Jari Jemari Kaku.. Lidah Kelu Untuk Berbicara…

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua pelawat blog ciktom.com…. Perghh sudah 2 bulan lebih blog ini sepi tanpa sebarang update. Last artikel publish dalam blog ialah pada 19 Februari 2013. Memang nampak tahap kemalasan kerajinan penulis blog ni. hehe ^_^

Terima kasih pada yang masih sudi berkunjung ke blog ciktom. Banyak masalah yang timbul yang menyebabkan jari jemari kaku.. Lidah kelu untuk berbicara di dalam blog. huk3.. Otak pun jadi tepu je setiap kali jari jemari cik tom mula nak menyentuh keyboard laptop. Entahlah banyak sangat perkara difikirkan kot.

Yang paling sedih ialah laptop cik tom rosak awal bulan 3 yang lepas dan masih belum siap diperbaiki oleh abang cik tom. Tapi cik tom dah suruh hantar je kat kedai senang cerita. Lambat pulak nak tunggu dia baiki. huhu… Buat sementara ni, alhamdulillah kak ipar ciktom yang baik hati sanggup berkorban bagi cik tom pinjam laptop dia dulu. Terima kasih kak ngah!

Kekangan kerja yang melambak dengan terpaksa mengajar subjek baru iaitu organic chemistry dan instrumental analysis pada semester lepas memang banyak bagi impak dalam hidup ciktom. Seawal 4.30 pagi, cik tom akan bangun study untuk preparation lecture keesokan harinya. Kalau time study dulu camni, confirm dean list every sem. hehe… Tapi ape pun pengalaman mengajar ni memang menyeronokkan kerana dapat mendidik anak bangsa dengan harapan mereka akan menjadi manusia berguna satu hari nanti. InsyaAllah…

Seindah Pelangi

Kredit: mengejar pelangi

Macam biasa.. masalah dalam perhubungan pun banyak main emosi dan perasaan sehingga hilang mood nak buat perkara lain. Alhamdulillah walaupun kadang-kadang hati ni jadi tak tenang dan perasaan kacau bilau. Tapi bila dahi kembali sujud ke hadrat Ilahi, ianya kembali tenang dan rasional untuk buat keputusan apa yang terbaik untuk hidup.

Erm.. dalam kesibukan tak update ada 3 jemputan event yang terpaksa cik tom tolak kerana jarak tempat dan waktu yang tidak sesuai. Selain pengiklanan jenis advertorial yang terpaksa ditolak. Maaf ye.. Bukan memilih tapi ada sebab yang tak dapat dielakkan. Sayang memang sayang tapi insyaAllah rezeki ada dimana2. Mungkin kali ini bukan rezeki cik tom tapi ianya membuka peluang pintu rezeki kepada rakan-rakan blogger yang lain. InsyaAllah untuk masa akan datang, cik tom akan cuba perbaiki dalam cara pembahagian masa untuk blog. Jangan serik untuk bekerjasama akan datang dengan cik tom ye. 🙂

Biar ada hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti.
Biar ada hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti.

Kredit: Ana Jingga

Cik tom minta maaf juga pada email rakan2 atau pelawat blog yang terlambat balas/ terlepas pandang untuk dibalas. Jika ada apa2 yang dah cik tom janjikan pada korang tapi masih belum ciktom tunaikan samaada hutang dari segi hadiah, wang tunai, entry atau apa saja. Harap korang boleh inform tolong remind ciktom. Cik tom bimbang ada yang terlupa. Untuk reward top komentar bagi bulan 3 dan 4, cik tom mansuhkan dan cik tom mulakan balik pada bulan 5 ni.

Norma hidup setel satu masalah muncul pulak masalah lain. Tapi itulah yang dikatakan dugaan dalam hidup tanda Allah sayangkan hambaNYA. Dan Allah takkan menguji sesuatu diluar dari kemampuan hambaNYA. Cik tom percaya setiap satu ujian yang diberikan, titisan air mata ditumpahkan itu menyebabkan kita menjadi semakin kuat dan cekal untuk meneruskan hidup mendatang.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.” -Surah Al-Baqarah: 216-

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

72 thoughts on “Jari Jemari Kaku.. Lidah Kelu Untuk Berbicara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE