Komisyen pertama dari pakarcoklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Tak tahu nak cakap apa bila dah dapat komisyen pertama dari pakarcoklat. Dah takde perasaan gembira cuma rasa syukur alhamdulillah kerana akhirnya komisyen 3 sales cik tom ini di bayar. Memang bermula bulan 3 yang lepas cik tom dah berhenti promosi banner dari pakarcoklat yang tinggal hanya entri apabila komisyen cik tom yang tertunggak dari bulan 1 tak terbayar.

Komisyen pertama dari pakarcoklat
Komisyen pertama dari pakarcoklat

Cik tom frust sangat bila sales cik tom tertunggak tak dibayar tapi tengok blog titan dibayar siap dapat 2X payment berdasarkan entry di blog earncent.com. Dari bulan 3 cik tom gigih email dan sms sbb call tak boleh. Dapat respon sms janji untuk bayar bulan 3 tunggu punya tunggu menyepi masuk ke bulan 4. Tanya bulan 4 pula takde respon pastu rasa nak surrender je. Tanya titan pulak cakap pasrah je la kalau tak bayar. Adehh RM150 sayang jugak nak pasrah.

Dengan muka tak malu tanya lagi awal bulan 5. 4 email dihantar tidak berbalas. Last balas juga sms dengan alasan bersalin (tapi admin sorang lagi dah bgth alasan bersalin masa bulan 3) dan janji nak bayar bulan 5 pula. Cek lagi sehinggalah 31/5/2012 masih takde bayaran. Pagi 1/6/12, cik tom tak malunya sms lagi dengan berunsur agak geram dan alhamdulillah dibayar. Tak tahulah kalau cik tom ini yang tak pandai beraffiliate cuma ikut syarat yang diorang tetapkan bayaran komisyen akan dibayar bulan berikutnya.

Mungkin ini bayaran pertama dan terakhir ciktom dengan pakarcoklat. Blog cik tom tak sekacak blog titan sebab tue pilih bulu kot bayar. hehe.. Apa pun terima kasih kepada pihak admin pakarcoklat kerana sudi bayar komisyen. Pada yang tengah atau nak cuba promosi jangan patah semangat maybe rezeki korang ada dengan pakarcoklat cam titan kacak. Peace 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

21 thoughts on “Komisyen pertama dari pakarcoklat

  • June 2, 2012 at 8:02 pm
    Permalink

    Wah, tahniah! Rm150, banyak jugak tu ;p

    P/s: Bolehlah belanja blogger lain ni makan kfc, pizza hut, tak pun ayam penyet. Ngeee.. Hehe

    Reply
    • June 6, 2012 at 8:37 pm
      Permalink

      blogger lain?? berapa org tue.. kl ramai mmg xcukup la rm150..hehee

      Reply
  • June 3, 2012 at 2:10 pm
    Permalink

    Wuah. CT
    Memang betul2 bertuah 🙂

    Reply
  • June 3, 2012 at 4:43 pm
    Permalink

    cabaran dan dugaan dalam blogging..hehehe…blog cik tom kacak dah ni…warna warni…sedap mata memandang..hehe

    Reply
    • June 6, 2012 at 8:27 pm
      Permalink

      yup betul dah tue inilah antara cabaran n dugaan blogging..pe pun tetap xpatahkan semangat ciktom utk berblog n affiliate..hee

      Reply
  • June 3, 2012 at 5:10 pm
    Permalink

    mmm..adoi…kita yang lariskan e-book dia…
    dia pulak degil tak nak bayar..
    memang patut ciktom berhenti kot..hehe
    kesian pulak ternanti-nanti komisyen..

    Reply
    • June 6, 2012 at 8:26 pm
      Permalink

      xpelah nak buat macam mana..
      ada banyak lagi punca rezeki lain yang boleh dicuba..

      Reply
      • June 6, 2012 at 9:10 pm
        Permalink

        betul tu…boleh cuba says.com pulak..hehe

        Reply
        • June 10, 2012 at 2:35 am
          Permalink

          dah cuba hampir 3 minggu..hee

  • June 5, 2012 at 12:04 am
    Permalink

    oit..oit..sedap kata pilih bulu plakk. haha..tau la bulu ketiak aku lagi kacakk..

    ko kena belanja cendol dulu..barulah cepat diorang bayar. haha..

    apapun, tahniah..dapat gak kan? hehe..

    Reply
    • June 6, 2012 at 5:49 pm
      Permalink

      aaaah dpt juga slps berusaha keras..
      eh betul pe ciktom ckp..pilih bulu la sbb bulu ketiak titan lg kacak..hahaaa

      Reply
  • June 5, 2012 at 7:28 pm
    Permalink

    huyyooo..ini lagi banyak..makin power dah ciktom main affiliate..

    Reply
    • June 6, 2012 at 5:24 pm
      Permalink

      xpower pun.. ni masih peringkat baru nak try meniarap kot..hehe ;p

      Reply
  • June 6, 2012 at 5:23 pm
    Permalink

    nak dapat RM150 jenuh jugak la ciktom nak kena follow up. harap-harap penganjur affiliate bertanggungjawab la sikit. kalau dah janji nak bayar tu, bayar je la kan. apa-apa pun tahniah

    Reply
    • June 6, 2012 at 7:23 pm
      Permalink

      entahlah tapi alhamdulillah dah dapat..hee

      Reply
  • June 6, 2012 at 5:34 pm
    Permalink

    Ni pun bnyk dapat… Fuhhh… Terer 🙂

    Reply
    • June 6, 2012 at 7:22 pm
      Permalink

      xterer pun.. ni newbie affiliate punye income..

      Reply
  • June 6, 2012 at 11:50 pm
    Permalink

    dah berhenti buh banner baru nak kasi..adoiyaii..

    apa punn..tahniah ye sbab berjaya membuatkan mereka bayar..ehehe :p

    Reply
  • January 15, 2016 at 2:17 am
    Permalink

    Murah rezeki cik tom! Website cik tom pun makin cantiklah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!