Komik Lawak Kampus Kompilasi 2 Mantap!

Assalamualaikum w.b.t… Hai semua. Apa khabar semua pengunjung blog Cik Tom? Di harap semuanya berada dalam keadaan sihat. Lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang dan banyak penyakit yang mudah merebak..

Orait, kali ni Eda nak review pasal buku. Pensyarah Eda pernah kata, dalam sebulan, sepatutnya kita kena baca 3 jenis buku. Pertama buku motivasi, kedua buku ilmiah, dan ketiga buku hiburan untuk diri kita. Jadi kali ni Eda nak review pasal buku untuk membebaskan, melepaskan, meluahkan dan macam-macam “me” lagi kita punya stress. Iaitu buku Lawak Kampus Kompilasi Mantap siri kedua/2.

Komik Lawak Kampus Kompilasi 2 Mantap!
Komik Lawak Kampus Kompilasi 2 Mantap!

Kalau ada yang ikuti buku lawak kampus ni, mesti tau pasal buku Lawak Kampus Kompilasi Mantap siri pertama/1. Kali ni Lawak Kampus menerbitkan pula kompilasi kedua!! Memang mantop.. kompilasi kedua ni masih mengekalkan hardcover dan kali ni terbit dengan hardcover warna hijau.

Ha..korang jangan tertukar pulak dengan kompilasi yang pertama. Yang pertama berwarna merah dan yang kedua berwarna hijau.

Untuk pengetahuan semua, edisi kedua ini menghimpunkan Lawak Kampus jilid 6 hingga 10. Eda memang minat baca lawak kampus, tapi kadang-kadang terlepas jilid-jilid yang lain sebab wang tak berapa nak cukup..huhu.. jadi dengan adanya edisi 2 ni, xdela tertinggal dah.. koleksi kali ni dijamin tak akan menghampakan..

Lawak Kampus 2
Lawak Kampus 2

Kandungan buku ni ada yang hitam putih dan berwarna. Tapi yang berwarna ada lagi banyak dan komik dia pun jelas dan menarik untuk dibaca. Memang rugi siapa yang tak beli lagi tau. Dahla Nampak eksklusif je bila nak baca dan bawak pergi mana-mana. Kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan buku ni, boleh la dapatkan di kedai buku POPULAR. Ianya hanya eksklusif di kedai buku POPULAR. Ha…tengok..tadikan Eda da cakap memang eksklusif. Tempat jual pun kat POPULAR je de..jadi jangan tunggu-tunggu tau..

Dapatkan satu buku ni, jadikan ianya koleksi anda. Dan ingatkan, amalkan 3 buku atau 2 buku untuk sebulan. Tak rugi pun, membaca jambatan ilmu. Buku lawak kampus ni pun ada terselit ilmu pengetahuan yang kita boleh guna dan ada pengajarannya jugak tau!! Jangan lupa gelak puas-puas bila baca buku ni.. baru release tension sikit…heee…

Salam sayang dari Eda..

Sharing is caring

eda rushdi

Penulis baru di blog ciktom[dot]com. Masih belajar dan belajar dalam memperbaiki teknik penulisan. bakal mencari idea-idea baru untuk ditulis. ^_^

34 thoughts on “Komik Lawak Kampus Kompilasi 2 Mantap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!