Jalan-jalan ke Bukit Tinggi Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Pada hari cuti 1 malaysia yang lepas cik tom dan kawan; kema, sal, na serta nora pergi jalan-jalan ke Bukit Tinggi, Pahang. Kalau korang datang berkunjung ke Pahang ini sememangnya salah satu tempat menarik di pahang  yang korang tak patut lepaskan untuk melawatnya. Buki Tinggi seperti namanya sememangnya tinggi. Perjalanan dari simpang masuk utama untuk ke pondok pos pengawal pintu masuk ke bukit ini mengambil masa hampir 30 minit. Disarankan korang pergi dengan kereta berkapasiti tinggi supaya tidak berlaku seperti kes kereta tersadai di tepi jalan disebabkan oleh enjin panas.

Bagaimana caranya untuk ke Bukit Tinggi?

Macam cik tom bertolak dari Jengka. Kitorang masuk ke highway di Chenor dan seterusnya menuju ke Bentong dan cari sigboard exit menghala ke Bukit Tinggi. Kalau korang dari Kuala Lumpur akan melalui Lebuhraya Karak, sila cari signboard menuju ke Bukit Tinggi Pahang. Perjalanan mungkin mengambil masa dalam sejam atau lebih. Jangan risau kat highway tu dah lengkap dengan signboard. Risau jugak, korang gunalah google maps atau waze pun boleh.

Alamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi,  28750 Bentong, Pahang, Malaysia

Berapakah bayaran dikenakan untuk masuk ke Bukit Tinggi?

Pada tarikh 16 September 2015, bayaran yang dikenakan pada kitorang ialah mengikut kepala RM13 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Kawan cik tom yang pernah pergi ke sana tahun lepas bagitau just RM12. Maybe kenaikan harga lepas GST kot. Huhu..

Bayaran tiket masuk dewasa ke Bukit Tinggi (Colmar Tropicale)
Bayaran tiket masuk dewasa ke Bukit Tinggi (Colmar Tropicale)

Apa yang menarik di Bukit Tinggi?

Kat sini ada Colmar Tropicale, Japanese Village, Organic Farm, Animal Park, Berjaya Hills Golf & Country Club dan Adventure Park. Tapi cik tom just pergi Colmar Tropicale dan Japanese Village je sebab pukul  1 camtu dah nak gerak ke shah alam pulak. Jalan-jalan ke sana pulak. Kuat betul berjalan. Hehe…

Colmar Tropicale

Pada pandangan cik tom tempat ni hanya menarik pada suasana dan senibina bangunan dari Perancis di Colmar Tropicale. Kalau nak pergi Perancis tak tahu lagi bila kan? Dengan ekonomi Malaysia entah macam apa2 ni. Better korang datang melawat Bukit Tinggi boleh rasai pengalaman seperti di Perancis gituu.. hehe.. Tapi kalau ikut dengan keadaan bumi yang mengalami kesan rumah hijau. Kesejukkan kat sini biasa je. Takdelah feeling sejuk pun. Yang datang berskirt pendek pun ramai je. Huhu…

Bergambar di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi
Bergambar di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Panorama yang biasa korang akan nampak bila sampai ke sini ialah maybe tempat pilihan berbulan madu kot. Akan jumpa ramai pasangan berinai datang ke sini berdua dan malu-malu untuk bergambar. Itu pemandangan normal. Hehe.. Tapi kalau tanya pendapat cik tom la kan better korang pergi bulan madu ke tempat lain je. Tak banyak pun tempat menarikk kat dalam ni. Tapi kalau korang dan pasangan berbulan madu di Pahang means jelajah satu negeri Pahang. Cik tom memang sarankan datang ke sini sebagai salah satu tempat persinggahan korang.

Dalam Colmar Tropicale ni pun memang banyak bangunan dengan reka bentuk Perancis yang berwarna-warni dan menarik. Korang boleh snap dan selfie banyak-banyak pastu upload kat instagram, facebook, blog or any media social kan? Huhu..

Adventure Park

Kat Adventure Park ni ada paintball, flying fox, canopy walkway and rock climbing. Tapi berdasarkan permerhatian Adventure Park ni tutup sebab kitorang lalu area rock climbing dan canopy walkway macam terbengkalai je.

Japanese Village

Untuk tempat kedua kitorang jelajah di Bukit Tinggi ialah Japanese Village. Seperti papan tanda di belakang kitaorang. Japanese Village ni terletak 3,500 kaki dari paras laut. Kat Japanese Village ni terdapat Japanese Garden, Japanese Tea House, Tatami SPA, Ume Tatami Suite, Souvenir Shop, Ryo Zan Thei Restaurant dan Botanical Garden.

Berjalan-jalan di Japanese Village, Bukit Tinggi
Berjalan-jalan di Japanese Village, Bukit Tinggi

Waktu cik tom pergi ni Tatami SPA dan Ume Tatami Suite tue tutup. Tengok macam dah lama tutup jugak je. Kat depan SPA tu ada senarai harga. Wow terkejut cik tom harga mahal woo.. Tiba-tiba ada pasangan foreigner ni lalu tengok price and he say nonsense price, quite expensive. Tengok diorang pun cakap gitu. Bukan cik tom dan kawan je rupanya.

Kat taman sini cantik dengan anak sungai memang tenang je tengok. Dalam taman jepun ni ada rumah jepun dan rumah teh jepun. Ada yang bagitau ada 4 sesi majlis teh disana untuk belajar budaya teh. Tapi sepanjang cik tom berada disana macam takde pun. Tapi servis nak sewa dan bergambar dengan baju Kimono 10 minit seorang masih ada dengan harga RM20. Cik tom tak amik sebab rasa tak berbaloi dengan kimono yang agak tak berapa cantik. Maaf ni pandangan cik tom semata-mata lepas tengok kain kimono tu ye. Kalau korang nak rasa experience sewa jelah. No big deal. Hehe..

Animal Park

Animal Park kitorang tak pergi sebab rush nak pergi ke Shah Alam. Berdasarkan dari Sal yang pernah ke sini Animal Park ni ala2 mini zoo. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ialah RM3. Ada haiwan yang jinak macam rusa, arnab, keldai untuk korang bagi makan. Makanan untuk arnab ialah RM3. Cik tom pun dah biasa  bagi rusa makan kat Deerland, Lanchang, Pahang. So, skip je. Hehe…

Bermain dengan arnab.
Bermain dengan arnab di Animal Park. Source: Pya Pysha

Secara overall memang enjoy datang ke sini dapat hirup udara segar, tengok pemandangan yang menghijau, bangunan yang cantik dan menarik. Jauh dari hiruk pikuk kota kan. Dalam satu hari korang boleh lawati kesemua tempat. Cik tom sarankan korang semua datang berkunjung  ke sini dengan keluarga, rakan mahupun orang tersayang.

Untuk entri dan gambar perjalanan kitorang di Colmar Tropicale dan Japanese Village di Bukit Tinggi akan cik tom kongsikan dalam entri akan datang. Pada yang dah decide nak berkunjung ke sini, selamat bercuti ke Bukit Tinggi, Pahang!

Baca: Jalan-jalan di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Baca: Jalan-jalan di Japenese Village, Bukit Tinggi, Pahang

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

19 thoughts on “Jalan-jalan ke Bukit Tinggi Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE