Kenapa Kita Kena Jimat Guna Elektrik??

Agak-agak korang kenapa kita kena jimat elektrik ek??

Pernah tak korang ada habit tertidur tapi laptop atau TV still on sampai ke pagi? Tue ada yang senyum-senyum baca ni selalu buat camtu kan?.. hehe..

Tenaga Elektrik
Tenaga Elektrik | Sumber: Catherine Warrier

Elektrik yang korang biar tanpa digunakan tue satu pembaziran tau! Rugi… Rugi… Korang ingat mudah ke nak hasilkan tenaga elektrik. Cuba tengok contoh kat sistem janakuasa elektrik di Paka, Terengganu.

Proses untuk hasilkan elektrik dari arang batu
Proses untuk hasilkan elektrik dari arang batu | Sumber: Coal electricity
  1. Mula-mula kena korek dulu dapatkan bahan api fosil kat pelantar tengah laut.
  2. Kemudian bahan api fosil tersebut dibakar dengan suhu yang tinggi untuk menghasilkan tenaga elektrik.
  3. Hasil pembakaran bahan api fosil tu keluarkan banyak karbon dioksida.
  4. Karbon yang terhasil tu yang menjadi punca utama pemanasan global.
Loji Janakuasa di Paka Terengganu
Pembakaran api fosil di Loji Janakuasa di Paka Terengganu | Sumber: Terengganu

Pastu bahan api fosil ni terjadi hasil dari pemendapan fosil dari tulang reput zaman dinasor berjuta-juta tahun dulu lagi. Sumber api fosil ni ialah sumber tenaga asli yang bakal habis satu hari nanti dan tidak boleh diulang guna. Nak hasilkan lagi sumber fosil ni?? Alamaknya kena tunggu berjuta tahun lagi la gayanya.

Oleh sebab tue, kita semua kena belajar jimatkan elektrik. Bukan sebab naik RE Fund baru duk kalut nak save energy.

Kalau nak diikutkan semenjak dari tahun 2011 lagi pihak kerajaan telah melaksanakan Program SAVE yang berfungsi untuk mempromosi dan mencipta sebuah budaya penggunaan cekap tenaga dikalangan orang ramai, entiti perniagaan dengan tujuan untuk penjimatan kos dan tenaga.

Dari sinilah jadi pemangkin tertubuhnya SEDA Malaysia yang berfungsi untuk mengalakkan dan melaksanakan  dasar negara bagi tenaga boleh baharu (TBB). Sumber TBB ini dibangunkan untuk menggelakkan Malaysia terlalu bergantung pada sumber tenaga fosil.

Jom baca: Apa itu Tenaga Boleh Baharu (TBB)?

Untuk menggalakan lebih banyak kapasiti elektrik dihasilkan sejajar dengan kepadatan penduduk Malaysia. Surcaj RE Fund juga dinaikkan bermula 2014 dari 1% ke 1.6%. Sumbangan sebanyak 1.6% dicaj dari bayaran bil elektrik korang itu akan disumbangkan kepada Pemaju Renewable Energy (RE) yang bersusah payah membekalkan elektrik tambahan bagi menampung tenaga elektrik setiap bulan.

Ok bawah ni infografik tip nak jimatkan penggunaan elektrik dari TNB. Mudah je kan? Yang tinggal rajin atau malas je nak buat. Huhu…

Jom Follow Cara Bijak Jimat Tenaga Elektrik
Jom Follow Cara Bijak Jimat Tenaga Elektrik | Sumber: TNB Careline

Cara Bijak Jimat Tenaga Elektrik

Tips Jimat Elektrik 1: Cabutkan plug peralatan elektrik untuk menjimatkan tenaga dan wang korang.

Tips Jimat Elektrik 2: Sila basuh baju tu dengan muatan penuh supaya dapat jimatkan tenaga dan masa. Muatan penuh je bukan muatan terlebih penuh pulakk.. huhu..

Tips Jimat Elektrik 3: Bersihkan penapis penyaman udara untuk lebih jimat dan lebih sejuk.

Tips Jimat Elektrik 4: Jimat tenaga dengan memastikan tingkap dan pintu ditutup rapat ketika penyaman udara berfungsi.

Tips Jimat Elektrik 5: Berjimat dengan menggunakan mentol jimat tenaga.

Jom amalkan cara berjimat elektrik jika korang sayangkan bumi Malaysia. Ini untuk kepentingan generasi cucu cicit korang jugak. Kalau tak sayang boleh pindah planet lain. Hehe…

Sumber rujukan: SEDA Malaysia, Function of SEDA MalaysiaTNB Official Website, Facebook TNB Careline.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

13 thoughts on “Kenapa Kita Kena Jimat Guna Elektrik??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE