Jobdirumah: Info Tentang Kerja Sambilan Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Cik tom terpanggil untuk buat artikel yang agak panjang lebar mengenai Jobdirumah: Info Tentang Kerja Sambilan Jobdirumah. Artikel ini 100% hasil review dari pandangan cik tom sendiri dan bukannya artikel dari mana-mana pihak ye. Artikel tentang kerja sambilan jobdirumah ini terwujud hasil dari banyak pertanyaan pelawat blog ciktom.com terhadap jobdirumah. Tarik nafas panjang-panjang sebelum baca artikel bebelan panjang lebar cik tom ini. 🙂

Cik tom faham jika anda kurang yakin samada benar atau tidak wujud pekerjaan dari rumah kerana banyak tawaran kerja di rumah dan akhirnya anda di sajikan dengan skim cepat kaya, perlu cari downline untuk dapat kembali wang yang anda bayar atau program perniagaan yang hanya menipu.

Untuk mendapat kerja di rumah yang sebenar, anda perlu tahu di mana untuk mencari peluang tersebut. Memang ada banyak peluang pekerjaan di rumah tapi kebanyakan adalah perniagaan di rumah bukan pekerjaan di rumah. Walaupun kedua – dua jenis ini boleh di lakukan di rumah tetapi mempunyai maksud yang berbeza.

i. Perniagaan di rumah – Sebarang jenis program yang anda sertai dan memerlukan anda membuat promosi atau mencari pelangan atau downline adalah sejenis perniagaan di rumah. Pendapatan anda di jana hasil daripada pembelian atau penyertaan pelangan atau downline baru.

ii. Pekerjaan di rumah – Anda di bayar untuk bekerja menyiapkan tugasan atau kerja yang di beri oleh majikan. Sama ada majikan itu mendapat untung atau tidak dalam perniagaan mereka itu bukan masalah anda. Gaji di bayar oleh mereka kepada anda untuk menyiapkan tugasan atau kerja tertentu. Sumber: sini

Oleh sebab itu jobdirumah diwujudkan. Pihak jobdirumah tidak menjual atau menawarkan program perniagaan kepada anda. Mereka menyediakan LATIHAN ASAS dan jalan yang betul ke arah mendapatkan kerja di rumah yang sebenar. Kerja di mana anda di bayar untuk menyiapkan tugasan atau kerja yang di perlukan oleh majikan BUKAN membantu mereka mendapatkan pelanggan.

Contoh-contoh Tugasan Jobdirumah

Setiap hari pada pukul 8 pagi, pihak Jobdirumah akan mengirim senarai kerja-kerja daripada syarikat/ majikan terus ke email anda. Antara contoh-contoh kerja ialah seperti memasukkan maklumat ke dalam pengkalan data, mengumpulkan maklumat, laporan, artikel, proposal, pengiklanan, penterjemahan, mereka bentuk grafik, pembangunan laman web, facebook & twitter manager, komen page dan group facebook, pekerja kaji selidik dalam talian, penulis blog part time dan pelbagai jenis kerja lagi. Anda boleh pilih mana kerja yang bersesuaian dengan anda, fahamkan kehendak majikan dan mula memohon kerja tersebut.

Ada testimonial tak dari sesiapa yang dah join jobdirumah?

Memang banyak terdapat testimonial yang boleh dipercayai mengenai Jobdirumah. Kalau anda tak percaya dan pada sesiapa yang nak baca testimonial jobdirumah, boleh bacanya lebih lanjut di >>Jobdirumah<<

Apa syarat-syarat untuk mendaftar Jobdirumah?

Rasanya tak perlu cik tom ulang perkara sama, info tersebut anda boleh baca pada artikel cik tom >> Kerja Sambilan Dari Rumah (Part Time) @ Jobdirumah.

Apa kelebihan kalau mendaftar jobdirumah?

  1. Penerangan bertulis secara online tentang di mana, cara apa & bagaimana mendapatkan kerja di rumah dengan majikan & agensi.
  2. Maklumat asas perkara yang perlu di sediakan sebelum membuat permohonan kerja pada majikan & agensi.
  3. Video tutorial cara membuat permohonan kerja – kerja yang ahli fikir sesuai dengan kelayakan & kemahiran mereka.
  4. Tip – tip serta cara untuk mendapatkan & mencari kerja di rumah sebenar yang tidak bersangkut paut dengan sebarang jenis perniagan online.
  5. Carian terus ke laman iklan pekerjaan kami pada lebih 10,000 kekosongan terkini dalam satu – satu masa daripada majikan & agensi di seluruh dunia dengan percuma.
  6. Kemas kini senarai tawaran kekosongan terkini dari majikan & agensi – agensi secara percuma setiap hari.

Kenapa perlu bayar RM50 untuk daftar Jobdirumah?

Ramai yang bertanyakan cik tom kenapa perlu bayar pendaftaran sebanyak RM50? Nak cari kerja perlu bayar ke? Menipulah. Kalau betul tolak jelah dari bayaran kerja yang kami akan dapat nanti tak boleh ke? Kalau tak dapat kerja macam mana? Rugilah!

Cik tom nak tanya anda yang nak pergi temuduga kerja pun kena keluarkan dulu modal permulaan untuk pergi temuduga seperti tambang bas @ minyak kereta, print resume, cuci gambar pasport dan sebagainya kan? Adakah semua pengorbanan anda itu dijanjikan anda pasti dapat kerja tersebut??

Jadi cuba anda baca balik kenapa dikenakan bayaran sebegitu di Jobdirumah.

Bayaran yang dikenakan sebanyak RM50 hanya sekali sahaja adalah untuk kos mereka menyediakan latihan dalam bentuk penulisan online dan juga video tutorial cara untuk mendapatkan kerja dirumah dengan cara dan sumber yang betul. Mereka juga akan hantar email setiap hari menyatakan senarai kerja-kerja kosong atau anda boleh juga lihat senarai update kerja yang ada di website jobdirumah apabila anda sudah mendaftar Jobdirumah.

Cuba anda fikirkan lagi, ini sama juga konsep seperti anda beli e-buku @ e-book panduan membuat kek coklat yang sedap. Anda bayar untuk membeli panduan bagaimana membuat coklat yang sedap dengan cara yang betul dan mula mengaplikasikannya sehingga anda berjaya membuat sebiji kek coklat yang sedap. Adakah anda dijanjikan pandai untuk buat kek coklat tanpa berusaha hanya beli panduan sahaja?? Begitulah juga Konsep Jobdirumah, mereka menyediakan latihan secara online, video dan peluang menjana wang di rumah. Kemudian terletak pada anda untuk berusaha mencubanya sendiri.

Tapi jika anda mampu mencari kerja sampingan secara online tanpa bantuan pihak lain anda sememangnya tidak perlu mendaftar Jobdirumah.

Saya nak cuba tapi tak mampu nak bayar sampai RM50? Ada cara lain tak?

Ok cik tom akan dedahkan rahsia lain untuk korang mendaftar dengan harga yang lebih murah iaitu first korang jadi agen affiliate jobdirumah dulu and then barulah korang beli panduan jobdirumah ini melalui link affiliate anda sendiri. Cara-caranya ialah:

1. Sila >>Klik sini untuk ke website jobdirumah<<
2. Kemudian cari tab menu paling atas belah kanan tue tulis “affiliate” dan klik untuk daftar agen affiliate dengan mengisi borang yang disediakan.
3. Dah isi semua dan follow je step yang dinyatakan.
4. Kemudian baru anda boleh beli guna link affiliate sendiri pada link yang disediakn.
**Untuk permulaan anda akan tetap bayar RM50 tapi jumlah RM20 itu akan dipulangkan kembali sebagai komisen promosi kepada diri anda sendiri.

Cik tom ini promosi lebih-lebih sebab affiliate tapi tak join kan?

Yup memang cik tom join affiliate TAPI cik tom syorkan jobdirumah ini hanya selepas mendaftar dengan pihak jobdirumah. Cik tom nampak peluang panduan yang diberikan oleh jobdirumah dan ingin kongsikan hanya kepada yang berminat. Cik tom tahu dosa makan duit tipu orang lain. Hidup di dunia dan akhirat pun tak berkat.

Cik tom sudah pun memohon antara kerja yang disyorkan dan tengah tunggu respon. Cik tom dah ada pekerjaan lain yang perlu komitmen so kerja sambilan ini hanya dilakukan bila masa terluang hujung minggu @ masa free untuk cari duit lebih. Ingat sila mohon kerja ikut kemampuan. Jangan anda mohon banyak kerja lepas itu tak mampu laksanakannya. Ia boleh memberi efek negatif pada kreadibiliti anda bila nak mohon kerja lain.

Saya dah mendaftar jobdirumah tapi tak tahu nak mula dari mana?

Apabila anda dah mendaftar dan dapat sms username dan password dari pihak jobdirumah. Sila login dan baca segala penerangan dari pihak jobdirumah, tengok video yang disediakan dan baca artikel bagaimana cara untuk mencari kerja dari sumber yang betul. Anda lihat, baca dan fahamkan. Apabila dah faham, sila mendaftar pada website-website yang disarankan. Mencuba dan mahirkan skill menaip di website yang disarankan oleh jobdirumah. Praktiskan segala tips yang diberikan. Kemudian, lihat senarai kerja yang ditawarkan, pilih mana yang bersesuaian dengan anda, baca kehendak majikan dan sila bida kerja yang diingini.

Bida itu bukan bida nombor ekor ye. Anda perlu apply kerja tue dengan bid tawaran harga, tempoh masa anda mampu lakukan kerja itu dan kelebihan anda supaya majikan memilih anda sebagai pekerja pilihan. Makluman segala pekerjaan dalam jobdirumah ini perlu anda bida dengan majikan untuk memohon pekerjaan tersebut. Jika masih ada masalah boleh hantarkan pertanyaan bantuan kepada pihak jobdirumah.

Alah Jobdirumah ini menipu sama je dengan kerja-kerja online yang lain!!

Semuanya terletak pada diri anda untuk menilainya. Kalau anda baca betul-betul satu persatu di website jobdirumah anda akan faham bagaimana konsep jobdirumah ini beroperasi tanpa ada sebarang motif tersembunyi. Sehingga kini cik tom tak pernah jumpa lagi yang mengatakan jobdirumah ini menipu kerana cik tom sendiri pun dah join. Kalau ada sila maklumkan terus pada cik tom beserta buktinya.

Anda dah besar panjang boleh fikir sendiri mana baik dan buruk dan juga tiada unsur paksaan pun untuk anda join (syarat jobdirumah untuk 18 tahun ke atas sahaja). Cik tom SYOR pada yang berminat untuk cuba dapat income sampingan. Pada yang menganggur, pesara, surirumah sepenuh masa, pelajar atau sesiapa yang nak cuba cari duit sampingan boleh mencuba >>jobdirumah<<. 

ps: letihnya nak menjawab pertanyaan tentang jobdirumah. harap anda baca dan fahamkan penerangan di website jobdirumah. jangan tanya melulu tanpa baca penerangan cik tom diatas dan juga website jobdirumah terlebih dahulu ye.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

78 thoughts on “Jobdirumah: Info Tentang Kerja Sambilan Jobdirumah

  • June 13, 2012 at 8:31 pm
    Permalink

    sesuai utk mencari pedapatan sampingan.. 🙂

    • June 13, 2012 at 8:33 pm
      Permalink

      yup sesuai bagu yang nak tambah pendapatan sampingan.

      • February 8, 2013 at 12:16 pm
        Permalink

        Cik Tom
        Berapa jobdirumah bayar Cik Tom untuk promosi jobdirumah?
        ada masyuk gak ker

        • April 15, 2013 at 3:17 pm
          Permalink

          xde bayaran diterima pun utk artikel promosi ni..

  • June 13, 2012 at 9:01 pm
    Permalink

    sesuai utk mereka nak cari duit lebih

    • June 13, 2012 at 9:03 pm
      Permalink

      yup sesuai yang nak dapat income sampingan dan juga ada masa terluang.

  • June 13, 2012 at 10:33 pm
    Permalink

    wah menarik nih.siap dah ada web untuk carikan keje di rumah…yang kita tahu keje subbing video/translator je wat kat umah nih..hehehe…dulu syok gak ah wat keje translator nih,pastu dah xada projek..aduhhhh..kena carik company lain lak

    • June 13, 2012 at 10:54 pm
      Permalink

      wah ros buat kerja dari rumah jugak eh..menarik..nanti share la experience dalam blog ye..

  • June 13, 2012 at 11:42 pm
    Permalink

    sy brminat dgn benda ni, maklumla tgh cuti panjang skrg. nak join cuma rase was-was. kalo sy nak join macam yg cik tom ni, macam mane eh?

    • June 14, 2012 at 2:54 am
      Permalink

      join macam cik tom tue yang mana? cik tom join kedua2nya sekali.. jadi agen n juga pencari kerja jobdirumah..
      kalau nak jadi agen just follow cara-cara yang cik tom terangkan entry ni langkah 1-3 je..selamat mencuba.

  • June 14, 2012 at 3:56 pm
    Permalink

    part time kerja bagus juga

    • June 16, 2012 at 11:22 pm
      Permalink

      bagus bagi yang rajin nak mencuba.

  • June 14, 2012 at 4:12 pm
    Permalink

    Banyak alternatif untuk jana duit sebenarnya tapi cuma tak nak grab peluang tu

    • June 16, 2012 at 11:22 pm
      Permalink

      xpe kalau berpeluang n byk masa free nanti blh grab semua pluang menarik ni..good luck final exam!

  • June 14, 2012 at 4:16 pm
    Permalink

    menarik gak kan… tp komitmen dan internet broadband yg amat slow jer…

    p/s: utk jawatan chemist ix bgtau tu, vacancy tu x dikeluarkan oleh pihak HR KL lg.. tp pada masa akan dtg akan ada la..maybe.. utk di kangar, perlis. just hntar resume dlu la.. amibilan tu maybe lambat lg.

    • June 16, 2012 at 11:18 pm
      Permalink

      xpe ada byk lg kerja lain kl xsempat nak bg komitmen kerja camni..says n churp2 pun boleh..

      ps: thanks ixbarr..ciktom ada email ixbarr…

  • June 14, 2012 at 6:22 pm
    Permalink

    nampaknya bukan untuk aku
    sekurang2nya buat masa sekarang
    musim sibuk dah bermula ni

    • June 16, 2012 at 11:15 pm
      Permalink

      kerja cikgu mmg busy kan..

  • June 14, 2012 at 8:43 pm
    Permalink

    review yang cukup mantap oleh ciktom. jobdirumah menyediakan peluang untuk cari duit dengan kerja sambilan dari rumah. jobdirumah menunjukkan cara nak apply kerja dan di mana tempatnya.

    • June 16, 2012 at 10:56 pm
      Permalink

      yup betul tue..thanks halim..

  • June 14, 2012 at 9:39 pm
    Permalink

    macam bagus!
    tapi masih bimbang lagi nak sertai…

    • June 16, 2012 at 10:44 pm
      Permalink

      kl udinz was2 ciktom sarankan jgn join.. kl yakin br leh join..

  • June 15, 2012 at 11:58 pm
    Permalink

    Kena tahu gunakan masa dan peluang dengan sebaik mungkin. Menarik tu.

    • June 16, 2012 at 7:17 pm
      Permalink

      yup betul tue kak long..

  • June 16, 2012 at 12:32 pm
    Permalink

    saya dpt email dari jobdirumah..tp dia tulis ‘Agen Affiliate Diperlukan‏’..itu salah satu job nya ke? tapi bila nak masuk website jobdirumah, tak dapat la..musykil plak!

    • June 16, 2012 at 6:51 pm
      Permalink

      kalau dpt email tue..itu bukan job tp pihak jobdirumah tawarkan pd awak kl berminat nak promosi jobdirumah dgn jd affiliate…
      awk kena terima dulu email “maklumat login” yg terdapat username dan password dari pihak jobdirumah baru la awak boleh login website jobdirumah..
      kdg2 pernah jg website jobdirumah xdpt dibuka kerana server website yg down..

  • June 16, 2012 at 11:57 pm
    Permalink

    dah apply.. job ni bukan scam.. hehe.. nak try apply keje pla pasni..

      • July 2, 2012 at 4:35 pm
        Permalink

        dgn nama Allah,hrp2 ciktom x tpu..

        • July 3, 2012 at 7:10 pm
          Permalink

          mmg ciktom xtipu… baca detail entry ni ye supaya xde salah faham dan tuduhan cik tom tipu… kalau tak yakin jgn join ye.. sbb tiada paksaan utk join..

        • July 3, 2012 at 8:59 pm
          Permalink

          🙂 esok sy nak g bank in..nk cube..sy ykn ciktom jujur..maaf ye ciktom..slmt berpuasa..^^

        • July 3, 2012 at 9:04 pm
          Permalink

          ingat nak daftar harga murah (rm30) jangan lupa guna yang cik tom ajar step2 tue ye (daftar under agen affiliate)…mula2 je kena bayar rm50..nanti once dah masuk dia akan kembalikan balik rm20 ke dalam akaun..goodluck!

        • July 4, 2012 at 4:36 pm
          Permalink

          ciktom,sy nk tny..npe dia byr in usd ye ciktom?cm ne dia nk bank in nnt dlm bank kite?

        • July 7, 2012 at 8:25 am
          Permalink

          dia bayar in USD sebab ini international punye…bukan dlm malaysia…ada dah dinyatakan dalam website…so boleh guna akaun paypal atau cek..tapi cek lambat so prefer lagi paypal..utk dftr paypal boleh google “tutorial daftar paypal”

    • July 4, 2012 at 6:22 pm
      Permalink

      ciktom,kite mmg kene buat account paypal ke?in doubt ble dia mintak credit card no n verification code..we cant simply give away away 3 digits verification code at the back of our credit card..

      • July 7, 2012 at 8:20 am
        Permalink

        yup untuk bayaran ada sesetengah company guna paypal dan ada guna cek..tp cek makan masa lama..so better ada akaun paypal..mmg standard register akan minta no kad debit..kl rs bimbang..make sure guna akaun bank yang takde duit banyak dlm tue..nanti dia akan charges first dlm rm3-4.kl xreti nak reg blh google tutorial daftar paypal..

  • July 4, 2012 at 11:17 am
    Permalink

    ok cik tom..:)

  • July 8, 2012 at 10:26 pm
    Permalink

    cik tom, kalau nak buka paypal kena ada maybank2u ke?

    • July 10, 2012 at 10:25 pm
      Permalink

      xsemestinya mybank2u…cimb pun boleh..yang penting guna debit kad means kad yg ada tulis VISA kat kad bank tue.

  • August 10, 2012 at 5:44 pm
    Permalink

    kena ada kredit kad ke nak daftar paypal ni cik tom

  • August 11, 2012 at 6:28 am
    Permalink

    ingin nak join cik tom.tapi ku x nak join affiliate..kena bayar berapa yer..ku nii ade kad cimb,yang tu master card jugak..boleh guna kew cik tom..plz email mii more bout job dirumah cik tom..tq

  • January 9, 2013 at 5:07 pm
    Permalink

    Terima kasih. Bila baca penerangan yang Cik Tom berikan saya rasa yakin untuk mencuba.

  • January 10, 2013 at 10:31 am
    Permalink

    Salam Cik Tom. Saya minat pada kerja2 yg melibatkan MS Excel. Boleh attachkan screenshot supaya dapat general idea sblum join..
    TQVM

    • January 14, 2013 at 1:18 pm
      Permalink

      wslm..maaf saya takde screenshot kerja melibatkan ms excel..tapi awak boleh minta dengan pihak admin jobdirumah ye..

  • January 10, 2013 at 1:36 pm
    Permalink

    salam, kak na tnya untuk wat jobdirumah nie, kena ada akaun paypal kan , untuk wat akaun paypal nie wajib ada kad kredit ke ? bole saya tau camne care majikan byar upah hasil kerja kita ?

    • January 14, 2013 at 1:06 pm
      Permalink

      wslm..aah wajib ada akaun paypal sebab bayaran akan majikan bayar masuk ke akaun paypal…kalau xde kad kredit..kad debit bank pun boleh..kad debit ialah kad bank awak contoh cimb, maybank yang ada tulis visa tue..

      • January 14, 2013 at 9:22 pm
        Permalink

        hurm, tp kak klu saya takde dua3 tu mcm ne ? kad atm same ke ngan kad debit ?

        • January 22, 2013 at 8:56 pm
          Permalink

          Kad atm tue sama dengan kad debit..sory lmbt reply ye..

  • January 12, 2013 at 10:04 pm
    Permalink

    saya baru lepas ambil SPM tahun 2012, boleh ke saya masuk dalam jobdirumah nihh ? please ~

    • January 14, 2013 at 12:54 pm
      Permalink

      boleh asal umur 18tahun ke atas..

  • January 16, 2013 at 4:24 pm
    Permalink

    assalamualaikum betul ke nih ? kerja nya macam mana ? humm sbb dh byk dh kene tipu dgn yg mcm ne .so, nak kepastian ~

    • January 20, 2013 at 12:28 pm
      Permalink

      wslm..rsnya cik tom dah jelaskan dalam artikel..tapi takpe kerjanya ialah kerja taip menaip dengan hanya menggunakan laptop, software microsoft office dan akses internet..terdapat byk pilihan kerja yang ada dan up to u untuk pilih mana yang bersesuaian dan bida kerja tersebut…jobdirumah ini hanya bagi panduan/guidelines macam mana untuk dapatkan kerja bukan janji confirm dapat kerja..yang lain awak kena usaha untuk dapatkan kerja..

  • January 18, 2013 at 3:45 pm
    Permalink

    assalam cik tom..nak tamya pasal benda ni la kan..susah ke kejenya? kalau bayaran tu amik masa berapa lama utk masuk dalam akaun kite ?

    • January 20, 2013 at 12:20 pm
      Permalink

      wslm..kerjanya tak susah pun yunk..hanya kerja taip menaip macam key in data, kena like fanpage, kena convert file dari pdf ke word dan banyak lagi…yang susah awak kena usaha untuk bida kerja tue sampai dapat..bayaran tue bergantung pada perjanjian awak dengan majikan..biasanya akan dibayar ke akaun paypal dalam tempoh 7 hari selepas siap kerja..

  • January 18, 2013 at 4:15 pm
    Permalink

    cik tom..satu lagi nak tanya…lepas dftar kan diorang akan bagi username dngn password kan utk akses. so lepas daftar adakah kita bleh terus pilih job yg kita nak tu?

    • January 20, 2013 at 12:25 pm
      Permalink

      lepas awak daftar dan dpt username+password…awak kena pergi baca panduan yang diberikan oleh jobdirumah, bagaimana cara nak mohon kerja, apa website yang ada untuk mohon dan teknik2 supaya awak berjaya dapat job tersebut. good luck dear!

  • January 21, 2013 at 7:17 pm
    Permalink

    As’sallam C.T, saya nak tahu mengenai pembayaran mereka terhadap kita. adakah pihak mereka membayar di dalam mata wang USD? dibayar dalam bentuk Paypal or cek? kenapa perlukan bid? bid harga di dalam USD juga ke? untuk pasaran di dalam malaysia tiada ke C.T? sekian dahulu daripada saya.
    Terima Kasih

    • January 21, 2013 at 8:29 pm
      Permalink

      wslm..yup bayaran dalam mata wang USD…bayaran biasa akan dibayar melalui paypal sbb tue kena ada akaun paypal..Mostly kerja freelancer ni mmg kena bid sbb ramai lg freelance yg cari peluang kerja yg sama…so korang kena bid untuk bersaing dgn diorg..mn yg lg better offer bid akan dipilih oleh majikan..yup bid pun dalam USD sbb kerja ini international setakat ni takde pasaran kerja bid dalam Malaysia..al-maklum pasaran kerja seperti ini di Malaysia terhad & kdg2 banyak yg scam menipu..

      • January 22, 2013 at 7:28 pm
        Permalink

        thanks di atas info yang diberikan C.T
        kan bagus kalu di malaysia ada kerja macam ni. sayang je…yang ada pun,kebanyakkannya menipu je…kalau tak menipu tak sah ke, kesian bagi mereka yang betul-betul jalankan bis yang macam ni kan? tak pasal2 trkena tempiasnya.

        • January 22, 2013 at 9:05 pm
          Permalink

          setakat yang cik tom tau mmg takde lagi program kerja online dlm malaysia..incase ada in future insyaAllah ciktom akan kongsikan dalam artikel di blog ini..dr feedback dan pengalaman sendiri banyak biz yg scam..bila ramai yg dah kena scam dgn biz tue, jadi bila ada program yg betul ramai yg susah nak percaya @ lebih berhati-hati…selain jobdirumah byk lg peluang nak tambah sideincome ciktom share dalam blog..pada yg berminat blh tgk dalam menu “sitemap”.

  • January 21, 2013 at 9:30 pm
    Permalink

    Salam ciktom..saya brmnat n nk tya psl payment..dia xbayar thru cash deposit ke?

    • January 21, 2013 at 9:33 pm
      Permalink

      wslm…payment akan dibayar thru akaun paypal..nanti dr akaun paypal tue awak boleh transfer ke akaun bank..

  • January 22, 2013 at 8:25 pm
    Permalink

    boleh percaya ke? dah la kena bayar rm50 nanti bila masuk suh wat itu la ini la…kena taja orang la…banyak kali dah terkena…

    • January 22, 2013 at 8:47 pm
      Permalink

      cik tom rasa awak ni komen tanpa baca habis atau sepenuhnya artikel ini…harap awak dapat baca habis sebelum membuat apa2 andaian supaya tiada salah faham yang timbul..jobdirumah hanya satu PANDUAN bagaimana cara2 untuk awak memohon kerja secara online dari rumah..ianya BUKANNYA PROGRAM MLM yang perlu taja orang atau wat itu ini la seperti yg awk komen..semuanya dah cik tom jelaskan dalam artikel ini…malahan cik tom ada ajar tips&trick kalau awak nak daftar dengan harga RM30 di dalam artikel ini..cik tom hanya boleh tunjukkan jalan dan peluang kepada awk..yg lain terletak pd awak utk bt pilihan..

      incase awak nak join program yang daftar PERCUMA boleh refer artikel>> http://www.ciktom.com/bayaran-keenam-dari-says/ atau http://www.ciktom.com/cara-cara-buat-duit-dengan-blog/..selain itu, banyak lagi cara peluang dapat sideincome yang cik tom share dalam blog cik tom ni yang FREE..kalau rajin awak boleh tengok pada menu “sitemap”…selamat maju jaya 🙂

  • January 22, 2013 at 9:46 pm
    Permalink

    Wahh ciktom byk wat kje smbilan ye..msti masyuk ni..ley g shoping kn hehee

    • January 22, 2013 at 10:30 pm
      Permalink

      banyak juga kerja sambilan yang cik tom buat sendiri dan ada juga yang based on experience kawan2..sebenarnya ada banyak lagi peluang kerja sambilan tanpa modal dan juga kerja sambilan dengan modal yang lain..ada yang dah pernah cik tom share dalam blog ni dan ada sesetengahnya cik tom masih belum sempat nak buat artikel lagi mengenainya..insyaAllah dari masa ke semasa cik tom cuba kongsikan di dalam blog ini..pe pun cik tom doakan yang terbaik buat semua pengunjung blog ciktom.com 🙂

  • January 23, 2013 at 7:18 am
    Permalink

    as salam cik tom…akaun paypal nie cm ne ek??cm ne nk open akaun nie???

    • February 19, 2013 at 2:15 am
      Permalink

      wslm..akaun paypal ini utk mudahkan urusan jual beli/aliran duit masuk dr luar…kira bayaran upah kerja akan dibayar thru paypal..pastu awak boleh transfer dr akaun paypal ke akaun bank awk cnth maybank dll…cara nak buka boleh google “tutorial daftar akaun paypal”..ada detail+gmbr utk dftr akaun paypal.

  • January 23, 2013 at 9:53 am
    Permalink

    mohon share ye

    • February 19, 2013 at 2:13 am
      Permalink

      ok dear 🙂

  • January 23, 2013 at 2:24 pm
    Permalink

    hi, adakah ini berkaitan dengan freelance joobs?

    • February 19, 2013 at 2:11 am
      Permalink

      yup memang freelance jobs..

  • January 25, 2013 at 1:37 am
    Permalink

    salam cik tom,nak tanya.selalunye ciktom suke apply dekat web mana ye,web mana yg senang dapat keje? elance ke,desk ke?

    • February 19, 2013 at 2:48 am
      Permalink

      wslm..elance dear 🙂

  • January 31, 2013 at 11:56 pm
    Permalink

    sy ex-student spm2012 tp belum capai 18..27.07 baru capai..bole reg dlm jobdirumah tak?…hehe ^_^

    • April 15, 2013 at 2:40 pm
      Permalink

      kira tahun ni dah ckup 18thn..rsnya boleh je..try tanya pihak jobdirumah ye..

  • February 13, 2013 at 1:49 am
    Permalink

    salam Cik.Tom..perlu ke sy daftar account PAYPAL??or bg je Account CIMB??selain CIMB n MAYBANK Klau guna Public Bank Account pny ble x?sbb P.B pn ada VISA jgk kt Debit Card..

    T.Kasih

Comments are closed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE