Kenapa Kanak-kanak Suka Bertanya

Sudah menjadi lumrah kanak-kanak untuk bertanya. Kadang-kala pertanyaan mereka meleret-leret. Dari satu isu, dikupas sedalam-dalamnya. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Nampak remeh, namun pertanyaan kanak-kanak perlu dijawab dengan saksama. Silap menjawab, mungkin akan mengakibatkan kesan buruk terhadap kanak-kanak itu.

Soalan-soalan yang terlalu banyak ini akan ditanya berulang-ulang. Sehingga mereka puas dengan jawapannya.

Secara teorinya, kebanyakan ibubapa suka apabila anak rajin bertanya. Itu petanda minda mereka sedang aktif berfikir. Macam iklan Anmum. Namun secara praktikalnya, soalan-soalan ini kadang-kala sangat meletihkan dan juga membosankan. Silap haribulan, boleh mendatangkan perasaan marah terhadap anak.

Kanak-kanak penuh dengan naluri ingin tahu. Ini kerana kebanyakan perkara yang berlaku adalah baru kepada mereka. Bertanya adalah cara untuk memahami dan belajar perkara baru.

 

Ada anak yang bertanya kerana dia tidak tahu. Ada juga pertanyaan yang ditanya kerana anak ingin memanipulasikan jawapan ibubapa. Maka penerangan yang diberikan haruslah telus. Jawapan kita, akan diingat dan dipegang oleh minda kanak-kanak. Jangan menipu kerana mereka akan percaya.

Soalan dari seorang anak tidak akan pernah habis.

Kadang-kala, kita tiada masa untuk memberikan penerangan yang jelas. Kadang-kala, kita tiada ilmu untuk menerangkan persoalan yang diberikan. Jangan takut dan ego untuk mengaku yang kita tidak tahu. Sebaliknya, beritahu yang kita memerlukan sedikit masa untuk membuat kajian. Soalan anak akan dijawab di masa akan datang. Insya Allah anak akan faham.

Penerangan yang kita beri pula, kadang-kala terfikir yang ianya tidak sesuai dengan umur atau tahap pemikiran anak. Haaa… jangan underestimated pemikiran anak. Kekreatifan otak mereka berfikir, kadang-kala tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Kadang-kala, anak termotivasi dengan jawapan yang diberikan. Bukankah itu satu petanda yang baik?

Bersabar menghadapi pertanyaan anak. Jika persoalan mereka tidak dipedulikan, kemungkinan besar kita akan membunuh perasaan ingin tahu mereka. Kita juga yang rugi jika satu masa, anak tidak mahu berinteraksi dan meminta pandangan daripada ibubapanya. Pada masa itu, mungkin kita tiada pengaruh ke atas anak berbanding rakan-rakan sebaya yang sentiasa memberikan jawapan kepada persoalan anak-anak.

Artikel bagi “Slot Penulis Jemputan” kali ini ditulis oleh Ida Adyani atau lebih dikenali di dunia blogging dengan nama “Mama Adam”. Pemilik blog My Adam yang berniche parenting dan mula menulis blog semenjak Julai 2008.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

53 thoughts on “Kenapa Kanak-kanak Suka Bertanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!