Jom Save the Date #Conference ISES 2014 Malaysia

Salam dan hi!!

Cik tom nak share dengan korang satu conference atau sidang ISES 2014 menarik yang akan diadakan selama 2 hari pada 18 dan 19 Mac 2014. InsyaAllah bakal berlangsung di Sunway Resort Hotel and Spa, PetalingJaya, Selangor. Jika takde aral melintang cik tom pun bakal join conference ni. Satu peluang mendapatkan ilmu mengenai Renewable Energy (RE).

ISES 2014
ISES 2014

ISES 2014 ini ialah shortform dari perkataan International Sustainable Energy Summit 2014. ISES 2014 ini telah diadakan buat kali keduanya dibawah anjuran SEDA Malaysia dengan bertujuan mewujudkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan tenaga boleh baharu (TBB).

Kali pertama ISES dianjurkan di Malaysia ialah pada tahun 2012. Conference kali ini agak besar dan mendapat sokongan penuh daripada pelbagai badan kerajaan dan swasta iaitu dari KeTTHA (Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air), Media partner bersama Malaysian Reserve serta mendapat sponsor dari TNB, CIMB, Cypark, TUV SUB PSB Malaysia, dan Bank Muamalat. Sponsor dan partner mungkin akan bertambah dari masa ke semasa. Pada yang berminat pun boleh jadi sponsor ISES 2014. Sila lihat yang terkini di www.ises.gov.my.

Para penganjur, sponsor dan partners untuk ISES 2014
Para penganjur, sponsor dan partners untuk ISES 2014

ISES 2014 bertujuan untuk berkongsi idea dan membantu mengenal pasti cara-cara menyediakan ilmu pengetahuan, teknologi dan pembiayaan bagi transformasi ke arah kemerdekaan tenaga dan pembangunan mampan. ISES 2014 juga menyediakan platform dan peluang untuk Renewable Energy (RE) dan Energy Efficiency (EE) industri profesional di Malaysia dan dunia untuk bertemu, berbincang dan mendapatkan maklumat terkini serta isu-isu yang berkaitan dengan Tenaga Lestari di Malaysia.

SEDA Malaysia pula akan menyediakan maklumat terkini dan pembangunan mengenai RE dan EE terkini di negara ini berkenaan dengan rangka kerja undang-undang dan pelaksanaan.

Antara topik penting yang bakal disampaikan oleh penceramah terkenal dari seluruh dunia termasuk;

  1. International Case Studies on Sustainable Energy Policies
  2. Financing Sustainable Energy Projects
  3. Sustainable Energy Technologies
  • Renewable Resources
  • Energy Efficiency

Aturcara sepanjang 2 hari Conference ISES 2014;

Aturcara program ISES 2014
Aturcara program ISES 2014

Antara speaker yang hadir dalam ISES 2014. Bukan calang-calang orang. Semuanya hebat samada dari dalam mahupun luar Malaysia. Pakar untuk membincangkan idea dan implementation Renewable Energy in Malaysia.

Speaker for ISES 2014 Malaysia
Speaker for ISES 2014 Malaysia

Jom ramai-ramai kita pakat pergi program ISES 2014. Lagi tambah seronok tambah ilmu pengetahuan mengenai renewable energy, idea-idea baru dan isu mengenai renewable energy sambil bertukar-tukar pendapat.

Daftar untuk join ISES 2014 di; Register ISES 2014 atau details untuk jadi sponsor dan iklan di: Advertisement and Sponsorship.

Sumber rujukan: ISES 2014 Malaysia, 2nd ISES 2014, Speaker ISES 2014

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “Jom Save the Date #Conference ISES 2014 Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE