Idea Aktiviti Homeschooling Anak: Snake Lacing Untuk Fokus

Idea Aktiviti Homeschooling Anak | Ada tegur rajin ciktom kongsi post homeschooling anak sekarang ni. Nak jadi blog homeschooling Malaysia ke? Amin.. Apa salahnya kan. Ciktom kan niche blog lifestyle dan juga parenting. So, ciktom boleh selang selikan aktiviti homeschooling anak ciktom, adira dalam blog ni.

Aktiviti Lacing ini ialah salah satu aktiviti homeschooling yang gemar dibuat oleh ibu bapa yang mengamalkan homeschooling anak di rumah. Malahan para Speech Therapist juga banyak menyarankan ibu bapa untuk membuat aktiviti bagi meningkatkan daya fokus anak seperti lacing yang dapat membantu anak speech delay.

Inspirasi DIY Snake Lacing ini ciktom ambil idea dari Facebook Faizatul Akma Fauzi . Yang tak sempat DIY sendiri boleh beli busybag kat Facebook Akma tau. Cecomel semua busybag dia jual dan harga pun berpatutan.

Idea Aktiviti Homeschooling Anak Snake Lacing

Idea Aktiviti Homeschooling
Snake Lacing

Bahan Homeschooling Snake Lacing

Snake Lacing ini ialah hasil ciktom DIY dengan menggunakan bahan seperti;

  1. Penutup botol
  2. Pipe cleaner stick
  3. Straw warna warni
  4. Mata sebagai hiasan
  5. Sedikit kertas foam
  6. Gam

Anggaran kasar kos DIY Snake Lacing ialah bawah RM2.

Cara pelaksanaan aktiviti Snake Lacing :

Sebenarnya banyak cara atau idea boleh pelbagaikan untuk buat homeschooling macam lacing ni. Antara idea untuk cara pelaksanan aktiviti snake lacing ialah:

1⃣ Ajar anak kemahiran meminta dan berikan straw
2⃣ Minta anak utk masukkan straw ke dalam pipe cleaner
3⃣ Sebut warna ketika hulurkan straw
4⃣ Bermain secara gilir-gilir dgn anak untuk tingkatkan kemahiran menunggu giliran.

Objektif aktiviti snake lacing:

Ini pun sama banyak objektif boleh capai dengan buat homeschooling seperti snake lacing bersama anak seperti;

✅ Tingkatkan fokus anak
✅ Tingkatkan kemahiran motor halus anak
✅ Stimulasi bahasa
✅ Tingkatkan kemahiran menunggu giliran

Interesting topics: What you need to know before homeschooling your kids in Malaysia

Alhamdulillah adira completed task untuk homeschooling. Laju dia nak buat sebab dah pernah buat lacing guna gelung benang dengan tali. Cuma dalam gambar tu teknik jari kiri tu salah pegang pipe cleaners. Sepatutnya grasp 3 jari.

InsyaAllah akan datang ciktom lebih banyak aktiviti homeschooling yang ciktom buat bersama anak.

Antara contoh ciktom buat aktiviti kemahiran motor halus (fine motor skills) adira 👉 Kompilasi Aktiviti Homeschooling Untuk Fokus Anak

Jom baca: Contoh Aktiviti Rangsang Kemahiran Motor Kasar bagi Vestibular Sensory

Semoga bermanfaat contoh homeschooling adira yang ciktom kongsikan untuk korang ni ye!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

3 thoughts on “Idea Aktiviti Homeschooling Anak: Snake Lacing Untuk Fokus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.