#Throwback2013: Jalan-jalan Tengok Rusa di Deerland, Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Lepas cik tom habis jalan-jalan tengok gajah di Kuala Gandah, cik tom dan kawan-kawan drive menuju ke Deerland di Lanchang, Pahang. Dekat je dengan pusat konservasi gajah tue. Yang Deerland ni kawasan mini zoo kawasan persendirian (private). Cik tom ada jumpa owner ni time kat sana sana tapi tak sempat nak bergambar atau berbual. Dia tengah sibuk renovate kawasan deerland ni. Kawan bagitau ownernya memang peramah orangnya kalau diajak berbual.

Pintu masuk Deerland
Pintu masuk Deerland

Oleh sebab Deerland ni kawasan persendirian. Sebelum masuk, kena bayar dulu untuk tiket masuk dan dapatkan pelekat. Time cik tom pergi ni simple je pelekatnya yang bulat dan tulis dengan marker huruf “D”. Tengok orang lain cerita dalam blog time diorang pergi dapat sticker yang cantik jugak. hehe… So, kitaorang amik sticker ni lekat kat tudung.

Bayar nak masuk Deerland di kaunter
Bayar nak masuk Deerland di kaunter

Bayaran yang dikenakan ialah RM6 untuk dewasa (dikira 12 tahun ke atas) dan RM3 untuk kanak-kanak (3 tahun ke bawah percuma). Cik tom ke sana berempat so total RM6 x 4orang=RM24. Selain dapat pelekat, kitaorang dapat 1 kupon makanan ubi keledek untuk bagi makan rusa.

Surrounding kawasan Deerland ni agak gelap sebab banyak pokok tinggi. So, kalau ada anak2 yang sensitif kulit tu better bawak mosquito repellent.

Nak bagi rusa makan pun takut2.. hehe...
Nak bagi rusa makan pun takut2.. hehe…

Nanti dah masuk ke dalam akan ada kaunter kecil untuk tukarkan kupon. 1 kupon tue kitaorang exchange dapat 2 bakul kecil ubi keledek. Perggh bila masuk terus nampak banyak giler rusa! Rasanya lebih dari 30 ekor rusa. Ada pelbagai jenis warna rusa cuma cik tom tak sure je jenis rusa ni takde label atau tourist guide. hehe..  Burung unta pun ade jugak kat sebelah kandang rusa ni.

Suasana kat sini memang gamat dengan suara rusa duk bersahut-sahutan menjerit. Bunyinya agak kuat dan nyaring. Seram jugak dengar. haha…

Yan kena paksa bagi rusa makan keledek..haha...
Yan kena paksa bagi rusa makan keledek..haha…

Rusa ni bila dah tengok tangan kitaorang pegang ubi keledek, terus semua berlumba terkam kitaorang nak makan keledek. Cik tom pelik jugak tengok yan ni tak bagi pun makan kat rusa. Yan suh kitaorang je bagi makan rusa. Katanya dah biasa datang sini. Pastu apa lagi terus iman paksa yan bagi rusa makan. Rupa-rupanya yan ni takut gak. hik3..

Sakan gelak ye tirah tengok gelagat yan..hihi
Sakan gelak ye tirah tengok gelagat yan..hihi

Tirah sakan gelak bila tau Yan ni takut rusa nak gigit time bagi keledek tue. hihi.. Tapi cik tom pun rasa agak takut nak bagi rusa ni makan sebabnya rusa-rusa ni terlampau agresif!! Sampai nak lompat pagar dan panjangkan leher nak makan keledek yang kitaorang hulurkan tue. Tengok gaya macam tak makan 10 hari pun ade. haha..

Tengok tirah berani je duk belai rusa, ciktom pun pegang tanduk..
Tengok tirah berani je duk belai rusa, ciktom pun try pegang tanduk jelah..

Next lepas dah habis semua ubi keledek tue terus rusa-rusa tue buat derk je kat diorang. Eleh tau la tue dah abis ubi keledek tue boleh beransur-ansur pi tengok haiwan lain pulak. Kat sini bukan ada rusa je tau. Deerland ni dah ala-ala mini zoo ada banyak haiwan lain. Ada pebagai jenis burung; burung merak, burung unta, burung puyuh, ayam, arnab, ular sawa, kucing hutan, cerpelai dan banyak lagi haiwan pelik yang tak biasa cik tom tengok.

Cik tom  tengok kucing hutan tapi 2 ekor kucing ni tengah tidur pulak time cik tom gi melawat ni. Salah timing agaknya.

Kucing hutan
Kucing hutan

Kemudian, kitaorang jalan-jalan lagi tengok burung merak warna-warni dan juga burung merak warna putih. Tapi gambar tak amik sebab handphone dah ter”off” abis bateri. huhu… Ada macam-macam jenis burung yang unik dan tak pernah tengok.

Next pergi kat hedgehog. Ada staff deerland yang bagi kitaorang pegang hedgehod. Geram tengok ada 8 ekor hedgehog a.k.a landak kecil yang cute! Duri pun cam comel je kecik. Bila sentuh tak tajam pun. Teringi pulak nak bela hedgehog. ngee~

Rupa hedgehog yang cute!! sumber: panitia
Rupa hedgehog yang cute!! sumber: panitia

Yang ni gambar last amik kat Deerland. Ni pun amik guna kamera handphone yan. Handphone cik tom kan habis bateri. Takpelah asal boleh bergambar dengan ular albino. Time pegang ni rasa melekit dan lembap je kulit ular ni.

Diorang suh cik tom pegang sekor ular terus tapi dah try memang berat giler! Tak mampu cik tom nak pegang sorang2. Mintak abang staff ni tolong pegang kepala ular sebab yang lain tak berani. hihi..

Bergambar dengan ular albino ;)
Bergambar dengan ular albino 😉

Kalau nak cari tempat menarik di Pahang ni bersama kawan-kawan cik tom memang rekemen korang datang ke sini. Memang best! Ala-ala back to nature gitu!

Semenjak kerja kat Pahang ni banyak gak tempat dah cik tom berjalan. Yang dalam wishing list pun banyak cam trip hiking ke gunung senyum (dah pernah pergi), gambang water park, bukit fraser, janda baik. hehe.. Memang banyak tempat menarik kat Pahang ni. InsyaAllah akan datang cik tom akan share cerita jalan-jalan cik tom ke Cameron Highland pulak. ^.^

Sepanjang bulan Disember 2013, blog ciktom[dot]com akan 
menyiarkan slot #Throwback2013 bagi melangsaikan segala 
entri yang banyak tertunggak di dalam draft sepanjang 
tahun 2013 terutama entri berniche personal.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

29 thoughts on “#Throwback2013: Jalan-jalan Tengok Rusa di Deerland, Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE