Kelebihan dan Rahsia Madu Acacia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Cik tom nak berkongsi sedikit info mengenai kelebihan dan rahsia madu acacia. Haa mesti ada yang pelik kan? Tak pernah dengar madu acacia? Mostly familiar dengan nama madu tualang, madu kelulut tapi kurang biasa dengar madu acacia. Sebenarnya madu acacia ialah madu terbaik di dunia dan menyamai dengan khasiat madu tualang dan madu kelulut.

Apa itu madu?

Madu adalah cairan manis yang dihisap lebah dari pelbagai jenis nektar bunga dan dimasukkan ke dalam perut lebah. Kemudian, ianya diproses oleh lebah menjadi madu melalui proses enzim yang menghasilkan pelbagai jenis gula yang disebut bahasa saintifiknya glucose dan fructose.

Proses ini memberi pelbagai jenis vitamin A, B, C termasuk folik asid. Madu juga mempunyai sifat antibiotik semula jadi , dan enzim katalase yang mampu mematikan bakteria , yang juga kaya dengan antioksidan.

Madu dan Lebah
Madu dan Lebah

Apa ada pada Madu?

Bagi masyarakat muslim , keyakinan pertama berkaitan madu adalah ianya mempunyai ubat bagi pelbagai jenis penyakit yang dialami oleh manusia.

”…..dari perutnya (lebah) itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia...” – surah lebah , ayat 67.

 

Dari Ibnu Abbas R.A. dari Rasulullah S.A.W. : ”Kesembuhan dari penyakit itu dengan melakukan tiga hal : berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu”. HR. Shahih Bukhari.

Kenapa Madu Acacia?

Madu acacia di ambil dari nama bersempena pokok Acacia a.k.a Akasia. Bunga pokok Acacia menjadi salah satu pokok kesukaan lebah dan madu yang diperolehi dari pokok ini yang dikenali sebagai Madu Acacia.

Madu Acacia ialah salah satu jenis madu yang terbaik di dunia kerana mempunyai nilai kelembutan yang sangat tinggi, berkhasiat serta madu paling ringan.

Pokok Acacia Kuning
Pokok Acacia Kuning

Kelebihan Madu Acacia

  • Berjaya digunakan sebagai ubat pelali untuk penyakit saraf, kencing manis dan formula bayi.
  • Tidak menyebabkan alergi/alahan.
  • Digunakan untuk merawat penyakit mata.
  • Madu Acacia mempunyai aktiviti antimikrob, digunakan sebagai tonik dan sedatif, serta ubat tidur, mengubati penyakit hempedu dan buah pinggang, dan penyakit-penyakit gastrousus (perut usus).
  • Madu Acacia terbaik untuk kanak-kanak kerana terdapat banyak vitamin A (karotena)

Adakah madu asli atau tidak asli?

Semua orang sedia maklum akan khasiat Madu sebagai raja segala penawar ini seperti yang disebut dalam Al-Quran. Namun, kita perlu berhati-hati kerana hampir 80% madu dipasaran ialah TIRUAN. Madu tiruan atau madu campuran boleh menjadi racun kepada manusia. Anda boleh rujuk artikel>> Beza madu asli dan tiruan.

Madu Acacia- Madu 100% Asli Tanpa Campuran
Madu Acacia- Madu 100% Asli Tanpa Campuran

So, masalahnya sekarang ialah kat mana nak dapatkan madu yg betul2 asli serta berkualiti tinggi? Jawapannya ada di Rahsia Madu Acacia.

Kepada kawan-kawan yang belum pernah mencuba Madu Acacia, inilah peluang untuk dapatkannya pada HARGA PALING MURAH!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

9 thoughts on “Kelebihan dan Rahsia Madu Acacia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE