Jom Menyumbang Winter Mission Syria 3.0 di Muslim Volunteer Malaysia

sidang media muslim volunteer malaysia

Jom Menyumbang Winter Mission Syria 3.0 di Muslim Volunteer Malaysia | Assalamualaikum dan salam sayang…. Harap semua  pembaca blog ciktom sihatlah hendaknya.  Ciktom nak kongsikan satu maklumat penting yang wajib anda semua tahu. Baru-baru ini rakan blogger telah menghadiri Sidang Media Winter Mission 3.0 dan Pelantikan Ikon MVM 2019 yang di anjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM).

Jom Menyumbang Winter Mission Syria 3.0 di Muslim Volunteer Malaysia

Buat pengetahuan anda semua, Muslim Volunteer Malaysia merupakan NGO yang bekerjasama dengan Global Peace Mission (GPM) untuk membantu menyalurkan bantuan baju sejuk serta kotak makanan kepada lebih 6000 rakyat Syria di kem pelarian Syria Gaziantep, Syria-Turki.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai persatuan skarelawan MVM, anda boleh juga baca artikel ciktom sebelum ini: Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia.

Jom Menyumbang Winter Mission Syria 3.0 di Muslim Volunteer Malaysia

Jom Menyumbang Winter Misson Syria 3.0 di Muslim Volunteer Malaysia
Cuba anda bayangkan wajah anak-anak Syria yang kesejukan dan berlapar. Sedih kan? Sayu je ciktom tengok gambar anak comel Syria diatas. Semakin hari keadaan di Syria semakin sejuk. Mereka sangat perlukan bantuan kita semua untuk membantu meringankan segala keperitan hidup mereka.

Seperti yang kita sedia maklum penduduk Syria kini sedang berusaha untuk hidup dengan hanya berbekalkan sumber asas yang semakin berkurangan dengan suhu cuaca menurun ke paras di bawah sifar.

Belum lagi hilang kesedihan sanak saudara dibunuh akibat pergolakan, Rakyat Syria terpaksa pula bergelut dengan penuh seksa menempuh musim sejuk. Ramai juga yang jatuh sakit kerana tidak mendapat sumber protein yang mencukupi untuk menempuh musim sejuk ini.

Allahuakhbar! Sukarnya ciktom bayangkan keadaan mereka di sana sekarang.

Justeru, pihak Muslim Volunteer Malaysia telah mengambil langkah ini untuk membantu rakyat Syria yang sedang dalam kesusahan sepanjang musim sejuk ini.

Ciktom menyeru anda semua turut sama-sama membantu penduduk Syria. Berat mata memandang berat lagi bahu mereka memikulnya. Marilah kita berganding bahu membantu mereka mengikut tahap kemampuan masing-masing.

Dana RM300,000 diperlukan untuk Winter Mission 3.0

Muslim Volunteer Malaysia akan menjalankan kempen pengumpulan dana melalui media sosial selama 2 bulan mulai bulan ini untuk mengumpul dana sebanyak RM300,000 sehingga 31 Januari 2019.

InsyaAllah, Muslim Volunteer Malaysia dijangka akan menghantar sukarelawan bagi menghantar sendiri bantuan kepada mereka yang memerlukan di sana pada 16 hingga 25 Januari 2019 bersama sukarelawan dari GPM.

Cara Menyumbang Di Muslim Volunteer Malaysia 

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan sumbangan ikhlas boleh melalui 2 pilihan platform bagi memudahkan anda menghulurkan sumbangan.

1) Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (86025378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Email : account@mvm.org.my

2) Sumbangan secara online di Website Donation Muslim Volunteer Malaysia :

Website>> https://donation.mvm.org.my/donations/winter-mission-syria-here-we-come-3-0/

Semoga segala sumbangan kita dapat meringkan penderitaan mereka.

Perasmian Winter Mission 3.0 & Ikon MVM 2019

Selain dari sidang media mengenai Winter Mission 3.0, pihak MVM turut membuat pelantikan serta memperkenalkan Ikon MVM2019. Gambar dibawah ialah Presiden MVM, Saudara Muhammad ketika merasmikan sidang media Winter Mission 3.0 & Ikon MVM 2019 di De Palma Hotel Shah Alam.

Tak sangka ciktom Presiden MVM ini muda dan segak bergaya orangnya. hihi.. Kagum ciktom dengan kebolehan dan keazaman anak muda ini bersama team MVM dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ikon Muslim Volunteer Malaysia 2019/2020

Bagi memberikan impak ikutan masyarakat dalam mengumpul dana serta melakukan kerja-kerja kebajikan, MVM telah mengadakan hubungan strategik dengan selebriti dan usahawan terkemuka di Malaysia dari pelbagai latar belakang.

Hubungan strategik ini juga memberi peluang kepada selebriti yang ingin mempengaruhi aspek sosial masyarakat dalam melaksanakan aktiviti kebajikan ini sebagai contoh ikutan sehingga generasi akan datang.

Barisan Ikon MVM 2019/2020 bersama Presiden Muslim Volunteer Malaysia

Ini kerana kemajuan teknologi dalam bidang komunikasi telah mempercepatkan segala gerak-geri dan perkongsian mereka sehingga ke serata dunia dalam masa yang singkat. Ikutan masyarakat sesetengah sebebriti melalui laman social mampu mempengaruhi masyarakat dalam segala bentuk hebahan yang ditularkan.

Hebahan yang berbentuk positif disusuli semangat dalam kehidupan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan akan memberi impak yang besar kepada masyarakat hari ini terutamanya anak-anak muda yang mula cakna dengan isu semasa yang ditularkan.

Barisan Ikon MVM 2019 bersama Presiden MVM

Barisan Ikon MVM 2019 bersama Presiden MVM

Rakan blogger yang bergambar bersama 2 orang ahli kumpulan Inteam yang turut menjadi Ikon MVM 2019/2020.

rakan blogger bersama ikon mvm 2019

Sesi tandatangan Ikon MVM 2019/2020

Yang ciktom kagum barisan Ikon MVM 2019/2020 kali ini bukan calang-calang orang tau. Mereka adalah :

  1. Ustaz Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim (Personaliti Dakwah Malaysia)
  2. Noorsyarmilla Binti Jirin (Penyanyi & Usahawan)
  3. Kumpulan Inteam (Penyanyi Nasyid Berkumpulan)
  4. Dai’ Ahmad Izzhar Bin Ahmad Nazri (Pendakwah Milenia Musim Kedua)
  5. Puan Ernayanee Binti Nur Julaimi (CEO De’Xandra)

Sesi penyerahan pelantikan Ikon MVM

Pemilihan Ikon MVM kali ini merupakan kali ke-3 untuk MVM dengan menjalinkan kerjasama dengan selebriti terkenal tanah air. Tahun 2017, MVM telah berjaya bekerjasama sehingga kini bersama dengan Dato’ Fadzillah Kamsah, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, Heliza Helmi, Diana Ami dan Azmi Saat.

Maklumat lanjut mengenai Muslim Volunteer Malaysia

Harapan ciktom lebih ramai sukarelawan lain menyertai dan menjadikan Muslim Volunteer Malaysia sebagai satu contoh pertubuhan sukarela terbaik di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh layari media sosial Muslim Volunteer Malaysia berikut:

Website : www.mvm.org.my
Facebook : @MuslimVolunteerMalaysia
Instagram : @muslimvolunteermalaysia
Twitter : @volunteermvm

Sebarang maklumat boleh diajukan melalui :

Email : salam@mvm.org.my
Telefon : 603-8074 0434

Alamat :
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor

#muslimvolunteermalaysia #ikonMVM2019 #SyriaKamiDatang #muslim#volunteer

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

27 thoughts on “Jom Menyumbang Winter Mission Syria 3.0 di Muslim Volunteer Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!