Jom Buat Puding Karamel Buah Koktail

Jom Buat Puding Karamel Buah Koktail| Salam sayang kepada pelawat blog ciktom.com.. Semoga sihatlah hendaknya ya. Hari ini slot masak-masak ialah perkongsian resepi Puding Caramel Buah Koktail hasil air tangan adik cik tom, Ika. Adik cik tom ni ambil kursus kulinari kat sekolah. Jadi kadang-kadang tu rajin la nak memasak kek, kuih muih dan jenis dessert ni.

Resepi ini Ika amik dari buku Chef Hanieliza yang diberi nama “Resepi Karamel Gula Hangus” tapi oleh sebab cik tom tak nampak pun gula hangus kat situ. Jadi memandai tukar namanya. hehe…

Baca juga: Resepi buat Soya dan Taufufah

Cik tom siap tanya Ika; Eh kenapa puding ni tak nampak hangus atau warna karamel pun? Warna karamel kan kekuningan?

Ika jawab dia 100% follow resepi Chef Hanieliiza tu memang gambar Puding Chef pun rupa puding karamel gula hangus ni warna putih. Sekadar carikan je my sis buat, takdelah sampai hangus gulanya atau kekuningan karamel.

Jom buat Puding Karamel Buah Koktail
Puding Karamel Buah Koktail air tangan my lil sis, Ika

Cik tom tak rasa pulak puding karamel buah koktail ni macam mana sebab gambar ni sent ke whatsapp cik tom. Kata tukang buatnya sedap! hehe..

Resepi Puding Karamel Buah Koktail;

Sumber: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza
Testimoni berjaya: Ika

Bahan-Bahan Buat Puding Karamel Buah Koktail:

Bahan A (Karamel)

3 sudu besar gula halus (kalau xde korg kisar je gula yg sediada)
3 sudu besar air

Bahan B (puding)

1 tin susu pekat (400 mL)
2 cawan air
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung

Jom Buat Puding Karamel Buah Koktail;

  1. Cairkan gula dan air sehingga pekat (untuk karamel) di dalam kuali yang tidak [email protected] Kemudian tuangkan ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan kesemua bahan B untuk puding ke dalam dalam mixer dan gaul rata.
  3. Kemudian, masukkan bahan puding yang sebati ke dalam loyang yang berisi karamel (Langkah 1).
  4. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan semalaman. Keesokkan hari perlahan-lahan terbalikkan puding ke atas pinggan.
  6. Hidang dan hiaskan dengan buah-buahan koktail.

Selamat mencuba puding karamel buah koktail!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

3 thoughts on “Jom Buat Puding Karamel Buah Koktail

  • December 21, 2015 at 11:37 am
    Permalink

    Bestnya Kursus Kulinari dekat sekolah adik Cik Tom… rasa nak daftar jadi student jer… hihihihi…

    Reply
  • January 1, 2016 at 11:43 pm
    Permalink

    makasih ngan,.,artikelnya sangat membantu,.semoga sukses trus,di tunggu lg artikel selanjutnya yah…….
    Jangan lupa berkunjung balik gan…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE