Jubah Dinner Yang Muslimah dan Sopan

Assalamualaikum dan salam sayang.. dah nak ke penghujung tahun 2015 ni mesti banyak majlis makan malam atau dinner yang perlu korang pergi kan. Dinner pulak sekali setahun je. Mesti nak juga melaram pakai baju yang cantik-cantik kan. Kebiasaannya kalau pergi dinner ni orang suka pakai dress atau jubah sebab mudah nak digayakan. Bila berjalan jubah nampak flowing dan lebih efek kurus kan. Aik banyak pulak kan. hehe..

Antara pilihan jubah semi formal-boleh ke dinner mahupun pejabat
Antara pilihan jubah semi formal-boleh ke dinner mahupun pejabat

Jubah Dinner Yang Muslimah dan Sopan

Cuma kurang best sikit kebanyakan jubah yang ada dijual kurang menarik atau kosong je penampilannya. Kalau nak bawak ke dinner kurang rasa menyerlah sangat. Haih niat dah tak baik ni. hihi… Kalau cantik pulak kebanyakan harganya pun terlampau2 cantik sampai rasa tak berbaloi nak beli sehelai baju sampai RM200.

Koleksi jubah muslimah yang terkini
Koleksi jubah muslimah yang terkini

Tapi cik tom berkenan sangat dengan jubah dari sweetmuslimah ni pelbagai dengan design yang menarik. Harganya pulak berbaloi dan mampu milik atau mudah cakap murah. Lagi tertarik jubahnya jenis kain cotton. Kain cotton ni memang sedia maklum kainnya selesa untuk dipakai dan tak panas. Yang paling penting jubah ni mengikut syariat tidak melekat yang menampakan tubuh badan atau seksa dipakai dan dilihat.

Koleksi jubah muslimah yang menarik
Koleksi jubah muslimah yang menarik

Cik tom pun prefer pakai jubah/ dress kalau nak pergi dinner. Sekarang perkembangan fesyen kat Malaysia memang bagus sangat. Setiap hari banyak butik dan fesyen jubah baru yang dikeluarkan.

Sebenarnya cik tom ni masih confuse apa beza jubah dan dress? Yang ikut kefahaman cik tom biasa jubah ni straight cut tidak mengikut tubuh badan. Kalau dress biasanya potongan mengikut tubuh badan. Ke cik tom salah faham? hehe..

Jubah Dinner Yang Muslimah dan Sopan
Jubah Dinner Yang Muslimah dan Sopan

Bagi cik tom jubah untuk ke dinner mestilah yang tak lapuk dek zaman, simple dan mampu nampak moden bergaya bila dipakai untuk ke dinner. Silalah korang terjah ke website untuk lebih banyak pilihan jubah, blouse, skirt boleh klik pada gambar atau dengan klik link berikut untuk ke –>Sweetmuslimah

Psst… kat sweetmuslimah tue ada baju kanak-kanak. Memang lawo-lawo. Jangan rambang mata sudah la ye.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

20 thoughts on “Jubah Dinner Yang Muslimah dan Sopan

  • December 5, 2015 at 9:20 pm
    Permalink

    wah…nice2….nnt nak usha tgk la

    Reply
    • December 5, 2015 at 9:40 pm
      Permalink

      usha2 la..selain dari jubah..ada banyak jugak blouse, tudung, skirt…selamat cuci mata..hehe

      Reply
  • December 6, 2015 at 1:34 am
    Permalink

    jubah pun cantik dan tiada halangan untuk wanita bergaya 🙂

    Reply
    • December 6, 2015 at 1:49 am
      Permalink

      yup betul tiada halangan untuk bergaya dalam mengikut syariat..

      Reply
  • December 6, 2015 at 4:30 am
    Permalink

    Najwa kurung warna oren tu pun lawo

    Reply
    • December 6, 2015 at 11:54 am
      Permalink

      kurung najwa yg oren tu mmg lawa..ciktom pun berkenan color tue..hehe

      Reply
  • December 6, 2015 at 8:01 am
    Permalink

    Dengan adanya perkembangan teknologi, segalanya boleh diperolehi dengan hanya dihujung jari… senang betul nak window shopping.. tak payah nak start enjin kereta atau naik pengangkutan awam.. harga minyak, tol dan tambang pengangkutan awam pun dah naik…
    Selain tu shopping online dapat menjimatkan masa dan tenaga…
    Jom baca entri terkini anuar …HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berhasil!!)My Profile

    Reply
    • December 6, 2015 at 2:10 pm
      Permalink

      memang seronok window shopping online..boleh juling mata..hahaa

      Reply
  • December 6, 2015 at 10:19 pm
    Permalink

    Memang mudah skrg kaum hawa nak pilih dan membeli bermacam jenis jubah di internet. Bertambah sesak laa almari tu lagi. heee

    Reply
    • December 14, 2015 at 12:47 am
      Permalink

      takpe mana baju yang jarang pakai dan masih elok lagi bagus sedekah pada yang memerlukan..kalau dah sesak almari tue kan..hihi

      Reply
    • December 14, 2015 at 12:34 am
      Permalink

      tengok website anzala pun mantap..insyaAllah tak lama lagi boleh menyusul macam sweetmuslimah,

      Reply
    • December 14, 2015 at 12:33 am
      Permalink

      insyaAllah kain cotton jenis tak melekat pada body..tapi nak beli jubah kena saiz longgar jugak..kalau beli saiz ngam2 dengan badan memang akan nampak body 😉

      Reply
    • December 13, 2015 at 1:51 am
      Permalink

      memang cantik dan rambang mata tengok..

      Reply
    • December 13, 2015 at 1:02 am
      Permalink

      yup memang cantik..baju kurung najwa tu desigh baju terkini…ciktom dah masuk wishlist..capai target kita beli..hehe

      Reply
  • December 31, 2015 at 11:20 am
    Permalink

    ulasan yang menarik, cantik dan elok model baju nya. salam kenal ya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE