Post navigation

Sotong/ Ikan Celup Tepung di Teluk Ketapang, Terengganu

Posted on by

Salam 1 Malaysia…Cik tom nak tunjukkan tempat makanan yang sedap dan best di Terengganu. Salah satu makanan yang popular kalau datang kat sini ialah ICT iaitu Ikan Celup Tepung. Ikan, sotong dan udang (seafood)  yang di goreng dengan tepung. Lokasi yang cik tom dan kawan-kawan pergi makan ini ialah di ICT Haji Pok Long (Seafood) di Pantai Teluk Ketapang, Terengganu. Kedai makan ICT ini berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu. Masa perniagaan kedai ini ialah antara pukul 2.15 petang-7.30 petang. Kedai makan ICT Haji Pok Long (Seafood) memang terkenal. Artis-artis yang datang melawat Terengganu biasanya akan makan kat sini. Kalau nak jumpa artis-artis kat Terengganu ni boleh la selalu datang makan kat sini. Kawan cik tom pernah jumpa Ashraf Muslim, Dato’ Sani (Pengarah Sani Express) makan kat sini juga.

ICT Haji Pok Long (Seafood)

Kebetulan pula, time cik tom pergi dengan kawan-kawan makan sotong celup tepung ni terjumpa artis Black Mentor dan Jaclyn Victor. Jaclyn Victor yang pakai baju warna merah sambil tunduk tengok hp kat atas tue. Black mentor pulak yang pakai baju biru kilat kat belah kiri gambar tapi terlindung dengan mamat baju kelabu.

Sotong Celup Takwa

Gambar di atas adalah antara menu yang ada terdapat di ICT Haji Pok Long (Seafood).  Semuanya sedap2. Antara menu terdapat di sini ialah pelbagai jenis makanan laut yang digoreng dengan tepung dan antaranya ikan, sotong, udang. Keropok lekor, keropok goreng, pisang goreng, cucur udang, jemput-jemput, bihun goreng, air kelapa dan pelbagai lagi juadah yang menarik. Kat ICT Haji Pok Long (Seafood) selesa kerana turut menyediakan kemudahan tandas dan juga surau.

Pemandangan Teluk Ketapang

Pemandangan di ICT Haji Pok Long (Seafood) cantik kerana mengadap pantai teluk ketapang dan juga berhampiran (belakang) Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Tengoklah gambar awan yang biru dan pantai yang putih bersih.

Siap Makan

Gambar atas tue, kitaorang dah siap makan. Tiga orang je habiskan semua makanan tue. Memang lapar betul ni. hehe….

Van TV3

Masa nak balik sempat lagi snap gambar van TV3 yang bawak Jaclyn Victor dan Black Mentor. Tapi kitaorang tak minat pun diorang so takde ambil gambar dengan diorang. huhu…

********************************************************
klik sini

klik sini

8 thoughts on “Sotong/ Ikan Celup Tepung di Teluk Ketapang, Terengganu

    • bukan yunk..tempat yang kita pergi tue kelulut…nanti ada entry tue akan keluar jugak minggu ni..ciktom dah set autopublish…hee