Kelebihan dan Keburukan Main Kutu

Assalamualaikum dan salam sejahtera… Sorry tak jadi nak buat entri pasal persiapan dan perkahwinan cik tom sepanjang minggu ni. Rasa bosan pulak nak taip topik sama kan. Semalam cik tom dah kongsikan resepi roti telur cheese leleh. Hari ini cik tom nak bukak topik yang orang perempuan paling suka iaitu main kutu.

kutu atas kepala
main kutu atas kepala

Main kutu ni bukan main cari kutu atas kepala tue ha. haha.. Permainan kutu ni bagi yang tak tahu la kan.  Sekumpulan orang yang bersetuju untuk membuat bayaran sejumlah wang pada tempoh jangka masa yang dipersetujui.  Setiap orang akan mendapat giliran untuk mendapat jumlah wang tersebut.

Contoh mudah kalau 5 orang main kutu. 1 kepala setuju bayar RM200 sebulan sehingga habis giliran yang bermaksud dalam tempoh 5 bulan (5 orang). So setiap pemain ni akan diberi pilihan untuk pilih giliran nombor berapa diorang nak dari nombor 1-5. Setiap bulan, siapa punya giliran terpilih tu akan dapat jumlah duit RM1000 (RM200x5 orang=RM1000).

Kelebihan dan Keburukan Main Kutu

Kebiasaannya giliran pertama seronok la dapat duit laju je. Yang giliran belakang tu mesti ada kes liat nak bayar bila diorang dah dapat duit masa giliran diorang sebelum tu. Itulah RISIKO UTAMA nak main kutu ni. Wujud manusia2 yang kaki menipu dan tak amanah nak bayar. Oleh sebab itu, ramai yang tak berapa berani nak main kutu.

Sekarang lagi la dengan lambakan main kutu online pulak di facebook. Selain main kutu duit. Sekarang dah makin popular main kutu iPhone la..main kutu emas..main kutu modal meniaga..main kutu tupperware.,serta macam-macam lagilah.

Dah banyak keluar kat newspaper pasal kes tipu menipu duit kutu online ni. Macam dalam gambar bawah ramai tu 500 orang kena tipu main kutu raya online. Cuma bawah tu labur RM60 dapat pulangan RM180. Dah ada unsur riba dah kat situ.

Kelebihan dan Keburukan Main Kutu

Dah terjawab kan. Keburukan main kutu ni korang maybe kena tipu dengan pemain kutu yang tak nak bayar duit kutu bila diorang dah dapat duit time giliran masing2. atau… mak kutu bawak lari duit kutu yang terkumpul. huhu..

Pengalaman Kena Tipu Main Kutu Duit Online

Cik tom sendiri pernah ada pengalaman kena tipu dengan mak kutu. Alhamdulillah cik tom sempat main sebulan je lepas tu tarik diri oleh sebab masalah kesihatan kena operate time tu. Mak kutu janji nak bayar balik duit RM70 yang cik tom dah bayar. Sampai ke hari ni tak bayar pun. Siap dah block no handphone ciktom. hoho… Takpe jawab jelah kat akhirat nanti.

Mak kutu yang menipu tersebut ialah RENA MAZYKA BINTI KAMALLUDIN. IC; 750820-10-5776 (pic salinan IC dia pun ciktom ada) . NO. AKAUN CIMB; 7616998632. Jadi pada yang nak bermain kutu dengan si dia ni sila berhati-hati ye. Nasib baik Allah lindungi ciktom dengan kena tipu RM70 je. Itupun duit okay, dengan zaman sekarang serba serbi guna duit.

Ok, tutup cerita cik tom kena tipu duit kutu tu.

Apa Yang Best Dengan Main Kutu?

Cik tom dah terjebak dengan main kutu ni dari zaman sekolah lagi. Alhamdulillah dapat kawan2 yang jenis amanah bayar ontime setiap kali giliran kutip duit kutu dan kebiasaannya memang cik tom la akan jadi bendahari simpan duit kutu ni. Dulu takde istilah mak2 kutu. hihi..

Selain, cik tom gemar menabung. Cik tom suka main kutu ni sebab ianya macam tabungan jugak. Cuma kalau nak menabung sendiri kadang-kadang cik tom datang perangai giler nak shopping jadi liat sikit nak menabung. haha…. So kalau main kutu ni dah ada komitmen untuk bayar bulan2. Macam mana pun ko kena bayar duit setiap bulan sampai habis semua giliran.

Hukum Main Kutu Mengikut Pandangan Islam

Main kutu ni sebenarnya apa hukumnya?? Di bolehkan ke tidak? Cik tom bukan seorang yang pakar bab agama ni. Bawah ni quote kesimpulan Ustaz Zaharuddin. Tapi sebaiknya korang baca full version di website>>>Ustaz Zaharuddin; Permainan “KUTU” dan Hukumnya.

Kesimpulannya, skim ‘kutu’ antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad dan munasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.”-Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Hukum Main Kutu Mengikut Undang-undang Malaysia

Mengikut undang-undang Malaysia pulak, menjadi satu kesalahan bermain kutu ni. Kalau rajin korang boleh baca maklumat lanjut di website SSM>>> Akta 28: Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971

  • Mufti Wilayah Persekutuan; Hukum Kutu Moden

Kebaikan Main Kutu

Antara kebaikan main kutu ianya macam dikira pinjaman pendahuluan tanpa faedah. Kalau korang nak pinjam duit dengan bank mesti kena caj faedah. Main kutu ni biasanya takde dikenakan sebarang caj tambahan.

Macam kawan cik tom nak kahwin aritu. Dia nak guna duit urgent untuk persiapan kahwin. Dia main kutu dan mintak giliran yang terawal untuk beli barang dan bayar deposit. Untung jadi orang terawal dapat duit kutu. Tapi ada jugak sesetengah tak gemar jadi orang terawal sebab duit dah habis guna, lama lagi nak kena bayar setiap bulan. Kira ada pro and cons la jadi orang terawal atau terakhir main kutu ni.

Cik tom prefer amik giliran dapat duit main kutu tengah2. hihi…

Hasil Main Kutu

Alhamdulillah hasil main kutu duit yang paling cik tom ingat ialah RM1500 untuk duit belanja travel ke Korea. Yang ni cik tom main dengan kawan yang cik tom kenal memang amanah orangnya bab duit. Sengaja cik tom request ambil turn bulan nak fly ke Korea.

namsam seoul tower

Hasil terbaru cik tom baru dapat ialah main kutu emas dengan puan bee. Orangnya pun amanah. Senang nak berurusan. Sebelum ni cik tom dah pernah beli rantai tangan emas dengan kak bee. hee…

Alhamdulillah tambah koleksi 1 keping dinar emas keluaran Powergold dan baki tu cik tom tambah lagi RM50 untuk beli 1 gram emas dalam akaun emas GAP Public Gold.

dinar emas power gold

Kira nampak la hasil main kutu tu dapat something kan? Tapi tak main kutu pun boleh je simpan duit dan beli apa yang diidamkan. Semuanya bergantung korang selesa yang mana.

Korang pernah main kutu? Jomlah share pendapat atau pengalaman korang mengenai main kutu ni.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

42 thoughts on “Kelebihan dan Keburukan Main Kutu

    • October 20, 2016 at 10:37 am
      Permalink

      fuyoo banyak tu main sampai 20 orang..tapi okay je kalau semua 20 orang tu boleh dipercayai…better jgk 2 giliran sebulan..kalau tak jenuh nak tunggu abis semua giliran utk 20 bulan..hihi

      Reply
    • October 20, 2016 at 10:36 am
      Permalink

      ciktom menyimpan kat akaun tapi kadang2 laju je shopping online..hanya di hujung jari gitu..hihi…
      ciktom suka main kutu ni utk capai target apa2..cnth cam latest main kutu emas tu target nak kumpul koleksi dinar emas at least sekeping setahun..kalau nak beli camtu ciktom liat kot..haha..

      Reply
  • October 19, 2016 at 11:14 pm
    Permalink

    Siqah suka main duit kutu. Cuma hanya main dengan orang yang dipercayai saja. Dan alhamdullilah sampai sekarang tak pernah kena tipu..

    Reply
    • October 20, 2016 at 10:33 am
      Permalink

      yang pengalaman ciktom kena tipu tu sebab tak kenal orangnya..tapi nampak baik..ingatkan okay..lepas ni memang kena main kutu dengan orang yang kenal dan boleh dipercayai je..

      Reply
  • October 19, 2016 at 11:40 pm
    Permalink

    tahniah cik tom sebab dah ada akaun GAP Public Gold!! Promosi bulan Oktober untuk menjadi dealer ialah bagi student, tukar duit kepada emas RM2500, manakala bagi peniaga RM5000 sahaja. saya sedia membantu cik tom 😉

    dulu-dulu saya pernah main kutu kat sekolah. hanya 1 tahun je, lepas tu dah tak larat dah. saya tak gemar ada orang minta duit saya setiap bulan huhu
    Jom baca entri terkini siti hazreen …Permohonan Kemasukan Ke Program Kolej Vokasional 2017My Profile

    Reply
    • October 20, 2016 at 9:50 am
      Permalink

      ala ye ke? baru je beli jgk..apa kelebihan jadi dealer PG?nak tau jugak…

      ciktom bayar sebelum orang mtk duit..tapi kalau jenis komited better saving duit sendiri je setiap bulan..simpan duit dalam tabung tak boleh buka atau akaun bank yang takde kat atm..hihi

      Reply
    • October 20, 2016 at 9:43 am
      Permalink

      itulah risiko main kutu ni bila pemain kutu tak bayar time turn diorang..kena main kutu dengan orang kita dah kenal…yang memang amanah bab duit ni..

      Reply
  • October 20, 2016 at 10:35 am
    Permalink

    Saya permah main kutu sekali sahaja.. Tak seronok sebab ada. Komitmen setiap bulan nak bayar..

    Lebih baik carik duit lebih dan simpan
    Jom baca entri terkini mrhanafi …Perasaan Cinta Tidak Bisa DipaksaMy Profile

    Reply
    • October 20, 2016 at 1:21 pm
      Permalink

      ada sesetengah tak suka komitmen nak bayar. jadi option boleh simpan duit sendiri. risiko duit tak dibayar pun xde. lagi selamat.

      Reply
    • October 20, 2016 at 1:20 pm
      Permalink

      bagus jugak main kutu untuk renew tax motor dan kereta. idea yang menarik jugak tue.

      Reply
    • October 20, 2016 at 6:20 pm
      Permalink

      itulah ciktom dah terkena risikonya..pengajaran jangan mudah nak percaya orang yang tak dikenali sgt..

      Reply
  • October 20, 2016 at 5:58 pm
    Permalink

    main kutu nie kena ade member yang betul2 amanah dan mampu membayar.. kalau tak memang jadi hutang jela.. hmmm

    Reply
    • October 20, 2016 at 6:19 pm
      Permalink

      pnjg hmm..penah terkena kutu jadi hutang ke?huhu…

      Reply
    • October 20, 2016 at 10:35 pm
      Permalink

      Aah..Adik ciktom jual tuppwerware pun buka bt main kutu pada sesiapa yg nak beli tupperware..best jgk tu.

      Reply
    • October 21, 2016 at 12:29 am
      Permalink

      bagus camtu akak..bahaya amik sebarangan anak kutu..buat hal naya..

      Reply
    • November 16, 2016 at 4:20 pm
      Permalink

      simpan sendiri lagi selamat..sebabb main kutu ni byk risiko orang xbayar..

      Reply
    • November 16, 2016 at 4:20 pm
      Permalink

      ada penerangan dalam entri ni cara main kutu..kumpul duit bagi setiap ahli kumpulan..dah setiap bulan seorang pemain akan dapat duit mengikut giliran sehingga habis kesemua pemain..

      Reply
    • November 16, 2016 at 4:21 pm
      Permalink

      memang best kalau main dengan jumlah besar ni..bulan2 rs byr sikit je..tiba2 time dapat tu byk..rs kaya kejap..hehe

      Reply
  • October 21, 2016 at 6:32 pm
    Permalink

    akk suka jugak main lutu ni sebab kadang tabungan sendiri ni kurang disiplin…

    alhamdulillah setakat ni belum pernah tertipu. semuanya kutu online akk main. dpt mak kutu bagus2.

    kutu barangan dan kutu emas pun akk main.
    Jom baca entri terkini Ummi Hanie …Masalah rambut gugur selepas bersalin dan cara merawatMy Profile

    Reply
    • October 27, 2016 at 11:13 am
      Permalink

      ciktom pun suka main kutu sebab kadang2 liat nak menabung sendiri..padahal lebih kurang je tu tekniknya..hehe..
      seronok dapat mak kutu baik2..kena tanya akak ni..hihi

      Reply
  • October 21, 2016 at 8:40 pm
    Permalink

    Saya main dengan kawan-kawan di pejabat ja.dapat duit sama ada bayar hutang atau p jalan-jalan

    Reply
    • October 27, 2016 at 11:03 am
      Permalink

      main kutu dengan kawan2 ofis lagi bagus..semua kenal dan jumpa hari2…dpt jgk jalan2 kan.

      Reply
    • October 27, 2016 at 10:32 am
      Permalink

      memang risiko main dengan orang tak kenal..based on experience ciktom..elakkan la ye.

      Reply
    • October 27, 2016 at 10:17 am
      Permalink

      buat la kutu emas sekali..lagi best..hihi
      ciktom punya kutu ni sampai bulan 2 tahun depan..
      insyaAllah kalau xde komitmen lain, nak join batch seterusnya.

      Reply
    • November 16, 2016 at 3:36 pm
      Permalink

      yup main kutu ni lebih kurang je konsep menabung jugak..

      Reply
  • September 9, 2017 at 11:49 am
    Permalink

    Tension jadi mak kutu bila player dah dapat lepas tu liat nak bayar..pastu bila msg mcm kita pulak yg hutang dia..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!