Isu Zina, Anak Luar Nikah Tak Akan Habis?

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua….. Kalau kita fikir sejenak; Adakah Isu Zina, Anak Luar Nikah Tak Akan Habis? Setiap hari ada je kes buang bayi yang sah2 anak luar nikah. Ada yang dibuang masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia. Memang tidak berhati perut manusia jenis macam ni. Lagi kejam dari haiwan yang memang dah nyata tidak dikurniakan akal untuk berfikir.

Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Sumber : Berita Harian 21/03/2010

Jauhi Pergaulan BebasAda keyword masuk ke blog cik tom mengenai “hakikat mengenai anak haram“. Fuhh.. cik tom rasa tak sepatutnya anak luar nikah atau anak yang tak sah tarafnya dipanggil anak haram. Sedangkan diorang tidak bersalah pun. Yang patut dipersalahkan ialah emak bapak diorang yang hanya mengikut hawa nafsu semata-mata atau maybe perempuan yang jadi mangsa rogol.

Firman Allah Taala; “Bahawasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.” (Surah al-Najm, 38)

Tidak ada anak atau zuriat yang dilahirkan ke dunia berstatus haram, bahkan kedudukan setiap insan disisi Allah adalah sama tidak kurang sedikitpun. Bahkan tidaklah mengikut fitrah dan syariat jika seseorang itu disebut dengan anak haram kerana tidak ada seorang pun ingin lahir ke dunia dalam keadaan dan kedudukan haram. Sebenarnya anak yang lahir melalui perzinaan adalah anak yang suci seperti anak-anak yang lain, cuma yang haram adalah perbuatan zina yang dilakukan antara lelaki dan wanita sehingga menyebabkan lahirnya anak tersebut.

Pada hakikatnya anak luar nikah adalah sama seperti insan-insan lainnya. Dia lahir ke dunia ini dalam keadaan suci dan bersih dari sebarang dosa dan noda. Ibarat kain putih yang tidak tercorak. Kain putih yang tak tercemar. Semakin hari anak ini semakin membesar, dan penjaganyalah yang bertanggungjawab mencorak kehidupannya. Agama, akhlak dan dunianya. Jika dicorak dengan baik, anak ini akan menjadi baik. Jika buruk, maka akan buruk pula jadinya.

Sabda Rasulullah s.a.w.; “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih, maka kedua ibu bapanyalah yang akan menyebabkan anak ini menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Pelbagai penyelesaian yang kerajaan cuba lakukan untuk selesaikan masalah kes anak luar nikah ni. Contohnya sekolah untuk perempuan yang mengandung, pendidikan seks dan cik tom ada dengar ura-ura nak buat rumah untuk buang bayi. Tempat bagi menggelakkan diorang buang bayi merata-rata. Betulkah itu solusi yang sesuai? Rasanya masalah anak luar nikah boleh jadi makin berleluasa sebab mereka fikir sekolah, rumah boleh jadi penyelesaian anak luar nikah mereka. Buatkan mereka lagi berani berzina.

Semuanya ini hanya satu langkah penyelesaian selepas perkara tue dah terjadi. Bukankah lebih baik kita mencegah sesuatu dari mengubati sesudah yang dah berlaku? Maybe kerajaan atau NGO patut amik inisiatif lain seperti menyemak kembali slybus pendidikan agama islam dan kaji semula mengenai pendidikan seks. Memperketatkan lagi undang-undang atau laksanakan hukum hudud. Sehingga golongan seperti ini takut nak berzina. Eh dah macam entry BM untuk exam je? Ini hanyalah pendapat cik tom yang sayangkan semua saudara mara seislam.

Jom baca ulasan ringkas tapi mendalam Mufti Negeri Kedah Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Muhamad Baderudin Haji Ahmad; Mufti Ulas Isu Zina, Anak Luar Nikah Dan Kehancuran Moral.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

20 thoughts on “Isu Zina, Anak Luar Nikah Tak Akan Habis?

  • December 30, 2011 at 9:37 am
    Permalink

    Tak akan habis,selagi tiada kesedaran dari individu itu sendiri…

    Reply
    • December 30, 2011 at 8:37 pm
      Permalink

      yup kena ada kesedaran dan perasaan malu dr individu tue sendiri.

      Reply
  • December 30, 2011 at 12:24 pm
    Permalink

    saya setuju bab anak luar nikah tak sepatutnya dipanggil anak haram..seolah2 anak itu yang bersalah..tapi kadang2 bg yg berpandangan negatif anak luar nikah seolah2 satu kudis buat mereka..xpttlah macam tu..mereka juga mahu hidup normal macam kita.tiada bezanya dengan kita pun mereka tuh..darah yg mengalir ttp sama..sepatuttnya kita sama2 menangani perkara mcm ni.. bagi yang berpandangan positif alhamdulillah lah..
    *yg penting bg diorang fahami apa yg halal dan haram serta kesan yg akan berlaku..ISLAM itu kan mudah.. 🙂

    Reply
    • December 30, 2011 at 9:42 pm
      Permalink

      yup tue yang ciktom cuba sampaikan..budak2 tue xbersalah..tp kbykn kes skang anak2 yg lahir jadi mangsa..

      Reply
  • December 30, 2011 at 2:41 pm
    Permalink

    sebab tu la kena nikah dulu..nanti..tak jadilah anak luar nikah..

    Reply
  • December 30, 2011 at 4:26 pm
    Permalink

    astagfirullahallazim…
    benda ni tak kan habis sampai hari kiamat agaknya….

    Reply
    • December 30, 2011 at 7:56 pm
      Permalink

      em rasanya camtulah..umat akhir zaman makin hanyut…tapi harap ada tindakan dari pihak yg sepatutnya..

      Reply
  • December 31, 2011 at 2:15 am
    Permalink

    memang tak akan habis kalau pergaulan kita tdk terbatas..thank cik tom ingatkan..

    #slmt tahn baru..

    Reply
    • January 1, 2012 at 10:45 am
      Permalink

      sama2..sekadar pandangan dari cik tom..slmt thn br =)

      Reply
  • December 31, 2011 at 9:48 am
    Permalink

    rasanya tidak akan ada kesudahan. Makin teruk adalah..walaupun kalau kita tengok golongan yang belajar di sekolah agama, turut terjebak.

    Reply
    • January 1, 2012 at 10:49 am
      Permalink

      tue kena amik tindakan dari kita sendiri dan pihak bertanggungjawab..

      Reply
  • December 31, 2011 at 5:28 pm
    Permalink

    Kes anak luar nikah dan zina tak akan abes sampai kiamat…kita ni negara terbuka…lagi la, sedangkan kat negara yg lebih ketat mcm Saudi pun ada kes2 camnih…..

    Reply
    • January 1, 2012 at 11:10 am
      Permalink

      haa tue la..kena bendung kalau xjadi macam dalam sinetron indonesia..xtau dah anak sape2 sbb byk sgt anak luar nikah..xtau susur galur..

      Reply
  • January 1, 2012 at 12:09 am
    Permalink

    huh isu yang tak akan sunyi selagi bumi tdk kiamat….:)

    Reply
    • January 1, 2012 at 3:05 pm
      Permalink

      tue la rasa camtu jugak..isu ni tak akan habis cuma kalau langsung takde tindakan utk bendung makin berleluasa..

      Reply
  • January 7, 2012 at 10:57 pm
    Permalink

    rupanya statistik makin meningkat terutama yg berugama islam. semoga keluarga sya dan anda juga terlindung dari gejala tak bermaruah spti ini

    Reply
    • January 14, 2012 at 5:42 am
      Permalink

      yup setiap tahun statistik makin meningkat…

      Reply
  • January 10, 2012 at 9:35 pm
    Permalink

    knpe??? mgape???bagaimna??? itu la tnda tnya pda anak yg mgethui bhwa dia adlh ank yg di kndung sblum di nikahi. sbgai sesama manusia x sptut nye kita memangil owg itu ank luar nikah krna ank itu x brslh,dia lhir sma mcm bayi2 yg lain,suci,bersih,xde dosa. Jadi hormati la sesama manusia.

    Reply
    • January 14, 2012 at 3:21 pm
      Permalink

      ye betul tue…jauhi perkaraa zina..insyaAllah terlindung dari segala perkara yang mengaibkan..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE