Jenis-jenis Emas dan Kualiti Emas Mana Terbaik

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Dah lama rasanya cik tom tak kongsi sebarang artikel mengenai emas. Minat mengenai emas masih mendalam dalam diri cik tom. Tapi oleh kerana keadaan ekonomi yang tak berapa stabil cik tom terpaksa slow down kan minat cik tom dalam mengumpul emas perhiasan.

Sebagaimana yang korang sedia tahu terdapat pelbagai jenis emas yang popular di Malaysia. Tapi emas yang paling popular untuk dijadikan sebagai emas perhiasan ialah emas 916 atau 22K. Kalau untuk pelaburan seperti jongkong dan dinar emas, emas berkualiti seperti emas 999/ emas 10 atau  juga dikenali sebagai emas 24K lebih bersesuaian.

**K (KARAT) ialah mutu kategori emas dan peratus kandungan emas dalam sesuatu jenis emas.

( 24K / 24K ) x 100 = 100 %
( 22K / 24K ) x 100 = 91.6 %
( 18K / 24 K ) x 100 = 75 %

Agak-agak korang kenapa emas ini berbeza jenisnya? Sebenarnya perbezaan jenis emas ini bergantung kepada kualiti emas iaitu kandungan emas. Adakah kandungan emas tue tulen 100% tanpa campuran ataupun kandungan emas bercampur dengan bahan-bahan lain.

Kenapa emas perlu dicampur dengan bahan lain?  Sebab harga emas lagi murah? hehe.. Sebenarnya sifat asas emas tulen ialah lembut, jadi emas ini akan dicampur bahan lain seperti tembaga, besi, aluminium dan sebagainya untuk mengukuhkan lagi bentuknya supaya lebih tahan lasak. Sekiranya nak letakkan batu permata, mengukir bentuk emas ia memang memerlukan bahan lain untuk kukuhkan bentuk dan kualiti emas perhiasan.

Antara jenis-jenis emas dan kualiti emas;

EMAS 999

Rantai leher &loket dan rantai tangan kedua dari bawah ialah jenis emas mutu 999
Rantai leher &loket dan rantai tangan kedua dari bawah ialah jenis emas mutu 999
  • Kalau emas 999 ianya adalah emas tulen maknanya emas ni tanpa campuran kandungan lain.
  • 99.9% adalah pure emas
  • Dikenali sebagai emas 24K (emas 24 karat).
  • Kalau orang tua suka panggil emas 10
  • Kebanyakkan dalam bentuk emas jongkong (gold bar)
  • Harga lebih mahal berbanding kualiti emas yang lain
  • Kualiti emas yang terbaik untuk simpanan dan juga pelaburan

EMAS 916

Rantai tangan corak kelisa mutu emas 916
Rantai tangan corak kelisa mutu emas 916
  • Mempunyai kandungan emas 91.6%
  • Mempunyai 8.4% adalah dari campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
  • Dikenali juga sebagai emas 22K
  • Paling popular dikalangan peminat emas di Malaysia

EMAS 950

Bangle mutu emas 950
Bangle mutu emas 950
  • Mempunyai kandungan emas 95.0%
  • Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya.
  • Dikenali emas 23 karat atau 23K

EMAS 835

Cincin berlian emas mutu 835
Cincin berlian emas mutu 835. sumber: nazman
  • Mempunyai kandungan 83.5% emas
  • Mempunyai 16.5% campuran kandungan lain iaitu besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
  • Amat popular dikalangan peminat emas di Kelantan

EMAS 750

Cincin berlian emas 750
Cincin berlian emas 750. sumber: nazman
  • Mempunyai kandungan 75.0% emas
  • Mempunyai 25% ialah campuran kandungan lain iaitu besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
  • Dikenali juga sebagai paun atau emas 18 karat (18K)
  • Kurang popular dikalangan pembeli emas kerana mutu emas rendah

Sumber rujukan: sayangemas

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

31 thoughts on “Jenis-jenis Emas dan Kualiti Emas Mana Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE