#Throwback2013: Jalan-jalan Tengok Gajah di Kuala Gandah, Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…..

Pada akhir bulan Ogos yang lepas, kawan cik tom ada ajak jalan-jalan tengok gajah di Kuala Gandah, Pahang. Trip pergi jalan-jalan ni agak gamble je pergi. Takde planning mana.. al-maklum semua tak balik dan rasa boring duk rumah sewa.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah

Perjalanan nak tengok gajah ni lebih kurang sejam dari Jengka. Pergi ke sana dengan kereta kawan cik tom, Yan. Yan memang dah biasa jalan nak ke sana. Alhamdulillah perjalanan lagi senang dan berjalan lancar. Tapi jangan bimbang bagi yang tak tau jalan tue, ada banyak papan tanda arah yang dapat tolong korang kalau nak ke kuala gandah.

Dalam perjalanan tue kitaorang nampak ramai anak-anak orang asli kerana perjalanan ni memang melalui kawasan perkampungan orang asli.

Anak sape ntah.. cik tom amik jadi model.. tengok comel je..hehe...
Anak sape ntah.. cik tom amik jadi model.. tengok comel je..hehe…

Mula-mula sampai tue terus pergi tulis nama dan dapatkan pelekat sebelum masuk ke dalam tengok gajah. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam Pusat Konservasi Gajah ni.

Waktu Lawatan Pusat konservasi Gajah
Waktu Lawatan Pusat konservasi Gajah

Waktu melawat pulak dibuka setiap hari cuma yang berbeza waktu melawat je. Nak tau details tengok dalam gambar atas ek. hee…

"3
3 anak dara yang excited nak tengok gajah>>yan, iman & tirah

Sebelum dapat tengok gajah, kena jalan-jalan sikit dan cross jambatan. Tengok kat bawah jambatan ni ada yang duk mandi. Cik tom tak sure la pulak yang mandi tue pelancong ke orang kat sini je.

Patung gajah yang comel2.. geram tengokkk...
Patung gajah yang comel2.. geram tengokkk…

Macam biasa kalau pergi mana-mana tempat mesti dah jadi satu kewajipan ada kedai cenderamata. Kat pusat pemuliharaan gajah ni pun sama. Cik tom berkenan dengan patung gajah kaler merah. Ingat nak beli lepas keluar tengok gajah tapi sedih sangat. Bila keluar tue patung gajah tu dah takde. Huk2..

Pintu masuk kecil ke pusat gajah
Pintu masuk kecil ke tempat gajah

Rasa banyak pintu masuk pulak. hehe.. Yang ini pintu masuk kecil ke tempat gajah yang sabar duk tunggu pelawat datang bagi makan.

Cara pembiakan gajah
Cara pembiakan gajah

Sepanjang berjalan ke tempat gajah ni  ada taman herba, taman bunga dan juga sungai. Kira boleh cuci mata dulu sambil hirup udara segar. Cik tom tengok mat salleh yang ramai duk excited amik gambar rama-rama kat taman bunga ni.

Ofismate tirah beli tebu RM3 seikat
tirah beli tebu RM3 seikat

Dah agak peluh2 sikit berjalan tue… Yeah dah sampai nampak banyak gajah duk dalam kandang. Tirah ajak beli tebu dulu. Harga tebu ni RM3 seikat. Tebu ni dah dipotong kecil2 untuk mudah pelawat bagi makan kat gajah.

Tirah tiup belalai gajah
Tirah tiup belalai gajah

Actually kawan ciktom, tirah ni pernah praktikal 3 or 5 bulan kat sini sebelum ni. So, memang dia familiar dengan semua gajah kat sini. Tengok gajah je terus panggil nama diorang. Cik tom pelik cam mana dia boleh kenal dan ingat semua nama gajah tue. Cik tom tengok sama je semua bentuk gajah. haha…

Tirah terus tarik belalai gajah ni (lupa nama gajah ni) dan tiup. Fuyoo terkagum cik tom tengok aksi dia. hehe.. Tirah bagitau gajah ni cara dia kenal something melalui nafas atau bau. Sebab tue tirah tiup belalai bagi gajah tue cam dia. Yang lagi cik tom double triple kagum gajah tue bagi signal dia kenal tirah ni. Hebat2!!

Aksi tirah lagi...perggh kagum sampai terlopong cik tom tengok..haha
Aksi tirah lagi…perggh kagum sampai terlopong cik tom tengok..haha

Cik tom tengok lagi aksi tirah sebut “magic word” bagi gajah ni follow segala apa yang tirah suruh buat. Nampak gajah ni manja sangat dengan tirah. Yang lagi comel bila cik tom tengok gelagat 2 ekor gajah ni berebut main tarik belalai satu sama lain sebab nak makan tebu yang mat salleh tue bagi. Comel sangattt… hik3 ^_^

Aktiviti wajib- bergambar bersama gajah
Aktiviti wajib- bergambar bersama gajah

Dulu ada aktiviti menunggang gajah tapi sekarang dah tak dijalankan aktiviti menunggang gajah. Cik tom rasa memang bagus keputusan yang dibuat oleh pihak konservasi gajah.

Datang berempat-bergilir2 amik gambar. hehe..
Datang berempat-bergilir2 la amik gambar. hehe..

Aktiviti mandi bersama gajah masih dikekalkan tapi time cik tom pergi ni tak dapat nak dijalankan aktiviti mandi-manda bersama gajah kerana paras air sungai yang agak tinggi akibat dari hujan lebat malam sebelumnya. Ianya merbahaya kepada anak-anak gajah.

Pertunjukan gajah yang lincah dan jinak pukul 2 petang
Pertunjukan gajah yang lincah dan jinak pukul 2 petang

Time cik tom pergi ni memang ramai pelawat yang datang. Siap ada rombongan pelajar sekolah datang jugak. Pukul 2 petang diadakan pertunjukan gajah yang lincah dan jinak.

Ada gajah yang tunjukkan bagaimana 2 cara mereka tidur. Kelakar pulak tengok. hehe.. 2 cara pelatih gajah untuk naik ke atas gajah.. Cara gajah tolong tarik rantai besi untuk tangkap gajah liar yang lain. Ada cara ucapan selamat datang gajah buat pengunjung. Memang bijak dan comel tengok aksi gajah-gajah ni. Terhibur hati tengok.

Sebelum keluar ke Deerland, makan aiskrim di Jumbo Cafe
Sebelum keluar ke Deerland, makan aiskrim di Jumbo Cafe

Selain pertunjukan gajah dan mandi bersama gajah, ada juga aktiviti menonton video mengenai gajah tapi cik tom tak join tengok. Bimbang tertidur pulak. hihi..

Dah puas pegang, belai, bagi makan, bergambar dan tengok pertunjukan gajah. Kami pun pergi makan aiskrim di Jumbo Cafe. Kemudian, baru bertolak keluar ke Deerland (area kuala gandah jugak) tengok rusa pulak. Entri jalan-jalan tengok rusa ni entry seterusnya ye.

Bagi cik tom, jalan-jalan tengok gajah di Kuala Gandah ni memang sesuai sangat untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan anak-anak tersayang. Pasti anak-anak tertawa riang dapat pegang gajah, belai gajah, bagi gajah makan dan juga bergambar dengan gajah. So, sangat disyorkan luang masa berkualiti korang bersama keluarga ke sini. 🙂

Sepanjang bulan Disember 2013, blog ciktom[dot]com akan 
menyiarkan slot #Throwback2013 bagi melangsaikan segala 
entri yang banyak tertunggak di dalam draft sepanjang 
tahun 2013 terutama entri berniche personal.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

26 thoughts on “#Throwback2013: Jalan-jalan Tengok Gajah di Kuala Gandah, Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE