Jalan-jalan di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Dah baca komen cik tom secara ringkas mengenai percutian cik tom sepanjang berjalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang? Kalau belum boleh juga baca dengan link entry baca di bawah ye. Salah satu tarikan utama dan pertama ke Bukit Tinggi ini sudah semestinya Colmar Tropicale. Kalau korang nak rasai bagaimana perasaan seakan-akan berada di Perancis, boleh la berkunjung ke sini. Ini termasuk dalam percutian bajet dengan kos yang rendah.

Baca: Jalan-jalan ke Bukit Tinggi, Pahang

Kat bawah ni gambar pemandangan jauh bangunan Perancis di Colmar Tropicale. Cantik kan? Bangunannya pun berwarna warni dengan reka bentuk bangunan yang unik. Cik tom tertarik pada beranda tingkap setiap bangunan yang memang comel dan ada pokok bunga.

Pemandangan di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Bentong Pahang.
Pemandangan di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Bentong Pahang.

Once, korang dah sampai korang akan di arahkan parking di tempat parking pelawat. So, kena berjalan sikit. Dont worry tak jauh pun. Yang ni kitorang bergambar dari bangunan tingkat atas kema parking kereta.Β  Ini dalam pukul 9 lebih dah panas dan silau. Panas2 pun nak bergambar tu mata pejam je dik non. Haha… Jangan lupa bawak shades dan monopod ke sini. Senang nak berselfie. Hehe..

sampai terpejam2 mata nak bergambar kannn...
sampai terpejam2 mata nak bergambar kannn…

Nak masuk ke sini dah tak dikenakan bayaran. Yang dikena bayaran masuk ialah dari pondok pos pengawal utama RM13 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Wohoo nampak papan tanda Colmar Tropicale kita bergambar lagi. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan.

Papan tanda Colmar Tropicale
Bergambar dengan papan tanda Colmar Tropicale.Tanda kitorang dah sampai kat sini!

Snap gambar lagi before cross bridge Colmar Tropicale ni!

Penangan angin yang bertiup atas bukit ni memang bestt
Penangan angin yang bertiup atas bukit ni memang bestt

Cantik kan bangunan di Colmar Tropicale ni. Peranciss sangat! Kalau korang perasaan kebanyakan kawan atau saudara korang mesti akan snap gambar view dari depan ni. Sekali pandang wah bestnya diorang pergi melancong oversea padahal Bukit Tinggi je. Hehe…

Dari depan rekabentuk bangunan dan suasana seperti di Perancis
Dari depan rekabentuk bangunan dan suasana seperti di Perancis

Ini gambar kitaorang dari sisi bangunan di Colmer Tropicale. Cantik kolornya gabungan purple lembut dan pink. Setiap tingkap ada tanaman pokok bunga kecil. Siapa yang minat deko umah english style. Boleh cari idea kat sini. Malah ada jual barangan english style untuk deko rumah di Souvenir Shop. Cuma harganya quite expensive. Better korang beli kat Daiso, Kaison atau Mr.DIY lagi murah.

Cantikkan bangunan kat sini?
Cantikkan bangunan kat sini?

Layankan beberapa gambar pemandangan di dalam Colmer tropicale ni ye!

gambar colmar tropicale
Cik tom suka gambar ni… ciktom sampai terduduk nak amik. haha…
Gambar nora berlatarkan bangunan Perancis. Guna monopod :)
Gambar nora berlatarkan bangunan Perancis. Guna monopod πŸ™‚
Cantik2 dan colourful bangunan kat sini. Oh betapa kerdilnya diriku. huhu...
Cantik2 dan colourful bangunan kat sini. Oh betapa kerdilnya diriku. huhu…

Ok cukup bergambar boleh balik. Ada hotel, restoran dan kedai jual cenderahati juga dalam ni tapi kitorang tak beli apa-apa hanya mengambil gambar sahaja.

Banyak hotel, restoran dan souvenir shop di dalam Colmar Tropicale
Banyak hotel, restoran dan souvenir shop di dalam Colmar Tropicale

Sebelum keluar bergambar kembar yang comel, Sal & Na bergambar dengan jam ala Perancis. Sekali imbas macam jam dalam movie Harry Porter je. Hehe..

Kembar Sal dan Na dengan Clock Tower
Kembar Sal dan Na dengan Clock Tower

Last but not least, bergambar dengan kuda Malaysia. Haha.. Kuda ni diwarnakan dengan warna bendera Malaysia sempena Hari Kemerdekaan yang lepas.

Dari depan Kema, Cik tom, Nora, Na dan Sal πŸ˜‰

Anak Malaysia :)
Anak Malaysia πŸ™‚

Terima kasih sudi ajak cik tom join trip korang jalan-jalan ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi ni. Memang enjoyy!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

8 thoughts on “Jalan-jalan di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE