Jom Support Projek Amal Kebajikan EQQ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Cik tom nak join satu segmen yang dianjurkan oleh Mummy Akmar. Sori ye lambat publish entrynya. Cik tom tertarik untuk join segmen Projek Amal EQQ ini ialah kerana tujuan utamanya untuk membantu pusat anak-anak yatim menambah dan mengumpul dana hasil dari jualan kraftangan yang kreatif. Dana inilah yang akan dijadikan perbelanjaan harian pusat tersebut.

Niat murni mummy akmar kerana hasil kraftangan mereka yang cute menarik dan ingin membantu mereka dari segi promosi dan jualan ke satu tahap yang lain iaitu menolong mereka menjual barang-barang ini melalui blog Mummy. Barang-barang kraf yang dihasilkan sangat unik dan juga boleh di beli dengan harga borong juga mengikut citarasa dan mengikut permintaan pelanggan.

Ini dapat membantu golongan yang kurang upaya ini dengan sedikit sebanyak dapat meningkatkan taraf hidup mereka dan membuatkan mereka lebih berdaya saing untuk menghasilkan barang-barang kraf yang kreatif dan mengasah bakat mereka untuk lebih menonjolkan kreativiti mereka.

Marilah kita sama-sama menyokong niat murni Mummy Akmar untuk membantu anak-anak yatim kampung Tersusun Bercham. Info lebih lanjut dengan klik >> Segmen: Jom Follow Blog El Qashrin Qaisara Untuk “Projek Amal EQQ”.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

26 thoughts on “Jom Support Projek Amal Kebajikan EQQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE