Jangan Hampakan Harapan Ibu Bapa

Apakah harapan ibu bapa?  Harapan ibu bapa adalah keinginan diri ibu bapa supaya anak-anaknya menjadi manusia yang soleh, taat dan berjaya di dunia mahupun akhirat.  Setiap ibu bapa pasti menginginkan hanya yang terbaik terhadap anaknya. Kita sebagai anak jangan hampakan harapan kedua ibu bapa.

Ibu Bapa Tersayang
Ibu Bapa Tersayang

Pada yang sedia maklum result pelajar UiTM dah keluar pada minggu lepas. Semalam cik tom dapat call dari bapa kepada salah seorang pelajar yang cik tom just namakan A. Bapa A call bertanyakan pada cik tom, apa sebenarnya masalah anakya dan adakah patut atau tidak anaknya sambung belajar pada semester seterusnya?

Agak berat juga cik tom nak menjawab soalan ini. Nak ditelan mati emak, nak diluah mati bapak. Result pelajar cik tom ni memang teruk, tiga subjek gagal termasuk subjek chemistry yang cik tom ajar, pointer bawah 2.00 dan status pelajar diberhentikan sedangkan baru pelajar semester 1. Bapa A merayu pada cik tom untuk tolong anaknya buat rayuan supaya dapat sambung belajar lagi semester 2. Sayu cik tom dengar suara bapa A yang bersungguh minta supaya anaknya dapat sambung belajar. Bila cik tom cakap dengan A pulak macam melepaskan batu di tangga je. Geram pun ada. Segala permohonan rayuan untuk teruskan pembelajaran terletak pada pihak HEA UiTM bukan pada cik tom.

Pelajar A memang kategori budak pandai tapi masalah yang paling besar ialah MALAS! Masa belajar banyak mengelamun dan mengantuk. Assignment yang cik tom suruh hantar tak lengkap. Ketiga-tiga ujian yang cik tom bagi gagal. Bila cik tom suruh jumpa personally untuk tahu apa masalah sebenarnya tapi tak datang. So, macam mana seorang pensyarah nak menolong kalau pelajar tue sendiri tak nak tolong dirinya sendiri kan? Cik tom pun ada risik dengan kawan-kawan A dan diorang bagitau tiap2 malam A ni stay up tapi main game bukannya study.

Hmm.. kesian pada ibu bapa hantar A ni belajar jauh-jauh dari sarawak dengan harapan anaknya akan belajar rajin jadi manusia yang berguna. Kepada pelajar-pelajar di luar sana, belajarlah rajin-rajin jangan hampakan harapan kedua ibu bapa kamu. Perkara yang terindah apabila melihat ibu bapa tersenyum menangis kerana kejayaan yang telah kamu kecapi.

Doa Untuk Ibu Bapa
Doa Untuk Ibu Bapa

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

23 thoughts on “Jangan Hampakan Harapan Ibu Bapa

  • May 12, 2012 at 1:00 am
    Permalink

    macam ni la perangai bidak2 uni. dah masuk uni buat perangai, bila dah kena dismiessed mak ayah jgk yg merayu sana sini. ank buat tak tahu je.

    tak reti langsung hargai pengorbanan mak ayh.

    Reply
  • May 12, 2012 at 1:28 am
    Permalink

    kesian mak bapa dia risau. usaha tuh dtg dri diri sendiri, klo nmpak sgt anaknya x nak study. apa le wat kan.
    semoga si A mendapat pengajaran dan sedar. hu hu hhu

    Reply
    • May 12, 2012 at 10:58 am
      Permalink

      comelnye die hihihihi

      Reply
  • May 12, 2012 at 2:04 am
    Permalink

    hancur harapan orang tua,susah kalau belajar sebab mak/bapak suruh….

    Reply
  • May 12, 2012 at 2:32 am
    Permalink

    mak bapak risaukan anak…

    tp anak buat2 xreti je…

    =,=!

    Reply
  • May 12, 2012 at 10:57 am
    Permalink

    setuju ngan ciktom 200%

    Reply
  • May 12, 2012 at 11:51 am
    Permalink

    mungkin dah x minat nak study, suruh kerja cari duit sendiri plak

    Reply
  • May 12, 2012 at 1:10 pm
    Permalink

    bagi yana:Thing positive..jadikan keggalan itu pebangkit semangat untuk berjaya..yana pon bukan pandai sgt..yana pon pernah gagal ntah dah berapa kali..

    Reply
  • May 12, 2012 at 4:04 pm
    Permalink

    ooo pensyarah ya cik tom ni…..moga ada kesedaran pelajar ciktom tu..sia mak ayah.

    Reply
  • May 12, 2012 at 4:04 pm
    Permalink

    dulu mak aku suruh sekolah arab tapi aku pergi sekolah menegah,adoi menyesal juga rasanya sekarang menghampakan harapan ibu

    Reply
  • May 12, 2012 at 4:44 pm
    Permalink

    dia ada masalah lain tu kot cik Tom, malas pun akan berusaha jugak bila pikirkan sayang pada mak ayah…suruh pelajar tu pergi jumpe kaunselor la, kot2 die ada masalah yg dipendam

    just bagi pendapat =)

    Reply
  • May 12, 2012 at 5:03 pm
    Permalink

    teruk jugak perangai budak-budak yang masih study ini kalu dah terkena penyakit malas….ish3x…..X ingat emak bapak kat rmh berkerja keras cri duit utk sekolahkan dia…..kasihan kat dia ni….(lupa daratan) dh mcm si tanggang bdk ni….

    Cik Tom,
    Selamat Hari Ibu 2012

    Reply
  • May 12, 2012 at 5:04 pm
    Permalink

    kalau dah diri sendiri xnak berubah nak buat mcm mna lagi dah..
    tp mungkin jugak si A tu ada masalah yg kebarangkalian dya xmaw kongsi..

    oow..ciktom lecturer rupanyaa..hehe..

    Reply
  • May 12, 2012 at 5:47 pm
    Permalink

    Halamakk…si A tu kena gi motvasi skit kot….sian kt keluarga yg menruh harapan…tp dek sikap dia tuu…..jadik…iskk…iskkk

    Reply
  • May 12, 2012 at 7:16 pm
    Permalink

    ada juga rakan sy mcm ni..kebykkan course x dpt seperti apa yg depa impikan..

    bila mintak len ..dpt lak len..kebykkannya x dpt gmbran prospek kerja..tu yg depa malas jer..

    Reply
  • May 12, 2012 at 10:47 pm
    Permalink

    Cikgu selalunya bagi semua yang ada untuk pelajar lulus
    Kalau pelajar tak ada semangat untuk belajar, memang payah

    Reply
  • May 12, 2012 at 11:41 pm
    Permalink

    Sedih perkara ini memang berlaku. Bagaimana kalau diberi pendidikan 100% percuma? Adakah mereka akan mendapatkan pointer yang baik?

    Reply
  • May 13, 2012 at 12:22 am
    Permalink

    ermm jan la kite bwat org tua kitew marah kan!

    Reply
  • May 13, 2012 at 11:27 am
    Permalink

    Buat yang terbaik. Cuma jangan derhaka terhadap kedua orang tua anda. Tu penting =)

    Reply
  • May 13, 2012 at 12:08 pm
    Permalink

    Saya buat kesimpulan pelajar tersebut memang tidak ada rasa ingin belajar. Sebenarnya ia datang dalam diri pelajar itu sendiri. Bukan dari sesiapa including ibubapa atau pengajar. One day jika hidupnya sengsara akibat tiada pekerjaan sure beliau akan menyesal lainlah family beliau superb extraordinary kaya raya 😉

    Reply
  • May 13, 2012 at 2:59 pm
    Permalink

    Ntah la… Kadang2 anak2 nie x pkkan mak bapak… Diorang seronok nak enjoi jer… Entahla…

    ~UiTM Di Hatiku

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!