Komik Lawak Kampus Kompilasi Mantap!

Komik Lawak Kampus merupakan karya komik daripada pelukis Malaysia, Keith yang memaparkan kehidupan remaja sekolah dalam menjalani kehidupan seharian dan persekolahan. Terkini, Komik Lawak Kampus mempunyai 14 jilid novel grafik dalam Bahasa Melayu dan kini banyak diolah dalam pelbagai bahasa, iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris dan yang terbaru dengarnya telah dialih bahasa ke dalam bahasa Thailand. Wow memang mantap!

Watak kartun yang paling cik tom suka dalam Komik Lawak Kampus ialah Vaness dan Froggy. Dua-duanya cute dan lawaknya sempoi pada pandangan mata cik tom. Titik tolak bibit perkenalan cik tom dengan Komik Lawak Kampus ini ialah masa sehari lepas putus cinta tue konon nak cari sebuah buku lawak terus tertarik beli komik ini. First koleksi iaitu Lawak Kampus: Rebound (Jilid 2). Sehingga sekarang cik tom ada 4 buah koleksi lawak kampus ni.

Koleksi terbaru yang cik tom beli ialah seperti gambar dibawah iaitu Komik Lawak Kampus Kompilasi Mantap. Kompilasi ini harganya RM29.90, 562 mukasurat dan gabungan 5 jilid terawal Lawak Kampus. Akhirnya berjaya cik tom beli akhir bulan 4 lepas di Kedai Buku Popular.

Komik Lawak Kampus Kompilasi Mantap!
Komik Lawak Kampus Kompilasi Mantap!

Dah habis khatam Lawak Kampus ini dalam seminggu. Bagi cik tom pada penggemar buku komik memang tak rugi beli buku ini. Lawaknya memang kelakar dan santai. Malahan banyak juga mesej tersirat berunsur sindiran yang mendalam untuk kita renungkan. Kiranya bukan lawak bodoh kosong je. Still ada input yang bagus didalamnya. Selak mukasurat demi muksurat memang best, sengih sorang2 baca komik ni. Segala stress or tekanan pun rasa kurang je. Terkenang kembali zaman persekolahan dulu termasuk pengalaman kena denda di sekolah. hehe.. Memang komik ini satu kompilasi yang mantap!

Keith Pelukis Komik Lawak Kampus
Keith Pelukis Komik Lawak Kampus

Sumber: gambar 2

 

Antara Koleksi Lawak Kampus

Sumber: gambar 3

Cik tom terjumpa ada satu blog ni share link mediafire untuk download file pdf Komik Lawak Kampus Online. Cik tom pun siap pi download Lawak Kampus Jilid 12 tapi terfikir pulak bagaimana dengan hakcipta penulis ye?? Sempat baca 1st page je pastu terus delete bila teringat beberapa hari lepas baca artikel; Hukum Hak Cipta Menurut Islam. Jangan pula ada yang sentap baca apa yang cik tom tulis. Ini sekadar pandangan cik tom. Wallahualam.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

79 thoughts on “Komik Lawak Kampus Kompilasi Mantap!

  • July 10, 2012 at 12:10 am
    Permalink

    ohhh itu rupanya rupa si keith! baru nampak. hahah memang suka baca komik ni Cik Tom. lawak tak hengattt XDXD

    Reply
  • July 10, 2012 at 12:51 am
    Permalink

    HEEEE~betulbetul..komik ni best kot.momochan pun beli gak yang tebal tu.ohhh~bahagia je tengok.padahal semua ada, tp still nk beli gak tebal tu.HAHA =.=

    Reply
    • July 10, 2012 at 8:48 pm
      Permalink

      tue la..ciktom pun ada yg dah ada..tp ttp nak beli kompilasi tue..sbb hardcover..hee

      Reply
  • July 10, 2012 at 1:46 am
    Permalink

    Oh patut la kedai buku byk buat Highlight pasal komik ni.. susun cantikkk je buku nih…

    dah lama grad dari baca komik…hahahah…

    Reply
    • July 10, 2012 at 8:24 pm
      Permalink

      olo ye ke? cik tom tetap suka lawak kampus.

      Reply
  • July 10, 2012 at 4:50 am
    Permalink

    betul3…saya pun suka baca komik ni..dalam mjalah gempak kot seingat sy..

    tapi rupanya ada buku khas untuk komik tu..bagus kena beli ni..

    Reply
    • July 10, 2012 at 7:49 pm
      Permalink

      aah memang ada komik khas…seronok baca yang dah kompile 5 jilid ni.lg hardcover..hee

      Reply
    • July 10, 2012 at 7:38 pm
      Permalink

      aah majalah utopia cik tom suka juga baca.

      Reply
  • July 10, 2012 at 7:08 am
    Permalink

    macam berminat nak memiliki buku itu 😀

    Reply
  • July 10, 2012 at 8:52 am
    Permalink

    suka beli komik ni dulu
    ade hok gini pulak yek
    kena cari selalu nih 🙂

    Reply
  • July 10, 2012 at 9:07 am
    Permalink

    kita perlu hargai ciptaan org..kan?
    dah lama x terlibat dgn bacaan komik! heheheh

    Reply
    • July 10, 2012 at 7:07 pm
      Permalink

      yup perlu hargai hak ciptaan orang lain…
      nanti free boleh libatkan diri dgn baca komik.

      Reply
  • July 10, 2012 at 9:13 am
    Permalink

    lama tak baca komik.. cam gaya2 kartunis majalah gempak tahun dulu2..

    Reply
    • July 10, 2012 at 7:06 pm
      Permalink

      aah ni memang salah satu karya gempak jugak.

      Reply
    • July 10, 2012 at 7:04 pm
      Permalink

      owh curi2 baca ek..nanti bgth bekas bos cik en..

      Reply
      • July 11, 2012 at 4:20 pm
        Permalink

        ya saya bos gheeee…blh plk gitu eh heeee

        Reply
  • July 10, 2012 at 11:09 am
    Permalink

    zaman baca komik sudah berlalu bagi saya.hehe

    Reply
    • July 10, 2012 at 7:03 pm
      Permalink

      ramai rupanya dah xsuka sgt bc komik.. bg ciktom komik sesuai utk sepanjang zaman..hee

      Reply
      • July 11, 2012 at 4:12 pm
        Permalink

        erm…setuju2..pe2pun, rasanya ramai yg berhenti baca komik, tgk anime dan baca mangga bila dah kawen…

        tp tidak aku…hahahhaa

        Reply
        • July 15, 2012 at 8:42 pm
          Permalink

          ciktom rs nanti ciktom kawin pun xkan stop bc semua ni cuma maybe berpada2 =)

    • July 10, 2012 at 7:00 pm
      Permalink

      bagi ciktom sgt best!! blh release tension..

      Reply
  • July 10, 2012 at 5:15 pm
    Permalink

    PM dah lama sgt tak membaca komik…sekarang nih lebih suko baca paper dengan blog jer la…:)

    Reply
    • July 10, 2012 at 6:39 pm
      Permalink

      ramai dah resign kerja baca komik ni sebenarnya..hehe…
      baca blog n paper lg bagus bc perkara yg bermanfaat

      Reply
  • July 10, 2012 at 8:39 pm
    Permalink

    Dah lama tak baca komik.. Tapi komik ni nampak cam menarik.. 🙂

    Reply
    • July 15, 2012 at 1:48 pm
      Permalink

      kalau camtu boleh cuba baca lawak kampus ni..memang best!

      Reply
  • July 10, 2012 at 9:29 pm
    Permalink

    lawak kampus dan under18 adalah komik kegemaran saya …komik dari gempak la.

    kalau dari ujang saya suka bersama selamanya..

    Reply
      • July 10, 2012 at 10:48 pm
        Permalink

        ade..rasanya keluaran sebelum lawak kampus ni.. 🙂

        Reply
  • July 10, 2012 at 10:21 pm
    Permalink

    skng byk layan komik jepun la..huhu

    Reply
  • July 10, 2012 at 11:24 pm
    Permalink

    psssttt, cik tom… vco dni jual rm45 sebotol +pos+ freegift
    2botol rm80 +pos+ double freegift 🙂

    Reply
    • July 15, 2012 at 8:54 pm
      Permalink

      yg 2 botol tue mcm best harganya..kl jadi nanti ciktom pm dni ye,

      Reply
  • July 11, 2012 at 12:24 am
    Permalink

    zaman aku sekolah menegah macam pernah dengar lah nama penulis komik ini,

    Reply
    • July 11, 2012 at 4:19 pm
      Permalink

      sy kenak buku2 dia jer..org dia baru tahu hari ini..

      Reply
  • July 11, 2012 at 2:30 am
    Permalink

    perghh daripada dulu aku berangan nak beli kompilasi ni sampai sekarang tak beli-beli hahaha masuk kedai buku je blur tak tau nak beli apa.. lepas tu terus keluar balik

    Reply
  • July 11, 2012 at 11:12 am
    Permalink

    Masa zaman kanak2 suka simpan koleksi komik pahlawan satria.. yang main pedang2 tuh. hik3.. skrg hampeh.. Koleksi komik naruto adalah..

    Reply
    • July 11, 2012 at 4:17 pm
      Permalink

      ada geng.. komik raja rimba, mmg xpernah mis

      Reply
        • July 15, 2012 at 8:23 pm
          Permalink

          korang discuss la ye.. cik tom xtau..hihi

  • July 11, 2012 at 1:30 pm
    Permalink

    wahh CikTom. siap delete lagi. contoh teladan terbaik lar CikTom. yg penting kita tengok license dia dulu kan3.

    Reply
  • July 11, 2012 at 4:16 pm
    Permalink

    ada nampk popular tpi tak pernh beli sllu novel kartun cam salamon tu… cma2 kisah cinta2 tu

    Reply
  • July 11, 2012 at 7:38 pm
    Permalink

    tak larat nak rampas komik ni kat sekolah..hihihi.. 🙂

    Reply
    • July 15, 2012 at 8:22 pm
      Permalink

      hehe.. budak2 mmg suka baca.. dah tue cikgu baca tak?

      Reply
  • July 11, 2012 at 7:40 pm
    Permalink

    alamak..sentap lah cik tom…kih kih kih… :-))

    Reply
  • July 11, 2012 at 11:43 pm
    Permalink

    Mantap lukisan2 sifu ni..Kalau ada peluang nak menuntut dengan artist2 ni..

    Supian Mustapa menulis tentang:Antara Kad Kahwin Terhangat di Malaysia tahun 2012.

    Reply
    • July 15, 2012 at 6:15 pm
      Permalink

      boleh menuntut kalau diorang ada buat bengkel in future..hehe

      Reply
  • July 12, 2012 at 12:35 pm
    Permalink

    Kak Long tak pernah lagi baca Lawak Kampus ni. Mungkin sebab zaman kampus dah lama berlalu. 🙂

    Reply
  • July 13, 2012 at 7:35 am
    Permalink

    Sy nak beli buku kompilasi tu….. tapi kat tmpt sy mana ada kedai popular hu,hu,hu…… sapa leh tolong belikan…..

    Reply
    • July 15, 2012 at 4:44 pm
      Permalink

      cik tom xpasti pulak.. sebab skang kat kuala pilah..xde kedai popular..hee…

      Reply
  • July 14, 2012 at 1:45 am
    Permalink

    Lily adalah penggemar setia lawk kampus. Paling suka akan watak si Kosong. Sentiasa blurred dan kosong tak kira dalam markah exam,..kosong macam lagu najwa latif.. hahaha

    Lily kagum dengan pelukis komik ini, Keith sebab beliau mampu menjana idea macam2 untuk komik yang punyai tiga kolum sahaja dan ideanya tak pernah tak fresh. Sentiasa membuatkan Lily kegelian hati mengikuti siri lawak kampus.

    Lily paling suka UNDER 18. I LOVE watak Aken dan Ax dan Siv! Semuanya hensem dan macho! Susah nak describe macam mana kat kak tom, tapi itulah feeling Lily terhdap karakter feveret nih.

    Reply
    • July 15, 2012 at 3:47 pm
      Permalink

      under 18 cik tom xpernah plk bc… tp watak kosong plg kesian..asyik dpt markah 0 je kan.. lagu najwa latif tue best!!

      Reply
    • July 16, 2012 at 2:18 pm
      Permalink

      k.chii baca gak..mmg best..ehehe…slalu ada di jual di kiosk2 petrol stesen..x pun di seven E kan

      Reply
      • July 17, 2012 at 6:39 pm
        Permalink

        aah memang banyak jual kat stesen minyak n seven eleven.

        Reply
  • July 16, 2012 at 1:00 am
    Permalink

    Ketika kecil dahulu saya suka membeli komik tempatan yang beli kedai India pada harga 70sen.

    Saya suka akan membaca komik-komik pada zaman tersebut.

    Reply
  • July 16, 2012 at 2:15 pm
    Permalink

    memang lawak yg terbaik.memula kenal komik ni dari majalah utopia…waktu zaman2 belaja di mlk dulu..

    xpernah kenal plak ngn pelukisnya..da lebih kurang je kan mukanya :p

    Reply
  • August 9, 2012 at 4:18 am
    Permalink

    Dah beberapa bulan beli komik ni, tapi tak baca2. huhu..

    Reply
  • September 13, 2012 at 10:58 pm
    Permalink

    saye nak sangat bace komik nie .. tapi saye belom beli lagi . hahhahahaha

    Reply
  • January 14, 2017 at 5:48 pm
    Permalink

    Ketika kecil dahulu saya suka membeli komik tempatan yang beli kedai India pada harga 70sen.
    Saya suka akan membaca komik-komik pada zaman tersebut.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!