Assalamualaikum dan Salam Sayang… Hari isnin memang hari permulaan bekerja yang agak memalaskan selepas bercuti hujung minggu selama 2 hari. hehe… Tapi tak boleh nak malas-malas sangat. Kena siapkan kerja mengikut list yang dah ditetapkan barulah kerja teratur dan siap on time. Kalau tak nanti boleh jadi haru-biru. Entry hari ini nak ulaskan pendapat cik tom tentang kelebihan dan kekurangan moderate comment iaitu segala komen hanya akan ditunjukkan/ siarkan selepas admin luluskan komen tersebut.
Kekurangan moderate comment ini ialah terdapat ramai blogger dan pelawat yang tidak menyukai blog yang mempunyai setting moderation comment sedemikian kerana dirasakan agak menyusahkan. Hal ini kerana dirasakan apabila komen terus je jadi moderate comment dan kena tunggu approve dulu agak melambatkan. Kadang-kadang terfikir eh masuk ke komen tue? Bila owner nak balas komen? Owner ni approve tak komen or delete? Saya suka baca komen orang lain pada entry tapi sebab owner lambat approve jadi tak dapat baca komen orang lain dan sebagainya.
Cik tom pun sendiri rasa moderate comment ini agak menyusahkan kepada kawan-kawan dan pembaca kerana ia membataskan sesi jejak menjejak sesama mereka. Dan selalu je cik tom terima komen yang bertanyakan kenapa komen dia sebelum ini takde? Cik tom delete ke komen? Kenapa cik tom tak balas pun komen? Dulu kak diana pernah tanyakan cik tom dan sekarang mas pulak tertanya2.
Sori ye semua sebabnya cik tom terpaksa juga moderate comment oleh sebab cik tom ni part time blogger dan selalunya busy dengan kerja. So tumpuan pada blog bukannya 100%. Cik tom tak pernah delete sebarang komen kecuali komen spam atau mencarut. Selain itu memang cik tom approve je even selalu gak dapat komen tue kutuk/ mengata cik tom. Adatlah dunia blogging tak semua yang singgah tue sukakan kita. huhu…
Macam-macam komen pertanyaan yang diajukan sampai rasa pening kepala juga la nak menjawabnya. Kadang-kadang rasa macam cik tom kerja kat kaunter pertanyaan je. hehe.. Cik tom pernah amik inisiatif closed comment pada entry yang lama dan automatic publish comment pada entry baru tapi keluar masalah lain pulak bila ramai yang komen pada entry yang tak berkaitan.
So terpaksa moderate comment supaya takde lagi kes terlepas pandang komen terutamanya komen berunsur pertanyaan pada blog dan komen pada entry yang berkaitan. Kelebihan moderate comment ialah owner blog sentiasa alert sesiapa yang komen di blog. Dapat memantau komen yang mempunyai unsur 18sx, 18 PL atau apa-apa komen yang boleh memudaratkan. Paling utama sekali tidak menghampakan pertanyaan pembaca blog walaupun reply agak lambat. huhu..
Pendapat korang macam mana mengenai isu moderate komen. Perlu atau tidak?Kenapa?



saya terima apa jua jenis komen..
sebab saya kan check stiap dua hari..hehe
bagus2 mmg blogger yg rajin..
mestilah perlu ciktom..hehe kalu x, mmg takkan tau org bagi komen..and mudah bagi kita.. ^_^
yup betul tue..wlpn ckin komen dh lama tp ciktom ttp dpt trace sbb moderate..hee