Jodoh Pasti Bertemu

Assalamualaikum dan salam mesra… Ehem tajuk agak jiwang sikit, inspirasi dari lagu Afgan- Jodoh Pasti Bertemu. Jodoh salah satu perkara yang kita tak boleh predict selain kematian kan? Tak tahu jodoh kita dengan siapa kan? Kadang2 kita bercinta bagai nak rak dengan seseorang tapi rupanya dia bukan jodoh kita. Kadang2 kita rasa menyampah dengan seseorang tapi tak tersangka itu jodohnya.

c ik tom bersama keluarga tercinta
Family tersayang

Nak di pendekkan cerita ciktom yang agak panjang…..

Cik tom kenal lelaki ego ni sejak dari awal cik tom jadi blogger jugak la. Masa tu cik tom tengah excited nak belajar ilmu blogging, jadi terjebak masuk geng pengopi kat blog lelaki ego ni. Tiap2 malam lepak chatting discuss ilmu blogging dengan blogger Miss XYZ, Ultraman, Ellen, Kaer, Anishaway, Afiq dan Belalang kot. Maaf kalau ada yang termiss nama.  Dah lama tahun 2010 punya cerita. hee…

Then, blogger ni suka benor buat contest setiap kali dapat cashout duit nuffnang. Cik tom pulak memang mata duitan gemar join contest dan giveaways. Masa first time cik tom menang duit contest raya. So,cik tom request transfer je duit masuk akaun bank cik tom.

Tapi blogger ni cakap ada masalah dengan online banking dia ke pe ntah. So dia mintak masukkan terus topup dan dia mintak no hp cik tom “konon” nak masukkan topup la kan. Cik tom pun dalam was2 bagi la jugak no hp nya sebab dah excited menang kan. hehe…

Tak sangka dari rentetan bagi no.hp tue. Blogger ni gigih mesej dan call ciktom sehingga sekarang. haha… Dalam menyampah cakap dengan blogger ni sebab dia banyak letak syarat masa cakap telefon tapi seronok jugak sebab kitorang banyak borak pasal ilmu blogging. Dia blogger yang first ajar cik tom macam mana nak review blog dari segi blog personal atau blog berniche. Macam mana nak buat entri mesra SEO dan belajar main keyword hot untuk entri blog.

Siap cik tom ada buat nota lagi semua apa tips yang dia ajar. Yang masih cik tom simpan dan praktis sampai sekarang. hihi..

jamuan ringkas nasi dagang

Selain lelaki ego, dia jugak lelaki yang poyooo!!!

Dia selalu cakap kat cik tom; Kau jangan suka kat aku pulak tau.

Cik tom akan jawab; Jangan perasanlah aku tak suka lelaki botak.  

Antara ayat lain cik tom rasa annoying dan psiko;

Ko takdelah cantik pun tapi aku suka je tengok ko.

Suara ko tak best pun tapi aku suka je cakap dengan ko.

Motif sangat nak kritik ke puji entah.

Sepanjang kitorang berkawan 2010-2015 memang banyak on & off sebab cik tom banyak rasa geram atau annoying dengan dia. Cik tom siap pernah block dia banyak kali kat handphone & whatsapp, delete no.handphone, unfriend kat facebook.

Kagum cik tom dengan kecekalan dia masih gigih call, mesej dan whatsapp cik tom. Selalu gak perasan no.hp dia naik kat log calls sebab dah kena blocked.

hantaran merisik

Then, masa tahun lepas ciktom ada la berkawan dengan someone. Si dia ni contact cik tom dan cakap konon2 menyesal dan terlambat. Tak menahan dengan selamba dia cakap kalau ko tak kahwin jugak umur 30 tahun. Kita kahwin jelah berdua nak tak? haha…

Akhir tahun lepas dia ajak bercakap dari hati ke hati secara serius. Dan kemudian kitorang decide nak jumpa buat kali pertamanya setelah berkawan hampir 6 tahun di alam maya.

Kali pertama kitorang jumpa ialah 23 Januari 2016. Selepas 6 tahun tu baru jumpa face to face dan kenal. Then lepas fikir2 tolak tambah bahagi darab bagai… beberapa hari lepas tue, cik tom cakap kalau betul2 dia serius datang Terengganu jumpa emak ayah cik tom berkenalan dan tengok diorang approve tak mamat poyo ni. hehe..

Jadi dia terus datang Terengganu pada cuti raya cina bulan februari jumpa parents cik tom. Kat sini cik tom terharu jugak tengok kesungguhan dia sanggup tak balik kampung dan datang Terengganu jumpa parents cik tom.

majlis merisik
majlis merisik 🙂

Once dah dapat green light dari parents terus kitorang discuss untuk tarikh merisik. Kitorang berdua sama2 setuju tak nak bertunang. Family lelaki datang merisik then decide next planning terus kahwin.

Third time jumpa bulan April dia datang Terengganu lagi nak beli cincin untuk merisik. Cik tom dah cakap beli je kat sana. Tak payah datang tapi beria nak datang jugak. Nasib baik jugak datang sebab ciktom silap bagitau saiz jari. Ciktom ingat saiz 14, rupa2nya saiz 11. haha…

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar majlis merisik pada 14 Mei 2016. Tapi ramai yang cakap rasanya dah bertukar jadi majlis pertunangan dengan siap kakak dia sarungkan cincin dan ada berbalas barang hantaran. Kesian semua terkejut bila ayah cik tom yang suruh pi sarung cincin kat jari cik tom. hehe…

ciktom dengan anak buah tersayang
ciktom dengan anak buah tersayang

Ok, mamat paling poyo, psiko dan selalu buat cik tom rasa geram dari dulu sehingga sekarang –> Blog Bakal Suami Cik Tom.

InshaAllah majlis kami bakal dilangsungkan pertengahan bulan 9 selepas raya haji. Nanti cik tom invite rakan-rakan blogger secara rasmi bulan depan ye. Kad pun tak siap lagi. huhu..

Cik tom nak minta tolong korang semua doakan semoga dipermudahkan segala urusan olehNYA untuk kami berdua mendirikan masjid. 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

30 thoughts on “Jodoh Pasti Bertemu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!