Idea Hadiah Bayi Baru Lahir (Newborn Baby)

Assalamualaikum dan salam sayang.. Tak sangka cepat je masa berlalu, kini dah masuk bulan Februari. Tanpa kita sedari masa berlalu pergi tanpa tertangguh lagi. Yang tinggal hanyalah kenangan abadi bersama orang yang tersayang. Salah satu cara cik tom suka abadikan kenangan bersama orang yang tersayang share moment indah dengan berikan hadiah dan juga ambil gambar kenangan bersama.

Alhamdulillah anak buah cik tom pun makin bertambah ramai bilangannya. Tahun lepas cik tom dapat 3 orang anak buah sekaligus dalam tahun yang sama. Perghh memang meriah dan seronok berganda. Tapi dalam rasa seronok tu, cik tom rasa agak pening kepala memikirkan nak bagi hadiah apa? Alamak banyaknya nak kena sedia hadiah ni! Newborn baby dah 3 orang bermaksud 3 hadiah perlu bawak balik kampung.

Nak beli hadiah apa untuk bayi baru lahir (newborn baby)???

Idea Hadiah Bayi Baru Lahir (Newborn Baby)

1. DUIT

Ada orang suggest bagi duit je senang kat baby ni. Tak perlu bagi hadiah.Yelah maybe dengan duit ni boleh la parents beli apa barang keperluan bayi yang diinginkan. Kalau emak ayah cik tom akan simpan duit yang dapat tu untuk tabungan anak ke dalam bank.

Jumlah duit biasanya mostly bagi minimun RM10 atau mengikut kemampuan.

Cik tom lagi suka abadikan kenangan dengan berikan something yang baby ni boleh guna. Maybe akan dijadikan kenangan bila diorang besar nanti atau barang yang boleh dipass ke generasi seterusnya. hihi..

2. BAJU BABY

Antara hadiah popular untuk bayi baru lahir (newborn baby). Lagi-lagi kalau bayi dilahirkan perempuan macam2 pilihan baju yang comel boleh dijadikan sebagai hadiah. Tukang nak beli hadiah pulak rambang mata. hihi…

Cik tom prefers beli rompers untuk bayi baru lahir. Lagi selesa untuk dipakai.

romper bayi romper bayi
Set Rompers I♥MOM & I♥DAD  Set Rompers Carter’s 7 Day (Boy)  Set Rompers Carter’s 7 Day (Girl)

Kalau korang jenis prefer shopping online oleh sebab busy, boleh survey pelbagai pilihan baju bayi kat website >>Shop Baby Clothings.

3. SET KELENGKAPAN BAYI/ HAMPER

Set kelengkapan bayi ni biasanya dalam bentuk hamper/ bag atau gift box yang telah dihias cantik. So, korang tak perlu nak susah2 bungkus pulak hadiah tu.

Biasanya set kelengkapan bayi ni terdiri dari set baju tidur, dengan sarung kaki dan tangan, maybe sapu tangan.

Selain tu, ada pilihan set kelengkapan mandian bayi untuk shampoo, mandian, bedak, minyak rambut dan lain-lain.

Ada juga set botol susu untuk bayi.

>>Disney 6 pcs Newborn Baby Box Gift hanya RM25.90 Free postage<<

4. Bolster, Blanket, Playmat

Cik tom lagi prefer beli barang secara online sebab mudah, jimat masa dan juga tenaga. Duit pun jimat dari segi minyak dan tol. Hihi… Oleh sebab itu, cik tom memang seorang kaki shopping tahap hardcore juga di website Lazada, Zalora, Photobook, Agoda, Hermo, Lelong dan banyak lagi. Boleh dikatakan semua website shopping kat Malaysia ni cik tom dah pernah beli barang. Haha…

Ini antara 3 hadiah untuk newborn baby anak buah cik tom hasil shopping online.

Idea Hadiah Bayi Baru Lahir (Newborn Baby)

>>Baby Toddlers Musical Pillow Bolster<<

Hadiah bantal bermuzik bumblebee bagus untuk penumbesaran IQ baby untuk Darwisy. Cik tom berkenan bantal cute ni lepas tengok Lara Alana pun ada 1. Hihi… Tapi memang excited sangat Darwisy dapat main dengan bantal ni.

>>Playmat Baby Toy Plus Blanket<<

Hadiah bantal sekali dengan selimut untuk Zara Sofea. Best tau selimut tu boleh lipat masuk jadi bantal je. Senang sis in law cik tom nak bawak travel ke mana-mana. Kat bantal tu ada pelbagai bentuk dan warna untuk develop pergerakan dan minda bayi.

>>Lamaze Musical Baby Early Development InchWorm <<

Hadiah patung Lamaze Worm untuk baby Dhia. Setiap compartment patung ulat tu berbeza jenis isinya bagi merangsang deria sentuhan dan bunyi baby. Siap boleh ukur lagi ketinggian baby tau.

Comel dan agak rare hadiah cik tom beli secara online hanya di hujung jari je! hehe…

Cari kat kedai barangan baby biasa susah nak jumpa barang baby comel macam ini. Semua tiga hadiah ini cik tom dapat dalam anggaran RM100. Murah dan kualiti pun bagus! Setakat cik tom survey harga barang sama jual di facebook dan instagram memang tak akan dapat harga yang cik tom beli.

Nak tahu macam mana cik tom dapat shopping online macam-macam barang secara online dengan harga murah? Shhhh.. Meh dekat sini nak bisik satu rahsia kat korang.

As shopaholic, kita nak beli barang secara online ini kena pandai. Jangan shopping online ikut suka hati je. Tips yang paling penting untuk beli barang secara online ni kena rajin baca review dari pengguna, harga barang dan juga gunakan kupon diskaun atau beli waktu ada promosi/less giler2.

Ini hadiah anak buah paling baru cik tom belikan bulan lepas untuk Nur Insyirah. Cik tom order online dan poskan terus ke rumah adik cik tom. Oleh sebab cik tom pun jauh ke selatan. Tak dapat nak balik kampung. Tapi tetap kirimkan hadiah buat anak saudara tersayang tanda ingatan.

baby playmat

>>Baby Rainforest Music Soft Mat For Play Gym Activity <<

Comelkan?? Gambar baby insyirah main atas playmat adik cik tom tak sent lagi. hihi..

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama berbelanja secara bijak supaya hidup lebih ceria dan bahagia di samping yang tersayang.

 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

40 thoughts on “Idea Hadiah Bayi Baru Lahir (Newborn Baby)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!