Kenapa Kanak-kanak Suka Bertanya
Sudah menjadi lumrah kanak-kanak untuk bertanya. Kadang-kala pertanyaan mereka meleret-leret. Dari satu isu, dikupas sedalam-dalamnya. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Nampak remeh, namun pertanyaan kanak-kanak perlu dijawab dengan saksama. Silap menjawab, mungkin akan mengakibatkan kesan buruk terhadap kanak-kanak itu.
Soalan-soalan yang terlalu banyak ini akan ditanya berulang-ulang. Sehingga mereka puas dengan jawapannya.
Secara teorinya, kebanyakan ibubapa suka apabila anak rajin bertanya. Itu petanda minda mereka sedang aktif berfikir. Macam iklan Anmum. Namun secara praktikalnya, soalan-soalan ini kadang-kala sangat meletihkan dan juga membosankan. Silap haribulan, boleh mendatangkan perasaan marah terhadap anak.
Kanak-kanak penuh dengan naluri ingin tahu. Ini kerana kebanyakan perkara yang berlaku adalah baru kepada mereka. Bertanya adalah cara untuk memahami dan belajar perkara baru.
Ada anak yang bertanya kerana dia tidak tahu. Ada juga pertanyaan yang ditanya kerana anak ingin memanipulasikan jawapan ibubapa. Maka penerangan yang diberikan haruslah telus. Jawapan kita, akan diingat dan dipegang oleh minda kanak-kanak. Jangan menipu kerana mereka akan percaya.
Soalan dari seorang anak tidak akan pernah habis.
Kadang-kala, kita tiada masa untuk memberikan penerangan yang jelas. Kadang-kala, kita tiada ilmu untuk menerangkan persoalan yang diberikan. Jangan takut dan ego untuk mengaku yang kita tidak tahu. Sebaliknya, beritahu yang kita memerlukan sedikit masa untuk membuat kajian. Soalan anak akan dijawab di masa akan datang. Insya Allah anak akan faham.
Penerangan yang kita beri pula, kadang-kala terfikir yang ianya tidak sesuai dengan umur atau tahap pemikiran anak. Haaa… jangan underestimated pemikiran anak. Kekreatifan otak mereka berfikir, kadang-kala tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Kadang-kala, anak termotivasi dengan jawapan yang diberikan. Bukankah itu satu petanda yang baik?
Bersabar menghadapi pertanyaan anak. Jika persoalan mereka tidak dipedulikan, kemungkinan besar kita akan membunuh perasaan ingin tahu mereka. Kita juga yang rugi jika satu masa, anak tidak mahu berinteraksi dan meminta pandangan daripada ibubapanya. Pada masa itu, mungkin kita tiada pengaruh ke atas anak berbanding rakan-rakan sebaya yang sentiasa memberikan jawapan kepada persoalan anak-anak.
Artikel bagi “Slot Penulis Jemputan” kali ini ditulis oleh Ida Adyani atau lebih dikenali di dunia blogging dengan nama “Mama Adam”. Pemilik blog My Adam yang berniche parenting dan mula menulis blog semenjak Julai 2008. |
Sharing is caring
alamak, ciktom dah ada slot untuk penulis jemputan lah
Jom baca entri terkini Juan …Restaurant Qasar Hadramawt – Yemeni & Arabic Cuisine (Bandar Perda Penang)
Hehe..apa lagi bro?hantar la artikel 1..mana tahu cik tom terima..hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Amanah Dalam Kehidupan Seharian
kalau saya nak ciktom menulis diblog saya agak agak dia nak x
Jom baca entri terkini Juan …Restaurant Qasar Hadramawt – Yemeni & Arabic Cuisine (Bandar Perda Penang)
Hehe..yang tu kena tanya cik tom ler..mana tahu ada rezeki bro nak jadikan cik tom penulis jemputan..hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Glasses, Cat & Gift 2013 by Suri
tu la kadang-kadang tensen jugak nak menjawab satu-satu..
Jom baca entri terkini afif …Blog Popular Bukan Sekadar Tutorial
apa yang penting adalah kesabaran dan layan jugak walau xde mood. jangan tunjuk reaksi yang kita x selesa nak jawab. nnti anak2 akan mempunyai emosi terganggu dan respect kepada parent akan berkurangan… anak2 ni ujian dari Allah sebenarnya
Jom baca entri terkini Hanif Menhad …Selemah Iman adalah dengan memBENCI?
mmg tensen klu kita soal dia pandai je dia jwb pantas..kita klu nk jwb tipu mesti dia pertikaikan..
Jom baca entri terkini suri …37 CPC Campaigns Nuffnang 2013
mesti kena byk membaca klu kurnag kita diam silap2 kita bg jwpn tpi kt dia
Jom baca entri terkini suri …Ikan Masak Pedas
Suka sgt dgn kanak2 yg suka bertanya ni…best melayan mereka…
Memang benar, ianya menunjukkan kanak2 tersebut aktif berfikir dan dahagakan pengetahuan.
Jom baca entri terkini Bin Muhammad …Post #23 – Koleksi Keindahan Senibina Masjid
Emm betul dah tu..tapi bila silap beri jawapan naya la nk betulkan balik..hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Glasses, Cat & Gift 2013 by Suri
Kanak-kanak memang suka bertanya… naik letih saya menjawab pentanyaan anak-anak saya sepanjang masa.. Terima kasih di atas perkongsian info…
Jom baca entri terkini Anuar …Malaysia International Tourism Blogger Awards 2013
Memang betul…anak2 memang suka bertanya, kadang kala soalan yang sama ditanya berulang kali,….memang menimbulkan tekanan kepada ibu bapa tetapi kita seharusnya bijak menjawab segala pertanyaan mereka……
Jom baca entri terkini Mia …Red Tide (Laut Merah)
Emm ramai jer orang jadi penulis jemputan ekk sekarang ni..pondok kecil nak cari jugak lah..hahaha..emm kanak2 memang mcm ni kan?mcm anak saya juga..pot pet2 duk tanya..kadang2 bila lepas telefon, tanya lalu..siapa tu?tapi dalam bahasa kanak2 la..hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Amanah Dalam Kehidupan Seharian
biasa la ka kanak-kanak kan….cuma cara kita menjawab tu penting, bukan apa secara tdk lansung dpt mendidik mereka cara menjawab bila org lain tanya …..kui kui kui
Jom baca entri terkini WRizuan …Amalan Ketika Anak Sedang Tidur
Betul tu bro..jangan jawab merapu sudah..haha
Jom baca entri terkini Hafizul …Glasses, Cat & Gift 2013 by Suri
saya ada terbaca kalau kanak2 tanya bagus kita kasi jawapan spesifik walaupun complicated. dia tanya tak faham kita terangkan lagi. tengah cepat belajar kan.
Jom baca entri terkini Izwan …Panduan Mencari Tempat Latihan Industri atau Praktikal
betul dan kesabaran tu sangat penting…
Jom baca entri terkini Hanif Menhad …Selemah Iman adalah dengan memBENCI?
Betul tu.. kena byk bersabar dgn kerenah dan pertanyaan anak2… ada kemungkinan juga pertanyaannya untuk berkomunikasi dan bermesra dgn ibu bapanya…
Jom baca entri terkini Petua Puteri …Rasulullah s.a.w. Melarang Bercita-Cita Untuk Mati
Ooo mcm tu yer..baru sayah tahu..hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Glasses, Cat & Gift 2013 by Suri
terima kasih cik tom sebab sudi keluarkan entry ni =)
Jom baca entri terkini mama adam …Selaran Cahaya Matahari
sangat suka apabila anak-anak mula bertanya itu ini, bergitu bergini sampai kekadang buat-buat tak dengar kerna terlampau banyak tanya hehe
Jom baca entri terkini onlajer …Komen 10 Blogger Terbaik Malaysia
knk2 bru nk kenal dunia..byk benda yg nk di explore
Jom baca entri terkini akhil …[video] Letupan Meteor di Ruang Udara Russia
sebolehnya ibu bapa menjawab semua soalan anak secara berhikmah dan mengikut tahap umur anak masing2.
anak2 akan percaya setiap apa yang dikatakan oleh ibu bapa.
Jom baca entri terkini ciklaili.com …Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun
Betul tu..harap saya pun dapat jadi mcm yang dinyatakan ni..harap dipermudahkan segalanya..hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Glasses, Cat & Gift 2013 by Suri
Anak ni memang suka mendapatkan perhatian ibu dan bapa mereka. Kejap2 panggil nak itu nak ini. apa menda itu ini. Ibu bapa kena banyak bersabar
Jom baca entri terkini Qashmere …Ejen Perkhidmatan Bibik / Pembantu Rumah / Maid Di Perak & Semenanjung Malaysia
Kalau soalan pelik2 jenuh gk nk menjawabnya…huhu
Jom baca entri terkini Affieza …FAMILY VACATION KE BANDUNG (DAY 2)
jawab jer semua soklan dengan tenang kerana ianya merupakan satu pembelajaran komunikasi yang berkesan diantara ibu bapa dan anak-anak.
Jom baca entri terkini hatiputera …Android Application Untuk Blogger
bertanya adalah salah satu proses pembesaran kanak2
Jom baca entri terkini hairulafiz …Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs T-team
hero2 saya memang suka bertanya nak2 kalau berada dalam kereta..
Jom baca entri terkini hairulafiz …Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs Lion XII
haah btul la.. pening nak jawab. last last ckp. “diam sekejap bleh x?” ngahha ckp kat anak buah. <–kejam
Orang tua juga harus bijak dalam menjawab pertanyaan anak-anak kita pula.
Karena memang sifat kebanyakan kanak-kanak adalah ingin tahu akan segala hal
Jom baca entri terkini Blog Keperawatan …Adab Menyambut Kelahiran Anak
Otak kanak-kanak dalam proses membina ilmu ….(cTom…dalam proses…busy sikit)
Jom baca entri terkini Kak Mahh …Bukit Bendera ,Pulau Pinang
aah dak tecik ni suka sangat tanya..sama gak masa kita kecik..semua nak tahu..bagus
Jom baca entri terkini MaYa Maswany …HEY SI KAKI HUTANG!
wahh, dah ramai sekarang ada penulis jemputan! terbaik lahh.
biasalah tu, nama pun budak-budakk..
Jom baca entri terkini ohcikgu …Terima kasih kerana menyertai Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia
kanak2 memang banyak bertanya
pernah dalam satu penerbangan KL – KCH
seorang ayah tak henti2 menjawab segala macam soalan si anak, sampailah ke kuching
memang bagus si ayah tu
Jom baca entri terkini TehR …Dialog Tepi Tangga | Minta Nasihat Kawin Lagi
Anak2 mmg suka bertanya. nampak itu tanya itu, nampak ini tanya ini…dah tidur barulah tak tanya apa2..
mmg seronok layan smpai kadang2 kena mintak ruang utk kita pulak bercakap =)
kenapa? itulah anak2…sifat ingin tahu yg tinggi dan kita jgn sesekali hampakan mereka dan halang sifat ni…pupuk elok2..
terbaik entri ni! like!
Jom baca entri terkini hafizmd …3 Sebab Kenapa Jangan Download Themes Percuma!
ramai juga ibubapa yang kurang sabar dengan celoteh anak2… itu petanda respect dari anak2 akan berkurangan….
Jom baca entri terkini Hanif Menhad …Motivasi Diri – Mulakan dengan Baik (Rancang dan Laksana)
anak sy juga suka bertanya…kerana mahu belajar dan ingin tahu…dan kadangkala sengaja main2kan saya..tp patut d layan juga
Penat juga melayan pertanyaan anak-anak. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Rumah tradsional melayu di kampung Morten
well done MA… betul tu… kita sebagai ibu bapa kena selalu sabar dengan setiap pertanyaan anak2 kita… menjawab selagi berilmu…
Jom baca entri terkini Nora Karim …Perbezaan Antara Ilmu dan Harta
Oh ~ rupanya mama adam yang tulis.. kalau cik tom.. sangsi gak ni.. hehe..
Kanak2 punya perasaan ingin tahu yang kuat.. sebab tu kita kena memberitahu scara hikmah.. sbab.. ada pertanyaan yang akan membentuk peribadi kanak2.. bukan skadar apa yang ditanya.. apa jawapannya.. persekitaran atau keadaan kita memberi maklumbalas juga penting..
Jom baca entri terkini Aretikz …Syiling, Beras Dan Ikan Yang Hampir Busuk
Komen aku ni mcm ada anak pula dah.. uhuk2..
saya masih bujang.. tidak merokok.. sekian.. haha..
Jom baca entri terkini Aretikz …Syiling, Beras Dan Ikan Yang Hampir Busuk
kanak-kanak mmg kuat bertanya so kena la bagi respon dgn bijak tp kadang2 bikin tension gak, last2 tukar topik….hahahaaa
Jom baca entri terkini Syazrin Rayhan …Cara melajukan vpn – virtual private network
aaa dah ada slot penulis jemputan ni, hehe. Perkembangan yang bagus 😀
Jom baca entri terkini SM …Amar Asyraf Dah Bertunang
entry yg menarik..sesuai tuk ibu bapa segera macam eca.hahaha~
Jom baca entri terkini ecadwinkyasha …Wordless Wednesday #80
hehe yes,walaupun saya ni tak ada anak lagi.melayan kerenah anak buah saya pun dah menguji kesaboran saya yang penyabor ni…hehe..So kenela banyak bersabor
Jom baca entri terkini ReGreat …Apa saya beli dengan baucar buku…
memang penat nak menjawab soalan2 yang keluar dr mulut kanak2..kadang2 walaupun jawapan dan diberi sekalipun..soalan yg sama juga akan di ajukan..aduhaii..
chii selalu kena..lagi2 kalau tengok ultraman ngn si kecik..sampai satu tahap..chii tanya balik soalan yang diberikan..nahhh..dia da ada jawapan yg tersendiri..eheh
Jom baca entri terkini chii …Wordless Wednesday #29 – Wonderpets For Sale :p
Bertanya tak sesat jalan.. tapi kalau kanak-kanak banyak sangat bertanya letih juga.. mungkin mereka perlukan perhatian
Jom baca entri terkini HafizAmri …Pengertian Dan Cara Mengambil Wuduk
Every child is an artist. The problem is how to remain an artist once we grow up, bak kata Picasso. Pemikiran diorang memang kreatif 😀
Jom baca entri terkini khairil …Pecah Otak! Satu-Satunya Haiwan Yang Mampu Hidup Kekal Abadi
Bertanya sebab ingin tahu, nak kenal macam2 🙂
Jom baca entri terkini E-sihat.com …Pilihan sarapan pagi berkhasiat bagi anak anda
Memang suka kalau anak2 tanya itu ini..
Jom baca entri terkini iOS Gear …Volkswagen ‘iBeetle’ Dengan Integrasi iPhone
Oh thanks for sharing.. info yang sangat berguna.. lagi2 gua yang beranak kembar ini… bertubi-tubi soalan…
Jom baca entri terkini halif saat …WordLess Wednesday : Strategik Pemasaran Tanpa Had