Jom buat Keropok Lekor Celup Tepung Rangup

Assalamualaikum dan salam sayang.. cik tom malas nak guna tajuk entry dengan keyword resepi kali ni. Rasa bosan pulak kan tajuk asyik resepi je memanjang. hihi.. Kali ni perkongsian cara mudah nak buat tepung yang rangup untuk dicelup dengan keropok lekor and then goreng!

Caranya mudah je untuk buat buat resepi tepung rangup dan hasilnya pun keropok lekor yang dimakan lebih sedap dan lazat. Takdelah bosan sangat asyik makan keropok lekor rebus atau goreng macam tue kan? Lagi-lagi kalau korang bawak balik keropok jenis vacuum frozen melambak-lambak selepas balik bercuti dari Terengganu.

Keropok Lekor Celup Tepung Rangup
Keropok Lekor Celup Tepung Rangup

Bahan-bahan untuk Tepung Rangup celup Keropok Lekor;

1/2 cawan tepung beras
1/2 biji telur (sebab ct guna telur jumbo gred AA-kalau saiz kecil dr ni 1 biji ye)
1/2 biji limau nipis *diperah airnya- untuk rangup bila campur air kapur
secubit gula
secubit garam
secubit kunyit *untuk warna kuning
sedikit air kapur*amik secubit je kapur
sedikit air

Cara-cara membuat untuk Tepung Rangup celup Keropok Lekor;

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali air.
  2. Gaul sehingga sebati. Kalau kering sangat korang pandai2 la campur air sedikit lagi.
  3. Celup keropok lekor ke dalam adunan tepung rangup dan kemudian goreng ke dalam minyak yang panas.
    • kalau keropok jenis banyak sagu (keropok jenis warna putih..yg hitam gelap tu jenis banyak ikan.) sebaiknya nak potong tu nipis/ kalau nak besar make sure belah kat tengahnya untuk nak elak kembang dan meletup semasa goreng

Yang tepung cik tom buat kat bawah tue terlajak cair sebab ayah suka tepung tu tak banyak sangat salut pada keropok lekor. Yelah orang tua kan banyak tepung rangup susah sikit nak makan. huhu..

Jom buat Resepi Keropok Lekor Celup Tepung Rangup
Resepi Keropok Lekor Celup Tepung Rangup

Kalau korang nak banyak salut tepung kat keropok lekor tu buat adunan tepungnya likat ye. Jangan letak banyak air. Sedikit sahaja airnya. Selamat mencuba Keropok Lekor Celup Tepung Rangup!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “Jom buat Keropok Lekor Celup Tepung Rangup

    • December 5, 2015 at 8:10 pm
      Permalink

      cubalah..masak kat wife..confirm terharu..hehe

      Reply
    • December 14, 2015 at 12:50 am
      Permalink

      opps tapi takde bagitahu kat tajuk resepi mana2..tapi takpe insyaAllah ciktom kongsikan resepi buat keropok lekor turun temurun nenek ciktom..hehe

      Reply
  • December 6, 2015 at 10:20 pm
    Permalink

    bagus idea tu cik tom..

    lepas nie boleh gulung keropok lekor dengan swiss roll pulak. heee

    Reply
    • December 14, 2015 at 12:47 am
      Permalink

      idea menarik jugak tu..mana tau pasni trending..hihi
      kawan ciktom pernah buat keropok lekor perisa strawberri..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!