Lagi cepat kita terima kenyataan, lagi cepat kita terima kebahagiaan

Kepada awak di sana tue… Terima kasih sebab pernah jadi kawan saya. Mungkin awak akan cakap “betapa bodohnya dia nie”. Sebenarnya saya ada rasa niat awak nak tipu saya tapi selama ini saya pejamkan mata je. Saya tak nak berprasangka buruk kat awak. Saya sanggup jadi kawan awak untuk sokong dan nasihatkan awak sebab saya ingat awak betul-betul ada masalah. Tapi rupa-rupanya makin lama makin banyak perangai buruk awak yang terdedah. Paling nyata bila saya tak dapat nak tolong awak.

Sahabat jadi pengkhianat

Tapi awak jangan bimbang saya takkan berdendam dengan awak cuma untuk percaya dan terima awak kembali sebagai kawan agak susah. Cuma satu nasihat awak berubah la. Saya tak tahu apa masalah awak sebenarnya sebabnya bila fikir2 saya rasa cerita awak tue hanya boleh dipercayai 50%. Selebihnya macam dogengan je. Apa pun saya takkan doakan yang buruk-buruk. Saya tetap nak doakan yang terbaik untuk awak sebabnya kita pernah jadi kawan.

Sahabat

Saya tahu Allah itu Maha Adil. DIA takkan menganiaya umatNYA.  Ini baru saja sikit ujian dari Allah yang buatkan saya makin tabah dan cekal. Betul bak kata seorang kawan pada saya. Kemaafan adalah perkara yang terindah. Bila kita redha dan memaafkan orang lain, hati pun tenang dan hidup makin senang. Lagi cepat kita terima kenyataan, lagi cepat kita terima kebahagiaan. Usahlah menyesal dengan apa yang berlaku tapi jadikan itu semua sebagai pengalaman hidup. InsyaAllah sinar pelangi itu akan tiba jua buat yang bersabar. Wassalam..  ^_^

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

34 thoughts on “Lagi cepat kita terima kenyataan, lagi cepat kita terima kebahagiaan

  • December 29, 2011 at 7:32 am
    Permalink

    ya.. memaafkan membuatkan jiwa kita lebih tenang cik tom.. biarpun siapa dia.. doakan saja untuk kebahagiaan dia ye… :))

    Reply
  • December 29, 2011 at 7:54 am
    Permalink

    Sabarlah ye…kadangkala kite xboleh percaya sgt dgn org…salam kenal & follow di sini 😉

    Reply
    • December 30, 2011 at 11:15 am
      Permalink

      thanks..yup kena berjaga2…salam kenal jgk 😉

      Reply
  • December 29, 2011 at 8:06 am
    Permalink

    errrr kisah benar ke ni cik tom?

    Reply
  • December 29, 2011 at 8:44 am
    Permalink

    nak kan perhatian tapi tak nak kan perubahan…
    ada ramai orang macam ni..
    kurang kasih sayang namanya..:)

    Reply
    • December 30, 2011 at 12:32 pm
      Permalink

      kesian juga kalau kurang kasih sayang..tapi rasa memang betul..huhu

      Reply
  • December 29, 2011 at 9:07 am
    Permalink

    Perkara biasa tuh, bwk bersabar yer.. sy dah kena dah.. sy ingatkan dia kwn baik sy tp rupenye dialah musush pling hebat.. mase kami baik, habis semua org dikutuknya kat sy, kemudian bile sy stay away dr dia, sy pulak jd bahan kutukan.. takpe, sy tak kisah.. lgpon sy da nampak da, dia hanya berkawan dgn org yg same suke mengutuk n bole bg dia kesenangan jer…

    Reply
    • December 30, 2011 at 6:57 pm
      Permalink

      thanks…susah nak cari kawan yang tahu erti sahabat sebenarnya skang..

      Reply
  • December 29, 2011 at 9:39 am
    Permalink

    lain macam aje bunyinya nih..

    Reply
  • December 29, 2011 at 10:15 am
    Permalink

    Sabar la yer..kwn mkn kwn ni mmg perit sket nk telan..

    Reply
  • December 29, 2011 at 10:27 am
    Permalink

    Kata Dr Fazilah Kamsah,maafkanlah orang kiri,kanan,depan,belakang terlebih dahulu sebelum tidur..kalau kita maafkan semua orang insyaallah hati kita tenang.

    Reply
    • December 30, 2011 at 7:31 pm
      Permalink

      yup tue yang terbaik..
      p/s: kenapa ye banyak kali cik tom try buka blog azman tapi tak boleh pun dari petang tadi?

      Reply
  • December 29, 2011 at 10:51 am
    Permalink

    kawan cikto tu buruk prangai macamna ya?

    Reply
    • December 30, 2011 at 12:17 pm
      Permalink

      susah nak cerita sbb takut jadi ngumpat plk..yg penting doakan kawan cik tom berubah..amin..

      Reply
  • December 29, 2011 at 11:11 am
    Permalink

    memberi maaf tanpa syarat amat berat utk kita semua lakukan… mungkin itu di antara sebab kemaafan menjadi penawar paling mujarab utk kita terus hidup bahagia…

    Reply
    • December 30, 2011 at 7:08 pm
      Permalink

      yup betul tue..kadang2 mulut cakap dah maafkan tapi apa yg ada dlm sudut hati?huhu..

      Reply
  • December 29, 2011 at 11:25 am
    Permalink

    susahnya nak doakan terbaik untuk orang yang pernah menganiaya kita..kalau boleh kau dengan hidup kau tak payah ganggu aku lagi..tapi dunia ni macam roda kan..apa yang kita taknak itu pula yang berlaku..huhu

    Reply
    • December 30, 2011 at 7:15 pm
      Permalink

      yup yunk..hidup ini macam roda..sbb tue kita beringat sblm buat sesuatu..

      Reply
  • December 29, 2011 at 11:53 am
    Permalink

    Kawan cam ni baik x yah jadikan kawan
    kawan perlu ikhlas. Ni cam ada mee sebslik udang. Ops

    Reply
    • December 30, 2011 at 12:13 pm
      Permalink

      entahlah…kita tak tahu pe yang ada dlm hati org lain..biarlah memang dah tak kawan skang..

      Reply
    • December 30, 2011 at 12:08 pm
      Permalink

      insyaAllah nanti ada manisnya satu hari nanti…

      Reply
  • December 29, 2011 at 2:40 pm
    Permalink

    saborr aje laa…

    Reply
    • December 30, 2011 at 12:12 pm
      Permalink

      tq..url blog awk silap…lain kali adjust bila komen kat bahgn website ye..

      Reply
  • December 29, 2011 at 3:28 pm
    Permalink

    jgn menyesal, tapi ambik pengajaran.

    maafkan..lepaskan beban.

    Reply
  • December 30, 2011 at 1:18 am
    Permalink

    Begitulah asam garam kehidupan. Perlu sabar dan jadikan panduan untuk hari2 mendatang,.. moga2 kita lebih matang membuat penilaian…

    Reply
    • December 30, 2011 at 8:42 pm
      Permalink

      Allah bersama orang yang sabar..yup jadikan pengalaman ni sebagai pengajaran ciktom utk masa depan..

      Reply
  • January 3, 2012 at 9:24 am
    Permalink

    counter attack ajer…….heheeh

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!