KFC Holiday Bucket bersama keluarga tersayang

Assalamualaikum dan salam sayang… Pada beberapa hari yang lepas, ayah cik tom mengidam nak makan KFC dan call masa cik tom keluar ke bandar Marang untuk uruskan buku bank adik yang dah bertahun tak dikemaskini. Ayah cik tom ni terliur kot asyik tengok iklan KFC keluar je waktu menonton TV tue. Terpengaruh sampai pesan belikan KFC yang bucket 9 ketul ayam dengan yang ada udang tue ye. Yang harga RM49.90. Cik tom pun pe lagi orite bos nanti before balik singgah KFC belikan.

KFC Holiday Bucket
KFC Holiday Bucket

Lepas je siap urusan di BSN, cik tom pun bergerak ke KFC yang hanya selang beberapa buah je dari BSN tu. Waktu cik tom pergi ni pukul 12.30 dan hanya ada 3 customer je termasuk cik tom. Cashier tu bagitau air teh lipton yang botol dah habis jadi dia gantikan dengan 2 bekas air yang besar. Cik tom pun on je la.

Dah dapat kepci bucket nya ciktom terus bergegas balik ke rumah. Tapi sedikit kecewa bila check KFC Holiday Bucket tue tak disertakan dengan udang salut potato tue. Adoii dah balik baru sedar. Cik tom terus amik hp dan call nombor yang tertera pada resit KFC tue. Alhamdulillah manager KFC ni bagi respon yang baik dan minta maaf. Diorang tak dapat nak hantar, kalau arae bandar tue boleh la dan dia minta cik tom datang amik.

KFC Holiday Bucket bersama keluarga tersayang
Ayah tanya kenapa tak sama pun dalam iklan? Takde bucket pun.. haha

Nasib baik la petangnya memang cik tom nak ke sana lagi urusan lain pulak. Boleh la sekali lalu nak ke KFC. Kalau tak memang malas nak pergi semata2 nak ambil udang 5 ketul tu je. huhu.

Rasa ayam KFC spicy macam biasa la memang sedap. Keluarga cik tom memang suka makan fast food KFC berbanding yang lain. Biasalah tekak mak ayah tak boleh terima pizza burger mcD semua tu. huhu..

KFC Holiday Bucket bersama keluarga tersayang
KFC Holiday Bucket bersama keluarga tersayang

Cuma cik tom ada rasa seketul yang original masin sangat. Terlupa letak garam 2 kali kot. hehe.. Cik tom makan ayam dengan cheezy tu memang sedap! Tapi tengah mood diet atkins seminggu so makan pun control dan buang tepung rangup tue. Cik tom makan isi ayamnya je. sadis. hehe…

Yang udang bersalut kentang tu pulak memang best! Rasa udangnya manis dan fresh. Saiz udangnya pun besar. Rasa tak cukup pulak 5 ketul je. haha..

Udang bersalut kentang comel dan sedap!
Udang bersalut kentang comel dan sedap!

Bawak balik je udang ni ayah tanya lagi, aik udang 5 ketul je? Dah la silap tak bagi, kita kena call dan datang ambil sendiri. Takde bagi lebih sebagai gantirugi ke? haha.. Cik tom rasa tak kisah sangat pasal ni sebab manusia biasa la ada buat silap kan. Lagipun manager dan cashier dua2 humble minta maaf waktu cik tom amik tu. Jadi tak nak panjang cerita asal semua okay kan. hehe…

Sebenarnya KFC ni biasa je tapi jadi bertambah sedap bila makan bersama keluarga tersayang dan berkongsi keceriaan. Makanan yang simple pun jadi lazat dan berselera je makan.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

22 thoughts on “KFC Holiday Bucket bersama keluarga tersayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!