Jom baca penyebab jerawat muncul pada muka!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ciktomdotcom….

Cik tom naik geram ada satu jerawat naik kat pipi kiri cik tom. Jerawat ni dah la naik betul-betul atas pipi kiri, besar pulak saiz tue. Dah melekat dekat seminggu dari new year tapi pelik degil tak surut-surut jugak! Jerawat lain alhamdulillah dah clear dari muka. Mesti korang pernah alami perasaan macam cik tom kan? Tertanya-tanya kenapa ada jerawat naik pada certain kawasan muka je?

Tadi tertengok facebook kawan ada share sebab apa sebenarnya jerawat ni muncul pada certain area je kat muka. Bagus jugak bila kita dah tau apa masalah penyebab jerawat ni lagi mudah untuk kita cuba atasinya untuk masa akan datang kan.

Kawasan jerawat muncul pada muka
Kawasan jerawat muncul pada muka

Jerawat muncul pada muka area 1 dan 2:

Ini berkaitan dengan masalah sistem pencernaan dalam badan. Cara penyelesaian, korang disarankan kurangkan makan makanan segera, makanan yang berlemak dan tingkatkan pengambilan air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari iaitu bersamaan 3 liter air masak.

Jerawat muncul pada muka area 3:

Kalau jerawat kawasan 3 iaitu diantara celah kening. Ia dikaitkan dengan masalah hati. Bukan masalah bab hati dan perasaan tau! Hehe.. Untuk mengatasi masalah ini disarankan untuk korang kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. Kalau cik tom memang suka sangat makan makan bergoreng. Nampak gayanya kena kurangkan la makan pasni. Hukhuk…

Jerawat muncul pada muka area 4, 5 dan 7:

Jika jerawat muncul pada kawasan 4, 5 dan 7, ianya dikatakan masalah kekurangan air dalam badan. So, korang dah tau masalahnya sebab kurang minum air. Jadi pasni jom sama-sama tambahkan pengambilan air suam. Alamak pasni kerap la masuk toilet nak terkucil. Hehe..

Jerawat muncul pada muka area 6:

Ianya dikaitkan dengan Jantung. Kita kena jaga tekanan darah supaya tak naik tinggi. Antara saranan untuk penyelesaiannya ialah dengan mengurangkan makan makanan pedas dan juga daging. Kemudian tingkatkan pemakanan yang kaya dengan Omega 3. Erk.. daging tue memang salah satu favourite cik tom.. tambah2 lagi makanan pedas baru terbuka selera nak makan.

Jerawat muncul pada muka area 8:

Jerawat yang muncul pada kawasan telinga ini dikaitkan dengan buah pinggang. Ini kerana mungkin kurangnya pengambilan air dan terlebih pengambilan garam dan kafein dalam badan. Sebaiknya ubah gaya hidup kita dengan lebihkan minum air masak dan kurangkan pegambilan garam dan kafein dalam masakan serta minuman seharian.

Jerawat muncul pada muka area 9 dan 10:

Ianya dikaitkan dengan masalah pernafasan. Untuk elakkan masalah pernafasan, sebaiknya elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan serta banyakkan bersenam.

Jerawat muncul pada muka area 11 dan 12:

Penyebab utama jerawat muncul pada kawasan bawah mulut ini ialah hormon dan stress. Pastikan tidur yang secukupnya, lebihkan minum air dan tingkatkan pengambilan sayuran hijau dalam pemakanan.

Jerawat muncul pada muka area 13:

Kalau jerawat korang kerap muncul pada kawasan dagu, ianya dikaitkan dengan masalah usus. Untuk memperbaiki sistem usus dalam badan digalakkan lebihkan makanan berserat dan perbanyakkan minum teh herba.

Jerawat muncul pada muka area 14:

Jerawat yang muncul pada kawasan leher ialah disebabkan penyakit. Badan korang mungkin sedang melawan bakteria untuk menggelakkan ianya dari jatuh sakit. Sebaiknya perbanyakkan berehat dan berfikir positif supaya hidup ceria dan jauhi stress.

Dari survey diatas, jerawat cik tom tue muncul dikawasan muka nombor 10 iaitu masalah pernafasan. Lately memang rasa macam nak demam je dan badan kurang bersenam. Patutlah. Huhu… Cik tom kena rajin bersenam dan minum banyak air masak untuk sejukkan badan serta elakkan pengambilan gula. Korang macam mana pulak??

Wallahualam.. kesahihan mengenai perkongsian yang cik tom share ini kerana hanya dapatkan dari status facebook kawan cik tom. Tapi bagi cik tom tak salah untuk mencubanya asalkan tidak terpesong dari landasan Islam.

Sekiranya, korang nak dapatkan lebih banyak nasihat dan tips mengenai penyebab, permasalahan atau cara mengubati jerawat ini sebaiknya dapatkan dari doktor pakar jerawat di laman beliau; Panduan Hilangkan Jerawat 60 Hari. Selamat mencuba dan berikhtiar ye.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

13 thoughts on “Jom baca penyebab jerawat muncul pada muka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE