Lagu Melayu Sekarang Suka Ulang Lirik Sama je ke?

Assalamualaikum dan salam sayang… Rasa makin lama entri blog banyak entri formal sangat. Kawan-kawan yang suka baca blog cik tom ada yang tegur. Nak buat macam mana. Feel menulis kureng. Ok balik pada tajuk memang Lagu Melayu Sekarang Suka Ulang Lirik Sama je ke?

Lagu Melayu Sekarang Suka Ulang Lirik Sama je ke?

Tak tahulah kalau cik tom ni ketinggalan zaman tak update trend lagu melayu terkini ker….

Tapi baru-baru ni terdengar banyak lagu melayu baru dimainkan di radio memang jenis asyik duk ulang lirik sama je. Sampai naik bosan juga cik tom dengar tengah2 drive tu kan. Terdetik jugak haih camni pun boleh buat lirik lagu. *suh cik tom memang tak mampu buat. haha…

Sesekali dengar macam style nak mengajar budak bercakap pun ada. Yela duk ulang2 lirik sama je banyak kali. Heee…

Maaf bukan nak condemn lirik lagu melayu ke pe? Ni pendapat cik tom je la kan. Mungkin juga lagu style camtu terlampau catchy tak sesuai dengan umur peralihan cik tom nak masuk 3 series kot. Huhu..

Apa pun kebanyakan lagu dan suara penyanyi sekarang ramai yang sedap dengar di halwa telinga cik tom.

Agak-agak kalau korang yang duk tempat busy yang selalu traffic jam tue rasa seronok ke lagi tension dengar lagu melayu yang suka ulang lirik sama je?

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

38 thoughts on “Lagu Melayu Sekarang Suka Ulang Lirik Sama je ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE