Kenapa Korang Perlu Sertai Kelas Vokal Untuk Jadi Penyanyi?

Kenapa Korang Perlu Sertai Kelas Vokal Untuk Jadi Penyanyi? | Assalamualaikum dan salam sayang.. Baru-baru ini ciktom terbaca satu artikel pasal seorang artis masuk kelas vokal. Ciktom pun tertanya-tanya kenapa penyanyi yang dah established pun nak masuk kelas vokal. Dieorang kan penyanyi yang orang dah kenal. Lagu dan suara pun sedap-sedap. Kenapa nak masuk kelas vokal lagi? Pelik kan.

Kenapa Korang Perlu Sertai Kelas Vokal Untuk Jadi Penyanyi?

Kalau kita – kita yang baru nak start menyanyi, logik juga nak masuk kelas vokal. Rupa-rupanya ada sebab kenapa penyanyi-penyanyi ini masuk kelas vokal. Korang yang berminat nak jadi penyanyi pun lagi lah kena masuk kelas vokal. Nak tahu sebab apa?

Kenapa Korang Perlu Sertai Kelas Vokal Untuk Jadi Penyanyi?

Perlu ke nak masuk kelas vokal? Kalau nyanyi je macam biasa tak boleh jadi penyanyi? Ciktom nak kongsikan kenapa korang perlu masuk kelas vokal.

1. Serlahkan Bakat Menyanyi

Percaya tak kalau ciktom kata kita semua boleh menyanyi? Cuba korang nyanyi lagu favourite korang. Rasa sedap je kan? Betul tak? Kalau ikut kan, sebenarnya ada tiga jenis kategori penyanyi iaitu:

Kurang Bakat

Penyanyi yang kurang bakat jenis “tone deaf”. Maksudnya dia tak dapat nak tangkap nada. Kalau orang nyanyi dekat A, dia nyanyi nada G. Kiranya kalau dia nyanyi akan jadi “off key”. Jenis penyanyi “tone deaf” ni memang kena belajar vokal dari basic.

Sederhana

Yang kita kita ini lah dikira sebagai sederhana. Jenis yang suka menyanyi dekat karaoke, Smule atau bilik air. Kita nyanyi saja rasa sedap. Orang sekeliling kita pun kata kita nyanyi sedap. Tapi kalau pergi masuk pertandingan menyanyi tak pernah nak menang. Sebabnya bab teknikal kita semua fail.

Berbakat

Untung sesiapa yang dilahirkan memang semulajadi berbakat dalam menyanyi. Tak pernah masuk kelas vokal tapi menyanyi dah sedap. Kebiasaanya orang macam ni, bila menyanyi, nota yang dia nyanyi kurang tepat je. Contoh kalau lagu tu kena hit nota A, dia hit nota A# (tinggi sedikit daripada sepatutnya).

Masalah macam ni biasanya orang tak nampak sangat. Tapi kalau masuk kelas vokal, sound engineer boleh perasan. Jadi kalau orang yang berbakat masuk kelas, habis kelas nanti dia boleh nyanyi dengan lebih sedap. Kalau masuk kelas, guru vokal akan polish sampai dapat perfect pitch.

2. Belajar Teknik Menyanyi Dengan Betul

Eh, menyanyi pun ada teknik jugak ke? Ha, jangan tak tahu. Nak menyanyi, memang semua orang boleh menyanyi. Tapi kalau nak menyanyi dengan sedap orang dengar, kena ikut teknik yang betul.

Ada tiga perkara paling asas dalam menyanyi yang kita kena tahu iaitu pitching, tempo dan pernafasan. Yang merupakan masalah yang selalu ada pada penyanyi. Oleh sebab itu penting untuk mempelajari ini semua dari pakar.

Pitching

Kalau tengok program-program nyanyian dekat TV mesti kita akan dengar juri sebut pasal pitching. Pitching lari la, pitching ke laut la, pitching terkucil la. Pitching ini merujuk kepada nada yang kita dengar apabila seseorang tengah menyanyi.

Pitching ni lah yang akan menentukan lagu yang dinyanyikan itu sedap atau sumbang. Kalau nak jadi seorang penyanyi yang hebat, kita kena tahu cara yang betul untuk melontarkan suara mengikut nada yang tepat.

Tempo

Tempo akan menentukan ketepatan kelajuan sesuatu lagu. Semua lagu ada tempo atau timing yang tersendiri. Kita kena kekalkan tempo asal lagu supaya kita boleh menyanyi dengan baik dan lirik pun perlu kena dengan irama lagu.

Biasanya masalah yang terjadi apabila penyanyi menyanyi terlalu laju dan tidak selari dengan muzik. Orang kata, lirik tidak masuk dengan irama. Tempo juga lah yang akan menentukan groove sesebuah lagu. Ia akan membuatkan kita sampai angguk-angguk kan kepala dan gerak-gerakkan kaki bila mendengar sesebuah lagu.

Pernafasan

Pernafasan adalah elemen yang paling penting untuk menjadikan nyanyian kita sedap dan merdu. Kebanyakan orang masa menyanyi, diaorang tak tarik nafas dengan betul. Banyak nota tak boleh dikekalkan sebab tak cukup nafas.

Teknik pernafasan merupakan benda pertama yang akan diajar dalam kelas oleh kebanyakan guru vokal. Kalau faham dan mahir dengan teknik pernafasan yang betul, kita boleh kawal suara dengan betul dalam nyanyian.

Macam mana nak lontarkan suara dengan pitching yang betul? Macam mana nak kenal tempo dengan baik? Macam mana nak tarik nafas dengan betul masa menyanyi? Kalau nak tahu semua ini, korang boleh belajar dekat Klinik Vokal yang dianjurkan oleh Violet Classic Production.

Kelas Vokal Violet Classic Production

Maklumat tentang Kelas Vokal Violet Classic Production:

5 Sesi (1 Sesi 1 Jam)
Lokasi : Semenyih
Masa : Flexible (Boleh bincang )
Format Kelas : 1 to 1 (Secara Individu)
Harga : RM499
Daftar sekarang dapat bonus : 1 Sesi Recording

Menarik kan? Dengan satu harga yang agak murah, korang boleh dapat 5 kali personal kelas one to one dengan jurulatih vokal yang berpengalaman.

Jurulatif Vokal Yang Berpengalaman

Jurulatih vokal yang akan ajar korang dekat kelas one to one ni nanti adalah seorang Sound Engineer iaitu Aidil Azhar.

Aidil Azhar ini merupakan producer di Violet Classic Production, drummer kepada band Gotodiwa, berpengalaman menjadi juru audio di pelbagai event, menjadi event organizer, terlibat sebagai sessionist dan sound engineer di recording studio, selalu buat persembahan di macam-macam event. Eh banyaklah pengalamannya.

jurulatih vokal berbakat
Coach Aidil Azhar

Bila tengok list pengalaman jurulatih vokal ni, dah boleh nampak yang korang akan dapat belajar banyak dekat sini kan.

Tak puas hati lagi? Ha meh ciktom nak share lagi. Coach Aidil Azhar sangat mahir dalam bermain gitar, drum dan piano. Coach juga pernah menjadi juri pertandingan nyanyian bersama-sama dengan Ronnie Hussein dari kumpulan Hyper Act.

 juri pertandingan nyanyian bersama-sama dengan Ronnie Hussein(Hyper Act)
Juri pertandingan nyanyian bersama-sama dengan Ronnie Hussein(Hyper Act)

Dan sekarang Coach Aidil Azhar dah ada recording company sendiri. Kalau masuk kelas dengan coach, korang bukan setakat belajar vokal saja. Mana tahu kalau dah rezeki korang dan coach minat dengan suara korang, terus dapat offer record single sendiri. Peluang yang baik ni!

Lagi best kalau daftar sekarang, korang akan dapat satu sesi recording secara percuma. Biasanya kalau nak rakam vokal, korang akan dicas dengan harga yang berbeza. Tapi kali ini korang akan dapat satu sesi percuma. Berbaloi sangat.

Perbezaan rakam di studio dengan rakam suara sendiri

Korang boleh tengok video dekat bawah ni kalau nak tahu beza record di studio dengan kita rakam suara sendiri. Jauh sangat bezanya.

Ujibakat Menjadi Penyanyi

Ciktom tahu ada ramai antara korang yang berminat dan berbakat untuk menjadi penyanyi serta penghibur. Tapi tak tahu nak mula dari mana, betul tak?

Ciktom nak kongsikan dengan korang yang berminat untuk mejadi seorang penghibur negara. Korang boleh cuba ujibakat yang di buat oleh Violet Classic Production.

Caranya mudah saja. Korang cuma perlu hantar kan video cover lagu yang paling best. Pasti kan video tu ada sound yang clear, pakai pakaian yang smart sikit dan tunjuk kan penghayatan lagu korang dalam video itu.

Tiada cas pun yang dikenakan untuk korang hantar video ujibakat ni. Lagu pun bebas. Korang boleh pilih apa apa lagu yang rasa sesuai dengan suara korang. Cuma pasti kan korang praktis nyanyi sesedap mungkin sebelum hantar video.

Untuk korang yang berminat nak belajar vokal, ciktom cadangkan kan korang cuba belajar di Violet Classic Production. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari:

Web: http://violetclassicproduction.com/
Instagram: @violetclassicproduction
Facebook Pages: https://www.facebook.com/VioletClassicProduction/
Whatsapp: http://www.wasap.my/601159247757/klinik-vokal

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

4 thoughts on “Kenapa Korang Perlu Sertai Kelas Vokal Untuk Jadi Penyanyi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE