Kebaikan Madu Limau Nipis Untuk Ibu Mengandung

Kebaikan Madu Limau Nipis Untuk Ibu Mengandung | Setiap pasangan berumahtangga pasti ternanti-nanti kehadiran cahaya mata untuk menceriakan lagi kehidupan rumahtangga. Terimbau pula kenangan ciktom mengandung anak ciktom, Adira. Satu perasaan gembira yang tidak dapat diungkap dan pada masa yang sama bercampur baur perasaan takut untuk menjadi seorang ibu. Mampukah aku menjaga kandungan ini sebaiknya sehinggalah lahir.

Tambahan lagi dilema bagi ciktom dan ibu yang mengandung anak pertama, begitu cetek  ilmu penjagaan dan pemakanan terbaik untuk ibu mengandung. Apa makanan yang perlu dihindari, dielakkan dan tidak digalakkan semasa mengandung?

Pemakanan yang betul sangat penting untuk memastikan perkembangan janin di dalam kandungan. Salah satu pemakanan yang ciktom amalkan ketika mengandung ialah madu.

Madu ialah salah satu makanan sunah yang ada disebut di dalam Al-Quran dan diterangkan khasiat madu pada kesihatan.

Kebaikan Madu Limau Nipis Untuk Ibu Mengandung

Kebaikan Madu Untuk Ibu Mengandung

Untuk ibu mengandung,antara kebaikan madu ialah;

  • Antioksidan yang kaya dalam madu akan meningkatkan kesehatan tubuh wanita yang hamil dan ia membantuk perkembangan janin.
  • Madu adalah produk yang dihasilkan oleh lebah secara natural. Ia boleh dijadikan sebagai pemanis pengganti gula putih. Secara tidak langsung mengurangkan pertambahan berat badan yang diakibatkan oleh pengambilan karbohidrat ringkas yang banyak.
  • Madu dapat mengurangkan reaksi alahan ketika hamil (terutamanya pada kulit seperti ruam, gatal dan kekeringan) kerana madu mempunyai komponen antiradang.
  • Rasa mual biasa dialami oleh wanita yang hamil terutama di awal kehamilan akibat perubahan hormonal. Campuran madu dengan perahan lemon atau cuka (khall) epal akan mengurangi rasa mual.
  • Ketika hamil pencernaan makanan agak perlahan akibat perubahan hormonal dan pembesaran saiz rahim yang menekan usus dan perut membuatkan wanita yang hamil mudah mengalami masalah penghadaman. Ramai juga yang mengalami rasa pedih perut di akhir kehamilan. Satu sudu makan madu dengan segelas susu panas dapat mengurangi tidak selesa ini.

Sumber: Facebook Dr. Zubaidi Hj Ahmad

adira ciktom dan madu asli al intisaar

Khasiat Limau Nipis Untuk Ibu Mengandung

Selain madu, limau nipis sangat bagus diamalkan oleh ibu mengandung terutamanya bagi menaikan hemoglobin (HB).  Jus limau nipis dapat mengekalkan hidrasi badan dan membekalkan vitamin C yang membantu badan ibu menyerap zat besi dengan lebih berkesan.

Ciktom biasa campur perahan limau nipis atau lemon bersama madu kedalam segelas air suam. Lagi-lagi tekak ciktom tak boleh telan madu je. Bila campur limau nipis tu lagi ummph rasa air madu limau nipis.Lega sangat tekak dan perut bila dapat minum tau.

Dulu ciktom campur sendiri madu dengan perahan air limau  nipis. Sekarang mudah je dengan produk madu keluaran Al Intisaar. Madu Al Intisaar ini ialah madu asli yang dihasilkan dari ladang lebah bunga-bungaan dan ekstrak buah yang asli.

Koleksi Produk Madu Al Intisaar

  1. Madu asli dengan sarang lebah
  2. Madu asli dengan halia
  3. Madu asli dengan limau nipis

produk madu asli al intisaar

Antara Kelebihan Madu Limau Nipis Al Intisaar

  • Tinggi dengan Vitamin C
  • Menggalakkan kulit yang lebih sihat
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Mengurangkan sakit di kerongkong sambil mengekalkan kelembapan

Ciktom sarankan ibu mengandung mengambil madu yang telah dipasteurisasi. Ini kerana madu mentah mungkin mengandungi bakteria yang dikenali sebagai clostridium botulinum, yang dipercayai meningkatkan risiko menghidap botulisme.

Madu  AlIntisaar ialah salah satu jenama madu yang boleh dipercayai. Madu ini telah menjalani proses yang teliti sebelum dibotol dan dipasarkan. Jangan risau madu  Al Intisaar ialah madu asli tanpa tambahan gula. Gunakanlah tanpa was-was.

Sebaiknya setiap rumah perlu ada sebotol madu yang sesuai untuk pelbagai kegunaan. Macam ciktom sendiri anak 9 bulan sudah aktif berjalan.Kekadang seronok baru belajar berjalan sehingga terjatuh dan benjol kepala.Cara turun temurun ibu ciktom amalkan ialah sapu madu pada bahagian yang bengkal sambil gosok membulat dan selawat  3x. InsyaAllah cepat surut bengkak.

Ciktom memang  suka madu limau nipis Al Intisaar ini kerana rasa madu yang asli tanpa tambahan gula.  Walaupun telah dicampur ekstrak buah limau nipis tapi madunya tetap pekat likat dengan tambahan rasa enak limau nipis. Memang sedap dijadikan minuman setiap pagi selepas bangun tidur. Jangan tak tahu pulak madu ni salah satu milkbooster buat ibu yang menyusu anak macam ciktom ni tau.

minum madu sarapan pagi

Adakah madu selamat dimakan ibu mengandung?

Secara umumnya, madu merupakan pengganti gula putih yang sangat baik serta mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan.

Malah, pengamalan madu semasa kehamilan juga adalah tidak memudaratkan, asalkan anda tahu madu tersebut asli.Kepada ibu yang mengandung boleh cuba  amalkan doa dibawah setiap hari selepas solat.

“Ya Allah, berkatilah usaha aku. Peliharalah anakku selama dia dalam kandunganku ini Ya Allah. Sihatkan dia Ya Allah. Engkaulah yang menyembuhkan. Tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu Ya Allah.”

Semoga dipermudahkan segala  urusan anda bersalin dan melahirkan bayi yang sihat serta comel. amin..

Maklumat Lanjut Mengenai Madu Al Intisaar

Sebelum anda tanya, ciktom tak jual madu ni ye. Ciktom hanyalah pengguna. Pada anda yang berminat untuk dapatkan madu asli berserta ekstrak buah boleh hubungi atau rujuk details dibawah;

Website: alintisaar.com
Facebook: https://www.facebook.com/alintisaar01/
Email: [email protected]
Phone: +6016 210 5936

Oh ya, kalau anda minat berniaga sekarang team Al Intisaar tengah buat pencarian pengedar seluruh Malaysia (Training diberikan). Jika berminat anda boleh klik link berikut >> http://bizapp.la/bisnes.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

One thought on “Kebaikan Madu Limau Nipis Untuk Ibu Mengandung

  • October 25, 2018 at 11:50 am
    Permalink

    Berguna juga yee tempat kandang lembu tu hahahaha
    Madu memang bagus untuk di minum..Mak kita luka dia sapu madu kelulut, alhamdulilah elok..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE