Jom Laksanakan Program Ibadah Korban dan Aqiqah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Alhamdulillah masih diberikan waktunya kita sentiasa bergembira dan ada waktu kita berduka. Setiap ujian diberikan tanda betapa Allah sayangkan umatNYA. Tahun ini semoga kita semua diizinkan olehNYA untuk masih merasai kemeriahan menyambut Hari Raya Aidiladha. Jika sebelum ini cik tom biasa dengar emak ayah berbincang untuk ambil bahagian dalam ibadah korban dan aqiqah. Tapi alhamdulillah pada tahun ini buat kali pertama cik tom sendiri berpeluang laksanakan ibadah korban. Harapan semuanya akan berjalan dengan lancar.

Masa cik tom maklumkan kepada emak pada akhir bulan lepas yang cik tom nak laksanakan korban pada tahun ini. Emak bagitau yang semua bahagian lembu dah sold out kat kampung cik tom. Nak kena cari kat tempat lain? Erk pening pulak nak cari dekat mana? Kemudian cik tom teringat dengan satu website eQurban yang melaksanakan korban dan aqiqah di kemboja secara online.

Terus cik tom buka dan tengok2 akan websitenya lebih detail. Bagaimana pengurusan korban dan aqiqah yang mereka lakukan. Kemudian, cik tom bincangkan dengan emak dan ayah. Alhamdulillah mereka mengalakkan cik tom buat korban di kemboja kerana umat Islam di sana lebih memerlukan berbanding kawasan kejiranan kampung cik tom yang alhamdulillah semuanya memang berkemampuan. Emak cakap orang kat sini dah selalu makan daging. Lagi elok korban kat sana, dapat juga orang Islam disana yang kita sedia maklum kehidupan agak susah untuk merasai sesuap makanan. Semoga ibadah korban ini diberkati dan menghampirkan diri kita semua kepada Allah SWT.

Maklumat Ringkas mengenai Ibadah Korban dan Aqiqah;

  1. Apa itu Korban?
  2. Apa itu Aqiqah?
  3. Hukum Ibadah Korban dan Aqiqah
  4. Hikmah Ibadah Korban
  5. Hikmah Ibadah Aqiqah
  6. Apa Perbezaan Antara Korban dan Aqiqah?
  7. Antara Korban dan Aqiqah mana yang patut didahulukan?
  8. Bagaimana Nak Melaksanakan Ibadah Korban dan Aqiqah?

Apa itu Korban?

Korban membawa maksud HAMPIR. Manakala dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah dan menghampirkan diri kepada Allah SWT.

Apa itu Aqiqah?

Dari segi bahasa bermaksud MEMUTUSKAN. Dari segi syarak bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri, lembu buat anak yang baru lahir terutamanya pada hari ketujuh atau selewat-lewatnya sebelum baligh.

Hukum Ibadah Korban dan Aqiqah

Hukum ibadah korban ialah Sunat Muakkad iaitu ibadah SUNAT yang sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan manakala hukumnya jatuh kepada WAJIB apabila seseorang itu bernazar.

Hikmah Ibadah korban

  1. Menghidupkan erti pergorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
  2. Sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah SWT.
  3. Menambah perasaan kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam apabila menyedekahkan daging korban kepada insan yang memerlukan.

Hikmah Ibadah Aqiqah

  1. Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu muslim baru yang sujud kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan diri anak tersebut kepada Allah atas akikah yang dilakukan.
  3. Mengukuhkan tali persaudaraan sesama Muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga.
  4. Menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas kurniaanNYA.

Apa Perbezaan Antara Korban dan Aqiqah?

  1. Korban terikat dan perlu dilakukan pada waktu-waktu tertentu, iaitu selepas solat dan khutbah Hari Raya ’Aidiladha, 11 sehingga 13 Zulhijjah mana aqiqah tidak terikat dan boleh dibuat pada bila-bila masa.
  2. Satu pertiga daging korban hanya boleh diberikan kepada fakir miskin sedangkan aqiqah boleh diberikan kepada orang kaya.
  3. Korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s manakala Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, menakala
  4. Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging aqiqah sunat disedekahkan setelah di masak.
  5. Tuntutan melakukan aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat manakala tuntutan melakukan korban ialah setiap tahun Hijrah.

Antara Korban dan Aqiqah mana yang patut didahulukan?

Hukum melaksanakan ibadah Aqiqah adalah sunat Muakkad bagi setiap keluarga yang dikurniakan cahaya mata oleh Allah SWT sebagai tanda kesyukuran.

مع الغلام عقيقة فأريقوا عنه دماً وأميطوا عنه الأذى

Ertinya : ” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

كلُّ غُلامٍ رَهينٌ بعَقيقته، تُذبَحُ عنه يومَ سابعِه ويُسمَّى فيه ويُحلق رأسُه

Ertinya : “Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” ( Riwayat Ashabus Sunan )

Kesimpulan dari 2 hadis tersebut bahawa kita semua dituntut dalam Islam untuk dilaksanakan ibadah Aqiqah. Ianya berbeza dengan ibadah korban yang disyaratkan pada yang berkemampuan untuk melaksanakannya, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra :

من كان له سعة ولم يضح فلا يقــــربن مصلانا

“Barang siapa yang mempunyai kemampuan (untuk berkorban) , tetapi tidak mahu berkorban , maka janganlah ia mendekati tempat solatku”

(Hadis Riwayat Ahmad : 8256 , Ibn Majah : 3123 , al-hakim : 4/231)

Hadis di atas jelas meletakkan “kemampuan” sebagai syarat bagi seseorang yang ingin melaksanakan ibadah korban. Maka, berdasarkan kepada hujah dan pendapat di atas , maka dapatlah disimpukan bahawa melakukan atau mendahulukan ibadah akikah adalah yang dituntut dalam Islam.

Bagaimana Nak Melaksanakan Ibadah Korban dan Aqiqah?

Boleh pergi bertanyakan pada mana-mana pihak peniaga lembu, pihak masjid dan mana-mana organisasi yang biasa menguruskan korban dan aqiqah di tempat berhampiran kediaman anda.

Selain itu, pihak eQurban ada menyediakan program korban dan aqiqah di Kemboja dengan harga RM230 untuk satu bahagian lembu atau RM1600 untuk satu ekor lembu ataupun RM500 untuk seekor kambing. Kebiasaan pesanan boleh dibuat secara online 7 hari sebelum tarikh Hari Raya Aidiladha. Pada tahun ini tempahan diterima sehingga 19 OKTOBER 2012. Jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama melaksanakan ibadah korban yang hanya sekali sahaja dalam setahun.

Cara-cara Tempahan Untuk Korban & Aqiqah di Kemboja:

  1. Layari website >>Korban dan Akikah bersama eQurban<<<
  2. Klik pada menu “Tempahan”
  3. Ikuti langkah-langkah yang dimaklumkan iaitu dengan buat pilihan bahagian/ ekor korban/aqiqah, membuat bayaran pada nombor akaun bank yang diberikan, isi borang tempahan dan lastly tunggu pengesahan dari pihak eQurban.

Ada yang rasa ragu-ragu bila urusan online ni ye?? Jangan bimbang website dan syarikat ini boleh dipercayai. Malahan cik tom sendiri pun join korban dengan eQurban. Alhamdulillah pihak pengurusan eQurban, Mohd Farizal memang pantas bagi maklumbalas bila terdapat pertanyaan yang cik tom ajukan.

Pihak eQurban akan mengeluarkan sijil aku janji sebagai wakil melaksanakan ibadah korban tersebut kepada semua peserta dan menghantar gambar-gambar berkaitan yang menunjukkan ibadah tersebut telah dilaksanakan. Untuk maklumat lanjut boleh juga merujuk FAQ: Soalan Lazim Tentang Qurban Akikah.

***********************************************

Rezeki Elok Di Kongsi Bersama dan insyaAllah ianya lebih diberkati oleh Allah SWT. Jom Laksanakan Program Ibadah Korban dan Aqiqah!

Sumber: Korban dan Akikah, Antara Akikah dan Korban, Mana Dahulu…, Perbezaan antara akikah dan korban.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

23 thoughts on “Jom Laksanakan Program Ibadah Korban dan Aqiqah

  • October 4, 2012 at 12:32 am
    Permalink

    tahun ini masih blum mampu…insyaAllah thun hadapan..klu umur pnjg lg…Alhamdulilah, Cik Tom dah berkemampuan untuk buat ibadah qurban sendiri=)

    Reply
  • October 4, 2012 at 2:45 am
    Permalink

    Alhamdulillah…semoga rezeki ciktom sentiasa dimurahkanNya..Amin..

    Reply
  • October 4, 2012 at 8:45 am
    Permalink

    assalamualaikum..
    alhamdulillah rezeki ciktom dapat buat qurban tahun ni. kat ofis pon dh edarkan borang siapa yang nak ikut program aqiqah &qurban di kemboja. Setuju dengan ciktom rasanya msyrakat islam kat sana lebih memerlukan. Kat kwsan sy rasanya brkemampuan beli dagang sendiri dan kadang2 rasanya tiap tahun daging yg diagihkan terlebih2 pulak..

    ciktom..hr tu dngar ceramah ustazah asni.ustazah cakap kt walau x berkemampuan skalipon tp niat nak buat qurban tu kena ada. tekadkan dlm hati..insyaallah aku nak juga laksanakan ibadah tu.. tp usaha tu perlu seiring la..skdr brkongsi..:)

    Reply
  • October 4, 2012 at 8:46 am
    Permalink

    Alhamdulillah,.. tahun ni saya dan isteri buat, dah niat dari tahun lepas lagi.

    Reply
  • October 4, 2012 at 8:54 am
    Permalink

    InsyaAllah… tahun ni sertai jugak 🙂

    Reply
  • October 4, 2012 at 9:42 am
    Permalink

    Mudahnye kan..nak dengan taknak je

    Reply
  • October 4, 2012 at 11:20 am
    Permalink

    insyaallah cik tom jika ada kebaikan dan keikhlasan dalam hati , semuanya pasti akan suci daripada kehitaman membelenggu ..sesungguhnya Allah sentiasa ada dengan orang2 yang ikhlas dalam mengerjakan kebajikan dan ibadah

    Reply
  • October 4, 2012 at 11:37 am
    Permalink

    teringin jugak nak buat, taoi kena bincang dgn suami. ingat tahun ni mmg nak buat..insyaallah..

    Reply
    • October 5, 2012 at 9:57 pm
      Permalink

      korban lembu ker ni? 🙂

      Reply
  • October 4, 2012 at 3:36 pm
    Permalink

    Segalanya telah dipermudahkan.. dan tidak mustahil lagi bagi kita untuk beramal ibadah… walaupun pada hakikatnya ada mengatakan begitu begini kaedah sebegini (eQurban).. yang sebenarnya “tepuk dada, tanya selera”… thks perkonsian CikTom.. hrp dapat membantu kita semua..

    Reply
  • October 4, 2012 at 4:42 pm
    Permalink

    off topic kejap ..
    saya nak tanya cik tom ni , dan semua blogger2 , berminat tak untuk menjadi Sponsor untuk SEO Extravaganza ? pastinya ada kelainan dalam contest ini – Ini akan menjadi projek akhir tahun blogger 2012

    Reply
  • October 5, 2012 at 12:48 am
    Permalink

    moga2 sentiasa diberkati allah
    nampak raya korban dah dekat ni

    Reply
  • October 5, 2012 at 9:37 pm
    Permalink

    tahun ini saya masih belum mampu lagi untuk melaksanakan ibadah qurban

    Reply
  • October 8, 2012 at 11:58 am
    Permalink

    Salam,
    Alhmdulillah dan tahniah ciktom dah ada niat untuk berkorban tahun ni.

    Kalau ada peluang lagi atau belum daftar di equrban yang akan membuat korban di Kemboja ada biknya ciktom tengok kalau-kalau ada pekej korban di Rohingya.

    Memang di Kemboja, selatan Thai, Bangladesh kehidupan mereka susah. Tapi di Rohingya tambah satu pakej lagi, mereka sedang berjihad menentang askar kristian. Jadi saya rasa elok juga kalau korban di sana.

    Cuma sekadar cadangan.

    Reply
  • October 10, 2012 at 1:17 pm
    Permalink

    Tahun lepas sya gunakan e qurban utk melaksanakan qurban di kemboja. Kita akan dapat sijil selepas selesai urusan itu.

    Reply
  • October 13, 2012 at 3:02 pm
    Permalink

    tak lama lagi dah nak raya korban dah…rasa macam baru semalam je raya puasa

    Reply
  • October 15, 2012 at 10:40 am
    Permalink

    Senang sahaja nak menjalankan ibadah.. lebih-lebih lagi bagi yang memerlukan. Memang di Malaysia ni sampai berlebihan dapat daging Qurban.. kalau di Kemboja mesti ramai yang bersyukur dapat daging Qurban tu

    Reply
  • October 15, 2012 at 3:56 pm
    Permalink

    seronok kalau kita dapat laksanakan ibadah qurban dan akikah nih….dapat memberikan sumbangan ikhlas kepada yang memerlukan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!