Kisah Inspirasi OKU Berjaya Dalam Bisnes | Pengasas JamuMall
Assalamualaikum dan salam sayang.. Bersempena Hari Perkerja 1 Mei 2019, ciktom nak kongsikan satu kisah inspirasi di blog ciktom sebagai pencetus semangat pada diri ciktom dan juga korang semua. Kisah Khairul Nizam ni memang dah viral di facebook hasil dari satu video perkongsian beliau di facebook Khairul Nizam.
Buat pada korang yang mungkin belum mengenali dan tertanya-tanya siapa pulak Khairul Nizam ni? Khairul Nizam lebih dikenali sebagai Nizam 3 jari kerana beliau berstatus OKU dan hanya mampu mengerakkan 3 jari sahaja. Anggota badan Nizam yang lain lumpuh dan perlukan bantuan orang lain untuk bantu mngguruskannya.
Tapi segala kekurangan fizikal diri Nizam langsung tidak menjejaskan semangat kental Nizam untuk turut berjaya seperti orang lain yang normal. Ciktom kali pertama mengenali nama Nizam ni waktu Nizam mengeluarkan perfume Dewamo. Ciktom memang kagum dengan kesungguhan Nizam dalam berbisnes sehingga tertubuhnya portal JamuMall iaitu Portal Jamu No.1 di Malaysia.
Jamumall banyak membantu usahawan bumiputera yang lain dalam perniagaan.
Ciktom rasa pelbagai perasaan berbaur bila tengok video dari Nizam ni.. ada rasa sentap.. ada sedih.. rasa bersemangat.. Rasa ciktom mampu buat memacam.. Jom korang layan kisah inspirasi dari Nizam pengasas JamuMall.
Kisah Inspirasi OKU Berjaya Dalam Bisnes | Pengasas JamuMall
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun tahun! Ada ketika aku rasa sangat terkesan bila ada ketika bila aku haus, lapar, penat, tak ada orang di sisi tapi takkan aku nak mengharapkan mati? Allah beri aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang nak aku buat.
Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang di luar. Kalaulah aku diberi tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain.
Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yang cepat giveup bile ada cabaran!
Ramai cuba memilih untuk kerja senang, tak nak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup berhenti kerja dan menganggur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah. Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu. Aku sedih! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka.
Jadi aku bangkit! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia-siakan. Aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain. Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan. Senyuman ramai orang-orang di sekeliling aku.
Kini aku sedar untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan improve diri, dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang.
Dan semua value yg ada dalam diri aku. Akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat dan berjaya !
Akhir kata … kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling. Anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi. Kite je mampu ubah diri kita!!
Nak kenal lebih dekat dan baca lagi banyak kisah inspirasi? Jom korang follow Khairul Nizam:
Facebook: https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/ Facebook Pages: https://www.facebook.com/Jamumallcom/ Instagram: https://www.instagram.com/hyekhairul/ Website https://jamumall.com/
Sharing is caring
Gembira tengok OKU yang berjaya, rasa semangat. Rasa termotivasi dengan mereka.
Dulu nak buat sales, nak cari pelanggan yang betul pun tak mampu. STUCK dalam bisnes sampai Pn. Carmelita terpaksa cari jalan nak hilangkan STUCK, nak hilang stress yang sangat mengganggu hidup.. Berkat usaha yang konsisten dan tak kenal erti kalah, akhirnya berjaya jadikan brand Carmelita ke tahap yang premium dan esklusif dibawah bimbingan Tn. Najib Asaddok. Sales bisnes Pn. Carmelita yang hanya sekitar RM30,000 berubah menjadi RM327,000.00 setakat bulan September 2018 sahaja dan konsisten maintain dari awal tahun ..
Kagum dengan pencapaian beliau dalam perniagaan… Boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada kita yang sempurna anggota badan..
Jom baca entri terkini Anuar …Syukur Alhamdulillah…. Dapat Bonus Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2019
Kisah khairul Nizam amat memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana..
Nilai nilai kejayaan yang ada dalam diri sangat hebat untuk diteladanni kita semua..
Terbaik la jamumall
Jom baca entri terkini mrhanafi …Iftar Boleh Jimat Mengapa Boleh Boros
Moga Allah tambahkan semangat beliau, dan beri berkat atas usahanya.
Tapi tadi jenguk site Jamumall. Macam ada sikit produk kat situ, dan site pun macam belum function sepenuhnya. Ada masalah ke sekarang?
Jom baca entri terkini Suri …Here’s The List of Zoos With Pandas In The World + The Price to See Them Outside China
Thanks for sharing…Salam perkenalan.. Sungguh inspirasi melihat perkongsian ini. Kita kene sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Insyallah jalan mencari rezeki sama ada bisnes online atau online bakal membuahkan hasil jika berusaha .
Jom baca entri terkini Mohd Rawi …5 Kelebihan Memulakan Perniagaan Online di Shopee