Kisah Inspirasi Wanita ‘ANAK DERHAKA! ADA HATI NAK JADI KAYA’

Kisah Inspirasi Wanita ‘ANAK DERHAKA! ADA HATI NAK JADI KAYA’ | Assalamualaikum dan salam sayang semua… Ciktom rasa terpanggil untuk kongsikan satu kisah inspirasi wanita yang berjaya iaitu Puan Jue. Ciktom sangat kagum dengan ketabahan dan kejayaan yang Puan Jue kecapi dalam dunia perniagaan. Bukan mudah nak bahagikan masa antara keluarga dan juga perniagaan. Ciktom sendiri dah rasakan dan masih struggle nak bertatih. Sebenarnya dalam apa jua yang kita lakukan yang penting ialah mendapat keredhaan dari insan yang tersayang. Jom baca kisah inspirasi Puan Jue sesama okay.

Kisah Inspirasi Wanita ‘ANAK DERHAKA! ADA HATI NAK JADI KAYA’
Puan Jue Pengasas Produk Seri Lady

Kisah Inspirasi Wanita ‘ANAK DERHAKA! ADA HATI NAK JADI KAYA’

Puan Jue atau lebih mesra dengan panggilan Ummy Ju berusia 39 tahun telah berkongsi tentang pahit manis kisah kehidupan beliau sebagai pembakar semangat korang semua. Sedikit ringkasan mukadimah dari beliau:

Aku membesar dengan melihat kesengsaraan, kepayahan, ketabahan serta kesabaran hidup seorang ummi dalam mencari rezeki untuk membesarkan kami adik beradik.
Dalam keadaan yang payah ini lah aku membesar dan belajar banyak tentang erti INGIN BERUSAHA demi untuk mengubah kehidupan family aku terutama ummi. Aku tak nak tengok ummi berterusan bersusah payah membesarkan kami. Ummi membesarkan kami hanya dengan berniaga kantin kilang. Tak senang nak jadi senang. Sebab tu dari zaman sekolah lagi aku dah mula bekerja part time untuk bantu ummi dan adik beradik.

Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dan kasih sayang seorang anak. Melihat segala keperihan ibunya dalam membesarkan Puan Jue dan adik beradik , membuatkan beliau nekad untuk membahagiakan ibunya, Puan Sharifah Rauzah Syed Tamrin, 68 tahun.
Menjadikan ibunya sebagai idola

Puan Jue sentiasa menjadikan ibunya sebagai idola dan sumber inspirasi  di dalam kehidupan mahupun perniagaan. Malahan Puan Jue meletakkan ibunya dihadapan paling utama di dalam apa jua perkara yang beliau lakukan.

Pada tahun 2017, Puan Jue nekad untuk menghasilkan produknya sendiri iaitu SERI LADY

Ini semua terjadi dari rentetan peristiwa beliau “bengang” mempunyai susuk tubuh yang boleh dikatakan agak berisi, dan terus menjadi pembakar semangat untuk meneruskan perniagaan walaupun banyak dugaan yang harus ditempuhi.

Puan Jue dan Seri Lady

Tulang Belakang Kejayaan Seri Lady

Berkat kesabaran dan tidak melupakan sumber inspirasi ibunya, terus menjalankan peniagaan Seri Lady sehingga kini, malah telah mempunyai seramai 70 agen jualan yang berkualiti serata Malaysia, Singapura, Indonesia dan juga Brunei.
Bersama tulang belakang Seri Lady
Walaupun dah berjaya, Puan Jue tak pernah lupakan usaha keras ejen-ejen di bawahnya kerana bagi beliau ejen-ejen tersebut merupakan tulang belakang SERI LADY.
Bersama tulang belakang Seri Lady

Puan Jue Sumber Inspirasi Ejen Jualan Seri Lady

Malah ejen jualan SERI LADY menjadikan Puan Jue sebagai sumber inspirasi kerana sifat beliau yang rendah diri dan semangatnya yang kuat dan tabah dalam menaikkan perniagaannya.
Menjadi sumber inspirasi ejen jualan

 

Menjadi sumber inspirasi ejen jualan

 

Menjadi sumber inspirasi ejen jualan
Menjadi sumber inspirasi ejen jualan
Salah seorang anak didik Azizan Osman (Titanium)
Salah seorang anak didik Azizan Osman (Titanium) bersama 2 rakan kongsi Cik Nazira Shariff dan Ain Hamid

Restu Ibu Merestui Setiap Perjalanan Hidup

Buat pesanan bersama tidak kira kita berkerja, lebih lagi pada yang menjalankan perniagaan sendiri, kalau masih ada ibu, jadikanlah ibu kita sumber inspirasi kita, kerana mereka adalah pelajaran yang sangat mahal untuk kita jadikan sumber inspirasi ‘Anak derhaka jangan ada hati nak jadi kaya’.

Hargai ibu yang masih ada. 💖

Puan Jue pakej umrah Ramadan 2019 buat ibu tercinta
Keluarga besar Puan Jue, beliau anak ke-2 dari 4 beradik

 

Bersama suami, En Zamri dan anak-anak yang sentiasa memberi semangat dan dorongan untuk berjaya
Gambar terkini yang semakin cun melecun Puan Juzailah Shariff Founder  kepada Jenama SERI LADY.

Macam mana korang dapat pengajaran dan inspirasi tak dari kisah Puan Jue ni? Jadikan segala pengalaman dan nasihat beliau sebagai satu sumber inspirasi untuk kita berjaya juga. Hargailah ibu bapa kita. Ingatlah segala pergorbanan mereka membesarkan kita sedari dari kita kecil sehinggalah dewasa.Bahagiakanlah mereka selagi mereka ada di dunia ini. Kalau sudah kembali kepadaNYA, jangan lupa titipkan doa selalu kepada mereka.

Kalau korang nak tahu lanjut mengenai Puan Jue atau produk Puan Jue boleh layari di media sosial berikut. Pastikan kita sentiasa follow aura positif untuk sentiasa berjaya dalam hidup:

Website: https://seriladyofficial.wordpress.com 
Instagram Seri Lady Official : https://instagram.com/seriladyofficialhq?igshid=jvzxkbrkm6pw 
Facebook : https://www.facebook.com/297880763964464/posts/755245008228035?s=621402978&sfns=m

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

5 thoughts on “Kisah Inspirasi Wanita ‘ANAK DERHAKA! ADA HATI NAK JADI KAYA’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE