Kini eQurban dalam Proses Menaiktaraf Sistem Pengurusan Website

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Rentetan entry review cik tom mengenai sijil dan servis eQurban sebelum ini di artikel; Sijil Perakuan Korban 2012 dari eQurban. Pihak admin eQurban telah datang ke blog cik tom dan memberi komen. Alhamdulillah pihak eQurban telah memberi maklumbalas bahawa kini mereka dalam proses menaiktarafkan sistem pengurusan website eQurban. Kita doakan semuanya berjalan dengan sebaiknya.

InsyaAllah nanti time musim haji @ Raya Aidiladha tahun ini bolehlah kita sama-sama menjalankan ibadah korban bersama pihak eQurban. Cik tom memang merancang untuk buat tempahan korban kali ke 2 dengan pihak eQurban. Marilah kita buat ibadah korban di sana kerana umat Islam di Kemboja lebih memerlukan bantuan kita semua sebagai saudara sesama Islam di muka bumi Allah ini.

Komen admin eQurban

Equrban on  said: Assalam.. terimakasih atas komen di atas, Pertama kami mohon maaf atas kesilapan yang berlaku dan sekarang pihak kami dalam proses menaiktaraf sistem pengurusan website kami( wujudkan sistem e-cert dan e-receipt ), Berkenaan pelaksanaan majlis, pelanggan boleh melayari web kami untuk melihat sendiri perjalanan majlis kerana setiap kali pelaksanaan , aktiviti2 berkaitan akan diupload ke laman facebook kami..Harap maklum dan terimakasih atas sokongan semua..Wassalam

Kita doakan segala usaha murni pihak eQurban untuk membantu umat Islam di Kemboja akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Bersama-samalah kita menyokong dengan menghulurkan bantuan korban kepada umat Islam Kemboja.

Pada yang blur tak tahu apa itu eQurban? eQurban ini ialah sebuah syarikat EQURBAN RESOURCES SDN. BHD dengan usahama Koperasi Muslim Kemboja yang menyediakan Program Korban dan Aqiqah di Kemboja dengan kos yang sangat berpatutan bagi memudahkan umat Islam menunaikan ibadah korban atau akikah. Di samping dengan niat untuk membantu saudara Islam yang tidak berkemampuan.

Perasmian Sekolah Diya Uddin, Battambang, Cambodia

Gambar di atas ialah sijil penghargaan atas bantuan pihak eQurban dan Al-Ansar dalam usaha mengumpul dana jariah untuk membina sekolah umat Islam di Kemboja. Perjalanan Team eQurban ke Kemboja pada 15 Mei 2013 dengan tujuan untuk merasmikan Sekolah Diya Uddin, Battambang, Kemboja telah mencapai misinya. Kisah lanjut oleh tengok kat SINI atau SINI.

Senarai harga ialah seperti berikut;

1 Bahagian Lembu – RM250 / 85 USD (International)
1 Ekor Lembu – RM1750 / 595 USD (International)
1 Ekor Kambing – RM550 / 190 USD (International)

Lembu-lembu ini diternak sendiri di ladang eQurban di Stungstreng, Kemboja dengan usahasama Koperasi Muslim Kemboja. Tempahan untuk akikah boleh dibuat secara online sepanjang tahun manakala tarikh tutup  tempahan ibadah korban ialah 7 hari sebelum bermulanya Hari Raya Aidiladha @ musim haji.

Cara-cara mudah untuk membuat pesanan Korban atau Akikah secara online :

  1. Lawati website >>eQurban.
  2. Klik “Tempahan”.
  3. Pilih “jumlah bahagian” yang kita ingin laksanakan.
  4. Buat bayaran samaada secara online banking atau secara manual di kaunter bank/ mesin deposit bank.
  5. Selepas selesai membuat bayaran masuk kembali ke link menu “Tempahan” dan klik “Borang Pengesahan Pembayaran”.
  6. Isikan maklumat di dalam “Borang Pengesahan Pembayaran” seperti Nama, Email, No. Telefon, Bukti Transaksi Bayaran serta Nama Peserta Korban/Aqiqah.
Sila klik banner dibawah untuk membuat tempahan atau maklumat lanjut klik >>Website eQurban<<.

Program korban dan aqiqah secara online di Kemboja ini terbuka kepada semua umat Islam di Malaysia, Brunei, Thailand, Indonesia, Singapura, Thailand dan seluruh dunia. Semoga amalan ini mendapat pahala, keberkatan dan ganjaran hebat dari ALLAH SWT. Ingatlah bahawa Rezeki Elok Di Kongsi Bersama dan akan bertambah lagi keberkatannya. InsyaAllah….

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

30 thoughts on “Kini eQurban dalam Proses Menaiktaraf Sistem Pengurusan Website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!