dalam entry).

  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008.

Bagaimanakah cara pengiraan zakat emas?

Kaedah pengiraan zakat emas perhiasan (emas yang dipakai). Zakat emas perhiasan hanya wajib dikenakan sekiranya timbangan emas yang dipakai adalah sama atau melebihi uruf (mengikut negeri). Kaedah pengiraannya ialah: (Timbangan emas (gram)) x (harga emas semasa/gram) x 2.5%

Contoh:
Berat emas yang dimiliki : 950 gram
Harga emas semasa/gram : RM 50
Kadar zakat : (950 x 50) x 2.5% = RM 1,187.50

Kaedah pengiraan zakat emas yang disimpan. Zakat emas yang disimpan hanya wajib dikenakan sekiranya timbangan emas yang disimpan adalah sama atau melebihi uruf (85gm). Kaedah pengiraannya ialah: (Timbangan emas (gram)) x (Harga emas semasa/gram) x 2.5%

Contoh:

Berat emas yang dimiliki : 100 gram
Harga emas semasa/gram : RM 160
Kadar zakat : (100 X 160) x 2.5%  = RM400.00

Bagaimanakah untuk mengira zakat, jika emas bertatah batu-batu permata atau berlian?

Sekiranya batu kecil, ia akan ditolak dengan anggaran sebanyak 0.02 gram per batu manakala bagi batu besar akan ditolak 0.5 gram per batu. Setelah ditolak jumlah berat batu, maka barulah dikira berat emas tersebut.

Adakah emas yang disimpan di dalam bank perlu dizakatkan?

Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Al-Rahnu, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?

Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik.

Adakah perlu dizakatkan bagi emas atau perak yang dijadikan jongkong emas atau yang dibuat pinggan mangkuk, piala, cenderamata dan lain-lain?

Bijih emas atau bijih perak atau emas atau perak yang telah dilebur dan dijadikan jongkong-jongkong emas atau perak atau yang telah dijadikan perhiasan atau perkakas rumah seperti pinggan mangkuk, sudu dan lain-lain adalah wajib zakat pada tiap-tiap tahun jika cukup syarat.

*******************************************

Persoalan dan jawapan di atas hanya cik tom ambil sebahagiannya sahaja untuk rujukan. Untuk hukum dan senarai pelbagai persoalan lain boleh baca sepenuhnya mengenai zakat emas dan perak dengan merujuk di website; Zakat Emas dan Perak Oleh Lembaga Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor).

Untuk kiraan zakat emas secara online boleh kira di website; Kalkulator Zakat Emas dan Perak di E-Zakat Online.

Sumber rujukan: Lembaga Zakat Selangor

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

30 thoughts on “Hukum Zakat Emas dari Perspektif Islam

  • October 19, 2011 at 2:41 am
    Permalink

    Bagi perempuan yang nak kawen ” JANGAN minta $$ tapi minta EMAS pada bakal suami” Ustaz cakap mintak 1kg emas sbagi $$ hantaran.. Hahaha =)

    Emas pelaburan pada masa akan datang krna nilai emas tak akan turun.. So simpanlah emas sebanyak mungkin.. JANGAN lupa BAYAR ZAKAT ye.. Hehe =)

    Reply
    • October 20, 2011 at 12:52 pm
      Permalink

      emas 1kg??mahal tue hantaran..hehehe..betul nilai emas takkan turun..tapi sentiasa naik dari tahun ke tahun..

      Reply
    • October 20, 2011 at 12:43 pm
      Permalink

      sama2…kenduri camtu alhamdulillah meriah cuma kelam kabut..takde persiapan rapi dr majlis perempuan..huhu…

      Reply
  • October 19, 2011 at 12:34 pm
    Permalink

    kurang tahu akak tentang zakat emas ni cik tom..
    terima kasih berkongsi..

    akak ni tak banyak barang emas..
    setahun beli satu je..
    tu pun yang kecik2 sudah..
    heheheh

    lagipun kurang minat..:p
    Jom baca entri terkini diana …Hamil,gigi kuning dan gigi ngiluMy Profile

    Reply
    • October 20, 2011 at 12:42 pm
      Permalink

      takpe akak tak minat pun…yg penting simpanan untuk akak datang akak..banyak la stue..setahun belu satu..kalau 10 tahun?perghh..cik tom pun tak banyak tue..hee

      Reply
  • October 19, 2011 at 2:26 pm
    Permalink

    salam cik tom, saya copy senarai uruf mengikut negeri di malaysia dalam post ni sebagai tambahan maklumat kepada post zakat blog saya..mohon diizinkan…
    tima kasih dan jemput la bertandang ya..
    salam sukses
    Jom baca entri terkini dinar …Tulen kah emas anda?My Profile

    Reply
    • October 20, 2011 at 12:38 pm
      Permalink

      emas seketul tue jongkong eh akak?kalau ye tengok pada beratnya akak..kalau lebih 85 gram kena zakat…kalau kurang xperlulah akak..

      Reply
  • October 19, 2011 at 4:17 pm
    Permalink

    salam cik tom,

    kak ati hanya ada barang kemas
    yang di pakai saja..itupun tak banyak

    thanks dgn info ini amat berguna untuk rujukan 🙂
    Jom baca entri terkini ATI …Nak Sihat…Guna Minyak Ni..My Profile

    Reply
    • October 20, 2011 at 12:12 pm
      Permalink

      salam ka ati..ciktom pun sama la..emas hanya pada emas perhiasan (barang kemas)…setakat ni belum bersedia lagi nak beli emas jongkong..akan datang tak tahu la..hee

      Reply
    • October 20, 2011 at 12:08 pm
      Permalink

      thanks akak..akak nak buat pelaburan emas ke?good luck!

      Reply
  • Pingback:Hukum Zakat Emas dari Perspektif Islam | Ciktom » GoldSilverBoom

    • October 21, 2011 at 10:26 pm
      Permalink

      entry ni ciktom amik input dari blog e-zakat…memang sengaja tulis secara detail supaya xde yang salah faham…sebab hukum ni xleh bawa main2..so kena selidik dan dari sumber yang sahih baru boleh dipublish…ye melabur2 jugak dalam emas..tp zakat jgn dilupakan..

      Reply
  • Pingback:Fakta dan Cara Nak Kenal Emas | Ciktom » GoldSilverBoom

  • Pingback:Cik Tom Pilih Emas Sebagai Simpanan Masa Depan | Ciktom

  • November 8, 2011 at 8:54 am
    Permalink

    simpan emas dengan cara pembelian barang kemas ni memang bagus. cuma kalau lelaki jangan menggatal nak pakai. beli bagi pada isteri.
    Kalau emas yang simpan, 85gram ke tas dah wajib zakat. Tapi kalau berbentuk barang kemas, 85gram tak wajib lagi.

    Kalau buat simpanan emas di bank, kena bagi perhatian isu riba. macam public golg dengan emas kijang maybank, unit tu tak terletak bawah perbankan Islam. jadi tak ada panel syariah yang semak transaksi bebas riba atau tidak. Jadi kena hati-hati.
    Perbankan Islam yang tawarkan simpanan emas rasa kat Kuwait finance house
    Jom baca entri terkini fauzi …Bob Lokman dikehendakiMy Profile

    Reply
    • December 5, 2011 at 1:12 pm
      Permalink

      terima kasih atas perkongsian dan nasihat dari fauzi..ciktom tengok gak ramai yang berlumba2 beli emas tapi lupa pasal isu zakat dan juga riba utk kes simpanan emas..yg penting untung besar je..

      Reply
  • November 10, 2011 at 9:42 pm
    Permalink

    Betul..Kalau beli emas, mmg terhindar kita dari inflasi… Kalau ada ms free, bole join Dinihari Dinar & dengar ape citer wang kertas & bagaimana benarnya hadis Rasulullah berkenaan dinar & dirham (emas & perak). Simpan emas mmg bagus, guna emas & perak utk jual beli, lagi bagus.

    http://www.dinardirham.org/diniharidinar
    Jom baca entri terkini szakia …‘LIKE’ alkhattab batik fanpageMy Profile

    Reply
    • December 27, 2011 at 2:41 pm
      Permalink

      yup memang banyak kelebihan emas ni sama dengan hadis Rasulullah..

      Reply
  • March 15, 2012 at 9:54 am
    Permalink

    en. fauzi,nak tanye..emas yang dijual di public gold ada terlibat dgn riba ke?
    sebab diorang ckp,mmg diorg takde penasihat syariah,tp ada penceramah islam yang mewakili public gold ni.takde plak dia sebut psal riba’?

    Reply
    • April 21, 2012 at 8:01 pm
      Permalink

      en. fauzi mana ni ye??heee…sorry kalau tanya cik tom mmg ciktom xtau sbb xterlibat dgn pelaburan public gold..

      Reply
  • Pingback:Emas Perhiasan Sebagai Simpanan Masa Depan Bukan Pelaburan Emas - Ciktom

    • October 14, 2016 at 7:32 pm
      Permalink

      yup..kadang ramai suka beli emas tapi terlupa atau maybe tak tahu mengenai zakat emas..sebaiknya refer pada yang pakar jgk utk kepastian.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE