Ibu Sahabat Terbaikku


Terimbau kembali secebis kenangan tentang perangai diriku yang selalu membuatkan hati ibu menangis. Oh betapa jahat anakmu ini ibu kerana selalu menyakiti hati ibu sehingga selaluku lihat air mata ibu tumpah ketika berdoa pada Ilahi . Tapi entah apa yang merasuk hati sanubari sehingga hatiku begitu keras sekali. Setiap apa yang aku rasa tidak berpuas hati akan terus memarahi ibu sedangkan ibu hanya membalasnya dengan nasihat yang lemah-lembut.

Malahan selepas aku mengetahui yang aku mendapat tempat di sekolah berasrama. Makin rancak aku mengucapkan kata yang aku tidak sabar lagi mahu keluar dari rumah dan cepat tinggal di asrama. Ya Allah begitu lancang sekali mulutku sehingga air mata ibu tumpah lagi kerananya. Walaupun aku anak perempuan sulung tapi aku tak banyak berbicara dengan ibu. Segala perkara hanya aku khabarkan pada ayah. Aku tahu betapa sedihnya hati ibu tapi aku tak pernah mengendahnya.

Akhirnya tercapai jua hasratku untuk masuk ke asrama. Pada hari pertama aku tinggal di asrama aku sungguh terkejut semuanya begitu berbeza keadaan di rumah. Dirumah aku dimanjakan tapi di asrama semuanya perlu berdikari. Pada malam itu, semua lampu dipadamkan dan aku yang sentiasa tidur di dalam cahaya tidak dapat melelapkan mata. Perkara pertama yang terlintas di hatikku ketika itu aku rindukan ibu! Sepanjang malam aku menangis sambil bertemankan kerinduan padamu ibu. Baruku sedar yang kasih sayang ibu tak ternilai harganya dan betapa kejamnya segala ucapanku pada ibu.

Paling aku terharu apabila di saat ku pinta kemaafan dari ibu, terus ibu tersenyum dan memeluk diriku. Ibu memaafkan anakmu ini tanpa sekelumit perasaan marah atau benci. Malahan makin menyayangi diriku. Terima kasih ibu.

Aku bersyukur diberi peluang bersekolah di sana kerana banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Kehidupan yang banyak mendewasakan diriku. Kedewasaan yang menghargai erti sebuah kasih sayang. Kasih sayang yang membawa seribu keceriaan. Keceriaan dengan harapan dapat membahagiakan diri ibu.

Kini ibulah sahabat terbaikku. Yang sentiasa berada di sampingku ketika gembira mahupun bersedih. Yang selalu memberikan galakan untuk aku membuat yang terbaik. Selamat ulang tahun kelahiran buat ibu yang tersayang (10/11/2010). Saya sayang mak~

p/s: Sayangi dan hargailah ibu selagi berpeluang~

p/s2: Seeloknya janganlah guna bahasa ko dan aku dengan emak/ibu/mama tak elok ye. Panggil la dengan nama yang mesra. Entry di atas menggunakan “aku” untuk memudahkan penghayatan je ;D

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

83 thoughts on “Ibu Sahabat Terbaikku

  • November 10, 2010 at 12:31 pm
    Permalink

    sedihnye bace entry cik tom ni..afiq xpernah guna ko aku ngn umi afiq :)Kerap Blogwaking, Percuma Satu Banner

    Reply
  • November 10, 2010 at 12:07 pm
    Permalink

    selamat hari lahir buat ibu cik tom..

    betul tu…hargailah selagi diberi ruang dan peluang..

    Reply
  • November 10, 2010 at 12:12 pm
    Permalink

    yupp..sntiasa ingat yg syurga tu d bawah telapak kaki ibu…=))

    Reply
  • November 10, 2010 at 12:12 pm
    Permalink

    masa remaja memang kita pikir diri sendiri je,,
    perasaan orang tua langsung kita tak endah..
    bila dah boleh berpikir baru la tau kasih sayang ibu tu kasih sayang yang sejati..

    Reply
  • November 10, 2010 at 12:13 pm
    Permalink

    ciktommm…tetiba je sedih bc entry cmneh…rndu arwah abah πŸ™

    Reply
  • November 10, 2010 at 12:22 pm
    Permalink

    wuwuwu tacing ja baca entry pasal ibu nie..sobs..
    ye..hargailah mereka selagi kita mampu..gembirakan at mereka sebaiknya..bahagiakan mereka selagi dberi pluang..sobs..;')

    Reply
  • November 10, 2010 at 12:27 pm
    Permalink

    Tom…beruntung Tom masih ada ibu…akak dah kehilangan mak empat tahun dulu…rindu malah makin menebal…jaga mak sebaik mungkin yea…..-macamana study..?-

    Reply
  • November 10, 2010 at 12:38 pm
    Permalink

    =( Selamat Hari Jadi Makcik… sama bln makcik ngn Mak AJ…

    Reply
  • November 10, 2010 at 12:57 pm
    Permalink

    sedihnya baca kisah cik tom ni..
    sayangilah ibu anda..
    btw, bday mak sy 11/10..
    terbalik pulak.. hehe πŸ™‚

    Reply
  • November 10, 2010 at 1:07 pm
    Permalink

    I love my mum too!^^
    Ibu~Ibu~
    engkaulah ratu hatiku~~…:)
    btw,hepi birthday buat ibu Cik Tom…
    smoga sentiasa sihat sejahtera n diberkatiNya selalu..
    =)

    Reply
  • November 10, 2010 at 1:12 pm
    Permalink

    selamat hari lahir kepada ibu cik tom, semoga ibu sihat dan sejahtera selalu dan dapat beribadah dengan baik

    kasih sayang anak2 itulah hadiah terbaik buat eorang ibu

    Reply
  • November 10, 2010 at 1:31 pm
    Permalink

    ermm.. tacing la cter cik tom…
    sy pun teringt cter dlu2 waktu mula2 masuk asmara….
    mlm tu mmg x dpt tdo… lampu sume da tutup.. tp mata terkebil2.. terbyg suasana rumah.. pertama kali berjauhan dr famili.. sebak sgt… tp tade air mata kua πŸ˜›

    Reply
  • November 10, 2010 at 1:59 pm
    Permalink

    betul ciktom…sayangi dan hargailah ibu kita itu…nati ciktom da kawin..ada anak..tahulah betapa mencabarnya proses mendidik dan mengajar anak2..

    ciktom dulu skol SBP mane yer?…ntah2 skol yg pernah akak ajar..miahahaaa…

    Reply
  • November 10, 2010 at 2:13 pm
    Permalink

    selamat ulang tahun kelahiran buat ibu ciktom.. semoga dlanjutkan usia, dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan dan dirahmati Allah.. amin

    πŸ™‚

    Reply
  • November 10, 2010 at 2:13 pm
    Permalink

    ibu..ibu.. engkaulah ratu hatiku
    bila ku berduak..engkau hiburkan selalu
    ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku.. πŸ˜‰

    selamat hari lahir ibu cik tom..

    Reply
  • November 10, 2010 at 2:19 pm
    Permalink

    Itulah cinta ayah dan ibu.. Yakni maaf tanpa syarat.. berbakti kepada ibu bapa sehingga ke akhir hayat mereka… atau akhir hayat kita?

    Reply
  • November 10, 2010 at 2:49 pm
    Permalink

    ibu kaula ratu hatiku
    πŸ™‚

    Reply
  • November 10, 2010 at 3:33 pm
    Permalink

    selamat hari jadi mak tom

    Reply
  • November 10, 2010 at 4:54 pm
    Permalink

    i love emak! hehehe

    Reply
  • November 10, 2010 at 5:04 pm
    Permalink

    hmm…kadang2 kt pun xde secalit pun dalam hati nak sakitkan hati ibu kt..
    tapi kadang2 ape yg kt ungkapkan..akan disalahtafsir oleh ibu kt dan mereka akan terase hati..
    hmm..-_-

    Reply
  • November 10, 2010 at 8:50 pm
    Permalink

    Kekadang, orang yang paling hampir dengan kita itulah yang kita tidak perasan akan kehadirannya…
    Kita selalu nampak dan banggakan orang yang jauh di sana, sedangkan orang yang terdekat itu sentiasa ada untuk bersama dengan kita susah dan senang…
    Dulu, tiap pagi akan kupeluk dan kucium pipi ibuku. Sekarang tidak lagi kerana aku bertugas jauh dari kampung. Makanya hanya ketika bercuti dan pulang ke kampung sahaja aku dapat lakukannya.
    Memang terasa damai dan sangat menyenangkan dapat memeluk dan mencium ibu. Rugi orang yang tidak mahu dan tidak dapat melakukannya….

    Reply
  • November 10, 2010 at 9:10 pm
    Permalink

    hihi..happy birthday to mama cik tom!!ML pun sayang mak ML jugak..hihihi..tapi tym ML masuk asrama dulu,hari2 nangis nak balik sekolah lama dekat ngan rumah.Tapi mak ML xbagi jugak.Mak ML sanggup ulang alik every week KL-PERLIS sampaila ML adapt.After all,mother always knows best =)

    Reply
  • November 10, 2010 at 11:11 pm
    Permalink

    selamat hari lahir utk ibu Cik Tom, semoga panjang umur dan murah rezeki..cik tom hargai lah jasa ibu, jgn sesekali melukai hati ibu, ibu sanggup berkorban apa saja utk kita..baca kisah cik tom teringat arwah ibu akak yg dh pergi..selagi ada ibu sayangi lah dia…

    Reply
  • November 11, 2010 at 12:05 am
    Permalink

    hepi belated bday 2 ur mom..dla pun sm gak, degil dulu2..skang dah insap dah..hehe πŸ˜€

    Reply
  • November 11, 2010 at 12:39 am
    Permalink

    wish happy birthday kat mak..sy pon syg mak sy gak

    Reply
  • November 11, 2010 at 12:49 am
    Permalink

    mmg ibu adalah sahabat yg terbaik…adik2 akak semua benda akan report kat ibu dgn senang hati…bab bf/gf pun mak tahu…sms pun bg mak baca..he3…

    Reply
  • November 11, 2010 at 1:43 am
    Permalink

    ehehe… mmg kalau dok ostel sume kena wat sendiri, xde g manja2 πŸ™‚

    peluk lah ibu selalu….. sementara dia masih ade…

    Reply
  • November 11, 2010 at 2:53 am
    Permalink

    Terima kasih utk nasihat cik tom.
    Ibu memang kawan yang baik. Sebab tu saya sangat sayangkan ibu saya. Cuma kalau saya kan, saya pulak yang jadi tempat mengadu ibu pasal adik-adik. Hehehehehe….

    Reply
  • November 11, 2010 at 3:21 am
    Permalink

    selamat hari lahir untuk ibu cik tom. semoga beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. πŸ™‚ betol tu cik tom, hargai lah ibu/bapa selagi masih ada. πŸ™‚

    Reply
  • November 11, 2010 at 3:47 am
    Permalink

    sayangilah ibu kita selagi hayatnya masih ade..
    mood nak peluk ibu aku jap…adess

    Reply
  • November 11, 2010 at 4:05 am
    Permalink

    um.. pernah juga buat mak menangis. sebak. rasa berdosa~

    Reply
  • November 11, 2010 at 4:35 am
    Permalink

    selamat hari lahir pada mak, cik tom…semoga dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yg baik…saya pun sayang mak saya…

    Reply
  • November 11, 2010 at 4:58 am
    Permalink

    Tom…ellen pun sayang mummy gak..sedih ngan story Tom..sebab Ellen baru sedar yang Ellen pun jahat sama mummy…thanks for sharing Tom..

    Reply
  • November 11, 2010 at 7:36 am
    Permalink

    tapi angah gelarkan diri angah org @ pun angah.. hehehee

    Reply
  • November 11, 2010 at 7:38 am
    Permalink

    sayang cik tom..cik tom ni seorang anak yang baik..

    Reply
  • November 11, 2010 at 7:49 am
    Permalink

    sob sob..love my mummy

    Reply
  • November 11, 2010 at 8:15 am
    Permalink

    salam cik tom

    kak ati part2 ni sgt sensitif..
    rindu sgt dgn mak kak ati
    betul apa yg cik tom kata kan.

    berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul ni… πŸ™

    Reply
  • November 11, 2010 at 8:15 am
    Permalink

    Sedih baca entry Cik Tom, teringat pula ibu di rumah…
    Betul tu, hargai lah ibu kita selagi berpeluang. Bukan senang tau kita lahir ke dunia, ibu kena bertarung nyawa…Ditambah dengan cabaran membesarkan anak-anak yang pelbagai karenah. Namun ibu tetap sabar melayan. See, betapa besar kasih seorang ibu…

    Reply
  • November 11, 2010 at 8:40 am
    Permalink

    ibu,

    selamat hari lahir ye

    *hugs*

    cik tom jgn mare ye Ai hugs ibu awak.

    hihiih

    πŸ˜›

    Reply
  • November 11, 2010 at 9:10 am
    Permalink

    jangan lupa jasa mak ayah kita even kita dah berjaya nanti.. sedih lohh entry ciktom ni.. πŸ˜‰ kirim salam kat mak yea..hehe

    Reply
  • November 11, 2010 at 12:09 pm
    Permalink

    sebaknye bc tulisan ciktom..
    kenapa buat mcm tu kat ibu ciktom..
    huhuhuhuhuhu..

    betul kata ciktom, sayangilah ibu kita sementara beliau masih ada..
    hormatilah aah kite dan sayangilah mereka berdua selama-lamanya..
    tanpa mereka..siapalah kita..

    Reply
  • November 11, 2010 at 12:17 pm
    Permalink

    seorang mak xkan tak memaafkan anaknya..biarpun anaknya jahat ke apa ke…seorang ibu tetap mengasihi anaknya sehingga hayat diaorg πŸ˜€

    Reply
  • November 11, 2010 at 12:18 pm
    Permalink

    adehh.. ko wat aku rindu mama aku sgt2.. T_T

    Reply
  • November 18, 2010 at 3:45 am
    Permalink

    betul tu cik tom..dulu kak bee pon duk asrama . lepas masuk asrama baru tau perbezaan layanan dari orang lain dgn ibu kita tak sama . sebelum tuu kal bee kuat gado dgn mak kak bee…lepas kahwin n beranak lagi terasa rindu dan hargai mak sangat2 sebab dah dapat rasa macam mana susahnya seorang ibu kandungkan kita selama berbulan2'melahirkan dan membesarkan…kak bee dah ras tugas tu sangat beratttt , jangan sesekali lupa jasa ibu bapa yang membawa kita kedunia ini…rasa bertuah juga jadi perempuan ,keinsafan muncul selepas kita beranak pinak…sempat la manta maaf dan kembali kearah yang benar iaituu hargai ibu kita….

    Reply
  • January 8, 2012 at 10:38 pm
    Permalink

    Yang dibimbangi apabila ibu melahirkan tuannya. Apa pun kasih ibu tidak pernah berbelah bahagi pernah saya mendengar Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah memberi nasihat agar balik berjumpa orang tua jangan tunggu sampai orang tua telefon untuk suruh balik.

    Reply
    • January 14, 2012 at 1:08 pm
      Permalink

      ye betul tue..selalu kena telefon emak ayah..sekurang2nya sekali seminggu kalau tak nanti diorang bimbang..

      Reply
  • January 8, 2012 at 10:46 pm
    Permalink

    huhu..sdeyh..crita nie wat husna tringat rumah..
    tringat mama dan smuanya..aiyooo~

    Reply
  • January 8, 2012 at 11:11 pm
    Permalink

    setiap orang pasti pernah melukakan hati dan perasaan ibu mereka, sengaja atau tidak sengaja…sedar atau tidak mmg itulah kebiasaannya. Selamat hari lahir buat ibu cik tom…semoga sentiasa sihat selalu.

    Reply
    • January 14, 2012 at 1:08 pm
      Permalink

      thanks yas..peringatan supaya ciktom xlukakan lagi hati ibu..

      Reply
  • January 9, 2012 at 12:04 am
    Permalink

    selamat hari lahir untuk ibu ciktom
    moga2 sentiasa sihat dan bahagia

    Reply
    • January 11, 2012 at 12:04 am
      Permalink

      thanks tehr..tp besday emak dah lepas..bulan 11..huhu

      Reply
  • January 9, 2012 at 2:24 am
    Permalink

    semua orang sayang ibu masin-masing. hehe..

    Reply
    • January 14, 2012 at 1:09 pm
      Permalink

      betul tue…ciktom sayang emak ketat2!

      Reply
  • January 9, 2012 at 11:19 am
    Permalink

    tersentuh saya baca ni..teringat jugak apa salah saya yang mungkin ada atau tak disedari telah menyakiti hati ibu..

    Reply
    • January 14, 2012 at 1:00 pm
      Permalink

      em kita manusia biasa kadang2 ada perkara yang kita xsedar dah lukakan hati ibu…yang terbaik kita minta maaf dan layan ibu terbaik..

      Reply
  • January 9, 2012 at 11:57 am
    Permalink

    Ibu ratu hati ku..jasa ibu yang tak terbalas betapa besarnya jasa seorang ibu.

    p/s:fiza dah review blog di alexa untuk kali ke2..aritu tak keluar ye.kali ni kalau tak keluar,inform fiza ye..thanks cik tom.

    Reply
    • January 11, 2012 at 12:03 am
      Permalink

      yup betul tue…
      ciktom cek xde lg review dr fiza..
      ciktom try review alexa fiza plk ye..

      Reply
  • January 9, 2012 at 12:30 pm
    Permalink

    cik tom dah boleh pos kat metro ni buat cerpen..isinya best..penulisan pown baik..kipidap!

    Reply
    • January 14, 2012 at 1:49 pm
      Permalink

      pos kat metro??belum layak lagi akak..huhu

      Reply
  • January 9, 2012 at 12:52 pm
    Permalink

    Asrama mmg mendikarikan seseorang. Byk boleh belajar dgn dok asram. Berbeza yg blom pernah dok sendri πŸ™‚

    Reply
    • January 14, 2012 at 1:12 pm
      Permalink

      yup tersangat la betul asrama memang mematangkan fikiraan dan juga tindakan..jadi lebih berdikari berbanding pelajar yang xduk kat asrama..

      Reply
  • January 9, 2012 at 1:22 pm
    Permalink

    happy birthday to mak ciktom..
    sayu baca entry ni..
    teringat segala pengorbanan mak dekat diri ni..
    masa kecik2 lagi lah perangai teruk sangat..huhuhu..

    Reply
    • January 14, 2012 at 12:41 pm
      Permalink

      hmm mmg ciktom akui perangai ciktom masa kecik memang teruk kat emak..tapi skang dah insaf..janji nak jaga emak elok2 =)

      Reply
  • January 9, 2012 at 1:25 pm
    Permalink

    kali kedua baca entry cik tom ni..
    maasih lagi buat akak sebak..

    Reply
    • January 14, 2012 at 12:40 pm
      Permalink

      ulang balik entry ni sebab rasa rindu sangat kat emak..hee

      Reply
  • January 9, 2012 at 2:31 pm
    Permalink

    kalau sayangkan ibu doakan dia setiap kali lepas solat,

    Reply
    • January 14, 2012 at 12:41 pm
      Permalink

      ye…memang selalu doakan ibu ayah lepas solat..thanks..

      Reply
    • January 14, 2012 at 5:49 am
      Permalink

      betul tue kko..kena sentiasa hargai ibu tercinta..

      Reply
  • January 9, 2012 at 4:47 pm
    Permalink

    alhamdulillah…spanjang hidup x penah buat mak mnangis…tapi buat mak marah ader la..hehe
    sayang mama….

    Reply
    • January 10, 2012 at 11:56 pm
      Permalink

      alhamdulillah baguslah..jangan jadi macam ciktom..harap cerita ini dapat dijadikan pedoman buat orang lain jugak.

      Reply
  • January 9, 2012 at 5:28 pm
    Permalink

    Sebagai anak, itulah yang terbaik. Kadang2 bila ada depan mata, kita tak hargai,.. bila dah takde baru kita terasa. Ciktom kira bertuah sebab masih ada ibu…:(

    Reply
    • January 14, 2012 at 5:44 am
      Permalink

      yup..cik tom akan hargai ibu cik tom sebaiknya…insyaAllah..

      Reply
  • January 9, 2012 at 11:47 pm
    Permalink

    bulan 11?hihihi
    happy birthday mak cik.semoga mak cik tom sntiasa sihat,pnjg umor n dmurahkn rezeki.amin.

    Reply
    • January 10, 2012 at 11:57 pm
      Permalink

      ni entry republish yunk…entry bln 10 punya..xde masa nak tulis entry baru..tue recycle balik..hee

      Reply
  • January 10, 2012 at 12:11 am
    Permalink

    sayangilah ibu bapa sebaik mungkin,mereka cuma satu,bukan dua atau tiga..lainlah kawan dan juga pasangan,boleh datang dan pergi begitu saja..rindu ngan mama,dah dekat 7 tahun tak jumpa..sayang mama sangat2..

    #datang sini nak tuntut janji,ciktom kan ada?heheee

    Reply
    • January 14, 2012 at 1:52 pm
      Permalink

      lamanya xjumpa sampai 7 tahun? kenapa xjumpa? carilah masa jumpa mama achie ye…mesti mama achie pun rindu kat achie…

      erk tuntut janji ciktom ada??huhuuu ;p

      Reply
  • January 10, 2012 at 12:21 am
    Permalink

    sayang mak juga.. kasih ibu sampai ke syurga.

    Reply
  • January 10, 2012 at 11:27 am
    Permalink

    balaslah pengorbanan ibu dengan pengorbanan kita terhadap ibu..

    err boleh faham dak?

    kalau ibu bapa bergolok gadai besarkan kita, maka kita pun bergolok gadailah untuk balas jasa ibu bapa..

    instead of makan kfc or pizza, why not buy necklace and charge it to credit card, itu pun dipanggil pengorbanan.. ibu memang tak akan setuju pada mulanya, tapi disebabkan pengorbanan kita, ibu akan ambil dan besar pahala dan rahmat yang akan kita perolehi

    my personal thought.

    Reply
    • January 14, 2012 at 3:34 pm
      Permalink

      thanks utk nasihat chemie..ciktom faham…mmg cik tom cuba usahakan dan setiap bulan mmg hulur duit kat diorang..celebrate dan bagi hadiah time besday dan mana2 hari yg rasa nak bai something utk mak..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE