Jodohku Dengan Lelaki Berusia Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….Perkahwinan wanita muda dengan lelaki berusia bukan menjadi satu senario yang asing lagi di Malaysia. Pendapat cik tom, lelaki berusia ialah bilamana jarak usia antara lelaki dan wanita itu melebihi daripada sepuluh tahun ke atas daripada pasangan. Contoh mudah yang dapat dilihat ialah pada artis seperti Datuk Siti Nurhaliza dengan Dato’ K atau Lisa Surihani dengan Yusry KRU. Ramai yang mengatakan “Cinta tak mengenal usia” atau “Usia itu hanya sekadar nombor sahaja”. Ini kerana jodoh itu rahsia Allah.

Kenapa cik tom tiba-tiba buat entri tajuk “Jodohku dengan lelaki berusia“? Hmm keadaan cik tom dilema apabila emak saudara ingin memperkenalkan cik tom dengan seorang lelaki yang lebih berusia. Bagi yang tak mengetahui, cik tom sekarang berumur 27 tahun. Yup bukan satu umur yang muda bagi seorang wanita dan memang dah terlebih layak sangat kahwin kan. hehe…

Nak dijadikan cerita bulan lepas, emak saudara menelefon cik tom dan bertanyakan cik tom setuju tak untuk diperkenalkan dengan seorang lelaki berusia 40 tahun. Ini kali pertama emak saudara cuba mengaturkan jodoh dan keluarga pun tak pernah meminta emak saudara carikan jodoh. Entahlah mungkin penyibuk eh concern rasanya. Mendengar usia 40 tahun, cik tom dah berat hati dan tolak.

Tapi mak cik yang “tidak memaksa” hanya bertanyakan persetujuan cik tom, cakap ala jangan tengok pada usia, kenallah dulu, orangnya baik tak pernah tinggal solat, orangnya senang ada kedai xxx dan ramai pekerja, memang berumur tapi dia tak pernah berkahwin kira bujang terlajak. Mak cik bagitau cuba tengok emak dan ayah cik tom beza umur 11 tahun okay je bahagia sampai skang. Setelah memaksa dipujuk akhirnya cik tom bersetuju dalam paksarela bilamana mak cik bagitau emak setuju kalau cik tom berkenalan dengan lelaki tersebut.

Kredit pic: Love Fillah

Ingatkan habis cerita setakat tue, ish2 rupa-rupanya tue baru orang perantaraan pertama (Mak Cik A). Selepas ciktom bersetuju dalam paksarela, Mak Cik A bagitahu emak saudara (Mak Cik B) akan bertindak sebagai matchmaker ke-2 kerana mak cik B yang mengenali lelaki tersebut. Isk…isk..bermula penderaan telinga terpaksa menadah telinga sejam lagi bila mak cik B pulak call. Berbagai pujian diberikan kepada lelaki tersebut.

Mak Cik B: Laki tue baik sangat, tak pernah kahwin lagi, tak pernah tinggal solat, dermawan orangnya banyak buat amal jariah tolong anak yatim. Orangnya hensem, badan tegap tak nampak pun umur 40-an. Mak cik gerenti baik sebab dah lama kenal. Dulu mak cik memang nak kenenkan kat anak mak cik tapi tuelah masa tu dia tak terbuka hati lagi nak kahwin. Sekarang baru terbuka hati nak kahwin. Bla…blaaaaa….. (berbakul lagi pujian diberikan)

Cik Tom: Eh bukan mak cik ni ada 2 orang lagi anak perempuan yang belum kahwin ke? Kahwin jelah dengan diorang kalau dah baik sangat. (berani cakap dalam hati je dialog ni. hahaa…)

Mak Cik B: Mak Cik nak kenenkan dengan anak mak cik sorang lagi tapi sayang tak sesuailah pulak muda lagi umurnya. (erm rasanya cousin yang belum kahwin tue umur 22 or 23…)

Cik tom: ummm…

Mak Cik B: Mak cik memang dah lama kenal dia. Memang laki baik. Masa Ali (sepupu cik tom & bukan nama sebenar) kecil dulu dia ni pernah jaga. Memang rapat diorang berdua. Sekarang ni Ali kerja sementara dengan dia sebelum start keje tempat baru lepas raya.

Cik tom: Gulpp… Err.. bukan Ali lagi tua dari cik tom ke? Emm betul ke umur laki tue 40 tahun?? Ke berapa sebenarnya?? Takkanlah pernah jaga Ali tapi baru umur 40 tahun.

Mak Cik B: Emm entahlah… dalam umur 45 atau 47 tahun kot. Kira 45 tahun la senang cerita. Alaaah tak yah tengok pada umur, berkenalan je dulu. Bukan mak cik nak suruh awak kahwin terus pun.

Cik tom: Amboi… senang je cakap. Umur sebenarnya pun tak nak cerita. Kata dah kenal lama takkan tak tau umur sebenar kot. emm kalau 45..gap bpe ek? 45-27= 18 tahun!! erkk… (still membebel dalam hati)

Mak Cik B: Ali ni dah ceritakan pasal diri awak dan dah tunjukkan gambar dari facebook awak.

Apee!!!! Hari ni baru mak cik A & B tue call mintak persetujuan cik tom tapi rupanya dah advance siap tunjuk gambar dan cerita diri cik tom kat laki tue. Ishh rasa geram jugak jaja gambar dan cerita tanpa kebenaran. Hmm..patutlah beberapa hari sebelum tue, Ali tue duk like gambar cik tom.

Mak Cik B: Tapi laki tue cakap ye ke perempuan macam awak ni nak berkenalan dengan orang macam dia. awak ada pelajaran dan rupa.. Dia tak percaya dan dia nak mak cik tanya awak betul2 setuju tak nak kenal dengan dia. Jadi mak cik nak tau awak setuju tak ni?

Erkk terpanjang pulak… Takpelah Bersambungggg…..

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

99 thoughts on “Jodohku Dengan Lelaki Berusia Part 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!