Kelebihan dan Kekurangan Moderate Comment

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Hari isnin memang hari permulaan bekerja yang agak memalaskan selepas bercuti hujung minggu selama 2 hari. hehe… Tapi tak boleh nak malas-malas sangat. Kena siapkan kerja mengikut list yang dah ditetapkan barulah kerja teratur dan siap on time. Kalau tak nanti boleh jadi haru-biru.  Entry hari ini nak ulaskan pendapat cik tom tentang kelebihan dan kekurangan moderate comment iaitu segala komen hanya akan ditunjukkan/ siarkan selepas admin luluskan komen tersebut.

Kekurangan moderate comment ini ialah terdapat ramai blogger dan pelawat yang tidak menyukai blog yang mempunyai setting moderation comment sedemikian kerana dirasakan agak menyusahkan. Hal ini kerana dirasakan apabila komen terus je jadi moderate comment dan kena tunggu approve dulu agak melambatkan. Kadang-kadang terfikir eh masuk ke komen tue? Bila owner nak balas komen? Owner ni approve tak komen or delete? Saya suka baca komen orang lain pada entry tapi sebab owner lambat approve jadi tak dapat baca komen orang lain dan sebagainya.

Cik tom pun sendiri rasa moderate comment ini agak menyusahkan kepada kawan-kawan dan pembaca kerana ia membataskan sesi jejak menjejak sesama mereka. Dan selalu je cik tom terima komen yang bertanyakan kenapa komen dia sebelum ini takde? Cik tom delete ke komen? Kenapa cik tom tak balas pun komen? Dulu kak diana pernah tanyakan cik tom dan sekarang mas pulak tertanya2.

Sori ye semua sebabnya cik tom terpaksa juga moderate comment oleh sebab cik tom ni part time blogger dan selalunya busy dengan kerja. So tumpuan pada blog bukannya 100%. Cik tom tak pernah delete sebarang komen kecuali komen spam atau mencarut. Selain itu memang cik tom approve je even selalu gak dapat komen tue kutuk/ mengata cik tom. Adatlah dunia blogging tak semua yang singgah tue sukakan kita. huhu…

Macam-macam komen pertanyaan yang diajukan sampai rasa pening kepala juga la nak menjawabnya. Kadang-kadang rasa macam cik tom kerja kat kaunter pertanyaan je. hehe.. Cik tom pernah amik inisiatif closed comment pada entry yang lama dan automatic publish comment pada entry baru tapi keluar masalah lain pulak bila ramai yang komen pada entry yang tak berkaitan.

So terpaksa moderate comment supaya takde lagi kes terlepas pandang komen terutamanya komen berunsur pertanyaan pada blog dan komen pada entry yang berkaitan. Kelebihan moderate comment ialah owner blog sentiasa alert sesiapa yang komen di blog. Dapat memantau komen yang mempunyai unsur 18sx, 18 PL atau apa-apa komen yang boleh memudaratkan. Paling utama sekali tidak menghampakan pertanyaan pembaca blog walaupun reply agak lambat. huhu..

Pendapat korang macam mana mengenai isu moderate komen. Perlu atau tidak?Kenapa?

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

47 thoughts on “Kelebihan dan Kekurangan Moderate Comment

  • February 20, 2012 at 11:41 pm
    Permalink

    yeahh~betul3. sangat setuju. adanye comment moderation akan buat kita berhubung dengan ‘pengoment’ .. hehe

    Reply
    • February 21, 2012 at 11:08 pm
      Permalink

      yup dear..thanks for ur opinoin..heee

      Reply
  • February 21, 2012 at 12:11 am
    Permalink

    memandangkan zie dah masuk sem baru n xdapat blogging sakan mcm dulu, zie buat je moderate comment sebab takut xsedar ada komen masuk…

    Reply
    • February 21, 2012 at 11:05 pm
      Permalink

      ok juga camtu supaya kita alert dan tak terlepas pandang komen kawan2 or pembacablog..

      Reply
  • February 21, 2012 at 12:32 am
    Permalink

    Setuju cadangan cik tom tu… kekadang kita tertanya-tanya bila nak aprove komen ni….. tetapi ada yg komen tak dapat nak approve kerana tersenarai dalam senarai spam…..

    Reply
    • February 21, 2012 at 11:05 pm
      Permalink

      yup setiap orang ada pandangan yang tersendiri..aah ada banyak juga komen yang masuk spam..

      Reply
  • February 21, 2012 at 12:55 am
    Permalink

    mengenai isu moderate komen
    bagi sy bila komen yg baru masuk blog sy kena tunggu appove dulu.
    bila dah sekali approve dan dia komen lepas tu rasanya x perlu di approve dah
    terus masuk dalam kotak komen je.
    tapi kita masih boleh mematau kalau mengarut je delete terus 🙂

    serba salah sebenarnya ada baik ada buruk 🙂

    Reply
    • February 22, 2012 at 10:43 am
      Permalink

      owh ok juga kalau buat macam tue ye…lagi mudah..
      biasalah setiap sesuatu tue mesti ada baik dan buruknya..

      Reply
  • February 21, 2012 at 8:48 am
    Permalink

    Soal nak moderate komen atau tidak mmg terpulang kpd owner blog sendiri…den x kisahhh….hehehe

    Reply
  • February 21, 2012 at 9:10 am
    Permalink

    salam cik tom,leh x sy nk tau silibus tuk degree kimia gunaan nie?sy dh cba cri tp smpi skunk xjmp silibusnya..leh x cik tom watkn post tuk pas nie..tq..:)

    Reply
    • April 21, 2012 at 2:13 pm
      Permalink

      salam..memang xde..nanti ciktom buatkan dalam minggu ini ye..

      Reply
  • February 21, 2012 at 9:10 am
    Permalink

    xperlu guna moderate comment kot..hehe saya la orang yang selalu tertunggu2 cik tom reply komen..hehe

    Reply
    • February 21, 2012 at 10:53 pm
      Permalink

      xperlu ke??wow tertunggu ke ciktom reply komen..ni dah reply..heee

      Reply
  • February 21, 2012 at 9:44 am
    Permalink

    Bagi saya perlu.Pendapat saya seakan-akan sama dengan pendapat Cik Tom.

    Bukan ke masih boleh nmpak komen tersebut biar pun masih lagi x moderate.Tak gitu?? Mungkin sesetengah blog kot.

    “Kadang-kadang rasa macam cik tom kerja kat kaunter pertanyaan je”
    Wallah.Saba ye Cik Tom.Agagaga….

    Reply
    • February 22, 2012 at 9:34 am
      Permalink

      blog cik tom xboleh nampak moderate komen..ada cara ke nak setting bagi nampak moderate komen tue ek??
      aah kaunter pertanyaan tak berbayar..huhu

      Reply
  • February 21, 2012 at 10:02 am
    Permalink

    CIK TOM : ANDA MENANG HADIAH MAKAN MALAM UNTUK 2 ORANG DI RESTAURANT MEWAH KUALA LUMPUR!!!!

    Reply
    • February 21, 2012 at 10:33 pm
      Permalink

      hahah..cik tom approve komen dinar..

      Reply
  • February 21, 2012 at 11:26 am
    Permalink

    cik tom..ambe xbrape faham ni. tp nt ambe suruh kawan ambe terangkan. tp ambe pernah gok komeng cik tom xblas, hehe. ambe ingatkan cik tom wase ati ngn ambe hehe.by the way,thnks alot 4 this.

    Reply
    • February 21, 2012 at 11:10 pm
      Permalink

      tak faham mana yunk???hehe…ala bukan terasa la tapi lambat approve sbb busy la yunkk

      Reply
  • February 21, 2012 at 11:33 am
    Permalink

    Kalau terus keluar jer komen kan senang,pembaca pun nak baca juga komen yg lain sambil tgk2 siapa blogger tu yg komen dgn bernas sekali 🙂

    Kalau kena moderate peluang untuk pengomen berkunjung kali kedua agak tipis.Bagi saya,saya lebih suka yg keluar terus 🙂

    Reply
    • February 21, 2012 at 10:39 pm
      Permalink

      yup betul tue salah satu keburukannya komen moderate sebab terbatas untuk baca dan juga saling berbalas kunjungan..

      Reply
  • February 21, 2012 at 12:25 pm
    Permalink

    ok je moderate comment.yang penting ukhwah tak putus.
    selain dapat memantau komen komen yang ada unsur unsur 18sx(tiru ayat cik tom)

    Reply
    • February 21, 2012 at 10:29 pm
      Permalink

      yup..setiap yang berlaku ada pro dan contra..hee

      Reply
  • February 21, 2012 at 2:39 pm
    Permalink

    Moderate komen perlu ada tapi boleh dihadkan mungkin auto publish lepas 2 @ 3 komen sebelumnya. Kalau nak moderate semua memang tak larat dan perlukan banyak masa nak tapis satu2. Macam saya, 1st time komen memang moderate, bila dah tengok komen, IP, email, URL diorang legit baru release… dah kali kedua memang auto publish… 🙂

    Reply
    • February 21, 2012 at 11:10 pm
      Permalink

      thanks 4 ur advice..insyaAllah cik tom cuba praktikan..heee

      Reply
  • February 21, 2012 at 5:18 pm
    Permalink

    Memang rugi biarkan comment didalam status moderate cuma pakcik Akismet agak nakal sedikit apa bila pengunjung yang biasa tinggal komen pun dia mark spam. 🙂

    Reply
    • February 21, 2012 at 9:50 pm
      Permalink

      aah memang rugi bila komen masuk status moderate…tp kl xmoderate blh tlepas pndg plk…dilemma..

      Reply
  • February 21, 2012 at 7:23 pm
    Permalink

    blog baru perlu. blog lama..takde masalah rasanya. haha

    Reply
    • February 21, 2012 at 9:49 pm
      Permalink

      oh sesuai untuk blog baru je ek komen moderate ni??ptt la blog titan xmoderate…blog ciktom baru lg..huhu…

      Reply
      • February 22, 2012 at 4:40 pm
        Permalink

        saya tak paham..blog saya ada ker? hurm..sb blog saya baru juga

        Reply
        • April 21, 2012 at 2:33 pm
          Permalink

          blog suri xmoderate..terus publish bila komen entry..

  • February 21, 2012 at 9:50 pm
    Permalink

    mas ok je..now dh fham.hihihi

    Reply
    • February 21, 2012 at 11:19 pm
      Permalink

      alhamdulillah baguslah..senang hati cik tom rasa..

      Reply
  • February 21, 2012 at 11:56 pm
    Permalink

    Bagi saya,moderate komen ni sesuai untuk org yg mampu untuk on9 selalu dan buka blog nya setiap hari.tapi kita pun sedia tahu,banyak kebaikan komen moderate ni. bila org spam yg jd punca utama dalam soal ni.tgh mencuba pakai komen luv.even ramai yg tak bape setuju blogger pakai komen luv
    Entri Terbaru Saya:
    Erti Kesusahan Yang Memberi Maksud Kebahagiaan

    Reply
    • April 21, 2012 at 2:14 pm
      Permalink

      nmpknya ciktom golongan yg xmampu nak on9 selalu tp suka moderate..huhu
      ok je pakai comment luv..byk kelebihannya..

      Reply
  • February 22, 2012 at 10:03 am
    Permalink

    ok jer moderate komen tu,,putera biasa approve jer nanti,,moderate komen just untuk prevent spam jer.

    Reply
    • February 22, 2012 at 10:30 am
      Permalink

      owh bg hatiputera moderate utk elak spam..bg cik tom moderate spya x terlepas pndgn komen kawan2 atau pembaca..

      Reply
  • February 22, 2012 at 1:19 pm
    Permalink

    Ade pro dan kontra. Pronye, sah2 yg tukang komen tu nak baca komen mereka muncul dan kontranya pulak membuatkan tukang komen macam rase tak dihargai.

    Pada saye, saye akan lepaskan saje komen tp tetap jugak ‘blacklist’ ip2/ayat2 tertentu,nama2 tertentu yg dah biasa spam….hehehe

    Reply
  • February 23, 2012 at 4:58 pm
    Permalink

    saya terima apa jua jenis komen..
    sebab saya kan check stiap dua hari..hehe

    Reply
  • March 21, 2012 at 3:10 pm
    Permalink

    mestilah perlu ciktom..hehe kalu x, mmg takkan tau org bagi komen..and mudah bagi kita.. ^_^

    Reply
    • April 21, 2012 at 9:28 pm
      Permalink

      yup betul tue..wlpn ckin komen dh lama tp ciktom ttp dpt trace sbb moderate..hee

      Reply
  • May 22, 2016 at 3:18 am
    Permalink

    Bagi blog yang belum atau tak pernah kena komen-komen negatif lagi , empunya blog kental atau mata macam helang dapat cepat detect, ok le boleh terus publish komentar tu..bagi yang tak kuat atau fobia dapat komen negatif, moderate komen adalah alternatif terbaik untuk tapisan..Anyway kena try dua-dua, ambil experience baru pro macam cik tom..hehe
    Jom baca entri terkini Yourfabulousmama …Kurang Semangat Bekerja? Saya Ada Penyelesaian Untuk Tingkatkan Mood BerbisnesMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!