Jiran bagi Cupcakes +Resepi Cupcakes Coklat dan Vanilla Cara Mudah

Salam 1 Malaysia.. Pada minggu lepas, jiran sebelah rumah cik tom yang baik hati ada bagi cupcakes coklat dan vanilla kepada kitaorang. Banyak juga diorang bagi, 4 biji cupcakes coklat dan 4 biji cupcakes vanilla. Rasanya pun sedap cuma manis sikit. hehe.. Pastu kitaorang pun mintalah resepi cupcakes coklat dan vanilla dengan jiran sebelah. So, cik tom nak sharekan resepi tue kat sini. Gambar kat bawah nilah cupcakes coklat dan vanilla yang jiran cik tom bagi. Meriahkan aisingnya. huhu..

cupcakes coklat dan vanilla

Bahan-bahan untuk masak Cupcakes Coklat dan Vanilla

150 g butter
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu kecil soda bikarbonat (letakkan sedikit lagi untuk bagi cupcakes tue naik lagi banyak walaupun dah guna tepung naik sendiri)
3 biji telur
1 sudu teh vanilla
**1/2 cawan serbuk koko (tambahan bahan-bahan bagi nak buat resepi cupcakes coklat)

Cara-cara untuk masak Cupcakes Vanilla

1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu (warnanya akan bertukar menjadi kuning keputih-putihan)

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga sebati.
**untuk buat resepi cupcakes coklat hanya tambahkan satu lagi bahan iaitu 1/2 cawan serbuk koko dan cara masakan yang lain sama sahaja.

3. Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati (semasa proses mencampur adunan tepung, pastikan mixer digunakan pada kadar yang paling perlahan)

4. Susunkan kertas kek cawan ke dalam acuan. Masukkan adunan sehingga 3/4 penuh.

5. Bakar selama 10 minit atau sehingga masak dengan suhu 180 C.

Bahan-bahan untuk buat ising;

100 g mentega
200 g gula ising
2 sudu kecil air panas
1 sudu kecil esen vanilla
chocolate rice utk tabur

Cara-cara untuk buat ising;

1. Untuk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang dan gebu. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim

2. Sapukan ising atak kek. Pastikan kek cawan (cupcakes) betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh taburkan chocolate rice atau apa sahaja hiasan. Hias mengikut citarasa masing-masing.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

10 thoughts on “Jiran bagi Cupcakes +Resepi Cupcakes Coklat dan Vanilla Cara Mudah

    • August 14, 2011 at 5:06 pm
      Permalink

      bergantung pada jenis kertas cupcakes yg digunakan samaada besar or kecil..tapi standard punya dalam 20 biji cupcakes…

      Reply
    • August 14, 2011 at 5:23 pm
      Permalink

      belum pandai lagi sebab tak sempat buat…lgpun kt umah sewa ni xcukup kelengkapan….xde microwave or alat kukus…

      Reply
  • October 8, 2011 at 2:55 pm
    Permalink

    kami pernan makan cup cakes ini memang sedap tap manis sedikit

    Reply
    • October 8, 2011 at 9:29 pm
      Permalink

      memang agak manis..so boleh kurangkan kuantiti untuk kurangkan rasa manis..

      Reply
  • October 8, 2011 at 2:57 pm
    Permalink

    baru sekali pernah makan sedap sekali bukan x sedap dan senag membuat nya kan cara car nya pun gila senang tahu x cuba la sekali nak lagi

    Reply
    • October 8, 2011 at 9:32 pm
      Permalink

      fauziah dah cuba ek resepi ni…baguslah…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE