Jom PreOder Buku Momen2 Matluthfi

Assalamualaikum dan Salam Sayang.. Korang yang datang ke blog cik tom ni ada tak peminat Matluthfi??? Meh cik tom nak habaq kat korang semua yang Matluthfi akan keluarkan karya kedua tau. Nama buku baru ni: Momen2 Matluthfi. Cik tom pun dah preorder sebab cik tom dah baca yang buku pertama Matluthfi: Catatan Matluthfi memang best dan menarik. Gaya penulisan dia sempoi je dan suka tak bosan sebab buku tu berwarna dan banyak juga gambar menarik. Memang enjoy baca buku yang first Matluthfi.

Buku terbaru Momen2 Matluthfi
Buku terbaru Momen2 Matluthfi

Cik tom baru preorder sebab buku tu tengah cetak dan belum siap sepenuhnya lagi. Kira kalau korang order ni antara first cetakan yang akan dapat. Tarikh buku terbaru Matluthfi ni masuk stor ialah 27 November 2015. Dah tak lama tue kan? Mesti korang pun sama tak sabar nak dapatkan koleksi yang baru lepas Catatan Matluhtfi kan?

  1. Ringkasan Buku Momen2 Matluthfi
  2. Sinopsis Buku Momen2 Matluthfi
  3. Isi Kandungan Buku Momen2 Matluthfi
  4. Harga Buku Momen2 Matluthfi
  5. Diskaun Harga Buku Momen2 Matluthfi
  6. Jom PreOder Buku Momen2 Matluthfi

Ringkasan Buku Momen2 Matluthfi

Ini ringkasan ringkas mengenai buku Momen2 Matluthfi. Cik tom suka tengok video2 Matluthfi ni sebab sinikal dengan gaya sempoi. Tak tahan video ada KJ sekali waktu interview Matluthfi. hehe..

Format: Paperback
Saiz: 5.3″ x 7.6″
ISBN: 978-967-369-309-2
Tarikh Terbit: 20 Nov 2015
Muka Surat : 208

Sinopsis Buku Momen2 Matluthfi

Tulisan-tulisan kali ini lebih panjang, lebih serius, lebih dewasa nadanya. Humornya ada, tetapi banyak inside jokes yang memerlukan pengetahuan asas dalam agama, politik, sosial, hiburan, dan isu-isu seputar keempat-empatnya.

Kalau hang tak dak background knowledge, sebab hang memang tak kesah apa benda yang jadi dalam dunia ni, hang memang terok. Aku sediakan footnote untuk orang-orang yang terok macam hang, sebab kalau aku tulih sorang-sorang tanpa ada pembaca, baik aku cakap dengan dinding – dan itu lebih terok.

Tall, dark, handsome Matluthfi???
Tall, dark, handsome Matluthfi???

Aku rasa Matluthfi belasan tahun pun tidak akan faham apa yang Matluthfi 24 tahun ni tulis. Sebenarnya aku malu dengan Matluthfi 5 tahun dulu sebab dia duk tulih benda-benda bodo. Sekarang ni aku tengah tumbok diri sendiri seminggu sekali untuk puaskan hati Matluthfi 5 tahun akan datang.

Tapi Alhamdulillah, ketidakpuasan hati ini satu petanda bahawa aku telah belajaq banyak benda baru, menginjak pemikiran ini ke tahap yang lebih dekat dengan generasi pembaca yang lebih berumur seperti mak hang.

Yaa mak hang juga akan membaca buku ini. Dia akan mempengaruhi ayah hang supaya turut meminati aku sehingga ayah hang sanggup bawak balik buku ni pi beraya di kampong, hanya untuk terkejut apabila disambut nenek hang.

“Eh, mak pun ade yang ni!”

Tanjat ayah hang bukan sahaja kerana mak dia layan Matluthfi, tetapi jugak kerana nenek hang itu sebenarnya sudah lama pergi…

Isi Kandungan Buku Momen2 Matluthfi

Antara isi kandungan yang menarik dalam buku Momen2 Matluthfi ialah seperti dibawah. Menarik kan? Cik tom rasa tak sabar pulak nak baca. Baca tajuk pun dah rasa cam best jekk..

  • Cik Kam
  • Negara Paling Sekular
  • Kasyaf Pak Cik Jashemi
  • Eh Tak Pa La
  • Kehidupan Banal
  • Verily Cool Women are for Cool Man
  • House and Home
  • Proactive Ninja
  • Kejelasan Fikrah
  • Mesra, Cepat, dan Betul
  • Hati-Hati
  • Drink and Order
  • Cool Pilot
  • Food for Homeless
  • Like a Champ
  • Sehelai Kain
  • Aku Tough
  • Berdakwah
  • Zamanfi
  • The Other
  • Priceless
  • Raudhatus Sakinah
  • Haters
  • Beautiful
  • Candula Mana Tidak Berkias
  • KAFA
  • Sustainability
  • Anep dan ADHD
  • Buku Jalanan 47
  • Jo
  • Southern Gathering 2014
  • Hihi Excited
  • Pancing Partriark
  • Sehari Sebelum Submission
  • Aisha
  • Inai Memet
  • DAP
  • Nuntut Ilmu
  • Anep dan Ayam
  • Ironi Slogan
  • Abang Long Karpet
  • Sipulan
  • Ali
  • Orang Bahari
  • Nipponing
  • Rant on Popularity
  • Kena Tibai
  • Kunci
  • Bajet Abbot
  • Maik Rikadson
  • Aned Kondelo
  • Saily An Wert
  • Kajang Move
  • Confessions
  • Jesus Christ
  • Macamana Orang Australia Berhujah
  • TFTN
  • dannn banyak lagii

Harga Buku Momen2 Matluthfi

Harga buku ni ialah hanya RM25.00. Sama je dengan harga buku sebelumnya, Catatan Matluthfi pun RM25.00 jugak. Tapi nanti untuk preorder ni ada special diskaun tau.

Diskaun Harga Buku Momen2 Matluthfi

Untuk preorder buku Matluthfi ni ada diskaun 10% iaitu hanya RM22.50. Haa beli banyak2 share dengan kawan korang. Sorang sebuah buku boleh cover sekali untuk postage. Kalau beli buku RM100 ke atas free postage tau!

Jom PreOder Buku Momen2 Matluthfi

Baik korang order cepat2 tau. Kuota buku cetakan kali pertama ni hanya 1000 buah buku je. Masa cik tom last check sekarang dah tinggal 478 je lagi.

Jom kita pakat preorder di website jualan buku PTS ni>>Buku Momen2 Matluhtfi atau Catatan Matluthfi

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

27 thoughts on “Jom PreOder Buku Momen2 Matluthfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE