Lain Blog Lain Rezekinya

Salam… Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus menaip bagi blog kesayangan cik tom ini. Jom kali ini kita cuba bincangkan isu rezeki atau pendapatan hasil dari blog. Bagaimana dengan blog korang? Dah berjaya mendapatkan hasil atau belum? Lain blog lain rezekinya. Setiap blog pasti ada rezekinya tersendiri. Mungkin cepat atau lambat bergantung pada keinginan dan juga usaha untuk mencapainya.

Yang paling penting dalam mencari rezeki ini biarlah punca rezeki yang kita dapat ialah dari punca yang HALAL dan bukan dari hasil menganiaya dan mendedahkan aib orang lain. Kerana punca rezeki mempengaruhi keberkatan hidup anda. Halalkah punca rezeki kita?

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya “. ( Surah ar-Rad : Ayat 11)

Dalam mencari rezeki kita mesti ada target atau matlamat yang ingin dicapai. Untuk permulaan tidak perlulah target yang terlalu tinggi. Mungkin pada peringkat permulaan dengan target untuk dapat first income 1 sen sehari kemudian kepada RM1 dan seterusnya kepada puluh, ratus, ribu dan seterusnya. InsyaAllah… Selepas dah memiliki target, kita mestilah berusaha sehingga berjaya dan jangan cepat patah semangat jika tidak berjaya pada permulaannya.ย Tiada rezeki yang datang bergolek begitu sahaja.

Alhamdulillah blog cik tom tahun ini lebih meriah dengan rezeki blog hasil dari sewa iklan, advertorial, menang contest dan juga komisyen affiliate. Tapi rezeki nuffnang cik tom memang agak menyedihkan sebab sampai sekarang nuffnang masih tidak dapat nak detect kenapa status blog cik tom jadi “Ordinary“. Oleh sebab masalah itu jugalah blog ini langsung tak dapat BE bagi tahun ini dan income nuffnang setakat tahun ini hanya RM67.20. Manakala untuk innity pulak, walaupun trafik uv dan pageview lepas syarat innity tapi dah masuk ini 3 kali blog cik tom direject kerana katanya masalah no specific content.ย Memang agak mengecewakan.ย hoho…

Ucapkanlah Alhamdulillah
Ucapkanlah Alhamdulillah

Jeles juga 10 sen bila tengok makin banyak blog yang dapat iklan innity dan bro Eyriqazz dapat cek nuffnang setiap bulan income riban2. Memang best tapi itulah dikatakan “Lain Blog Lain Rezekinya“. Setiap blog pasti ada perbezaan sumber rezekinya dan setiapnya mempunyai keistimewaan tersendiri. Tidak salah untuk kita jadikan mereka yang telah berjaya ini sebagai sumber inspirasi bagi mempelajari bagaimana untuk berhasil memperolehi pendapatan dari blog. Cuma kita perlu bersyukur dengan rezeki yang diberikan tidak kira banyak atau sedikit dan ucapkanlah.. ALHAMDULILLAH……

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

81 thoughts on “Lain Blog Lain Rezekinya

  • July 5, 2012 at 12:45 pm
    Permalink

    Yaaa…bersyukur dengan apa yang kita dapat…mana tahu Allah nk bg lebih lagi..hehe..sy tengok blog cik tom ni mantap giler dah ni…boleh ditolak ekk..emmm

    Reply
    • July 7, 2012 at 7:03 am
      Permalink

      alhamdulillah…entry ni utk peringatan diri ciktom..bukan apa kdg2 kita ada target n bila xdpt sedih jgk..pastu bila kita buat entri camni utk positifkan balik diir utk teruskan target..hehe

      Reply
  • July 5, 2012 at 1:38 pm
    Permalink

    xpolah cik tom, at least cik tom dpt hasil dr benda lain.. mungkin rezeki nuffnang n innity tu lewat sikit… Ganbatte!

    Reply
    • July 7, 2012 at 7:02 am
      Permalink

      hehe…ciktom saje2 je buat entry ni utk kata2 peringatan buat ciktom…

      Reply
  • July 5, 2012 at 1:41 pm
    Permalink

    betul tu
    rezeki mata pun jadilah ๐Ÿ™‚

    Reply
    • July 7, 2012 at 7:01 am
      Permalink

      alhamdulillah sempurna anggota badan ๐Ÿ™‚

      Reply
  • July 5, 2012 at 1:54 pm
    Permalink

    Blogging for fun je, apa-apa yang masuk tu rezeki dari Tuhan.

    Reply
    • July 7, 2012 at 7:00 am
      Permalink

      alhamdulillah baguslah camtu..semoga dimurahkan rezeki dari tuhan..

      Reply
  • July 5, 2012 at 1:55 pm
    Permalink

    Rezeki sudah tertulis,yang penting kita berusaha.

    Reply
  • July 5, 2012 at 2:31 pm
    Permalink

    ha’ah rezeki msing2…kita usaha insyallah rezeki datang..tapi niat biarlah betul hehehe

    Reply
  • July 5, 2012 at 4:01 pm
    Permalink

    InsyaAllah, Tapi PH tengok blog ciktom pun dah meriah dengan iklan kalau nak dibandingkan dengan blog PH ๐Ÿ™‚

    Reply
    • July 7, 2012 at 6:31 am
      Permalink

      blog PH kalau open iklan lg mantap dr blog cik tom..

      Reply
  • July 5, 2012 at 4:03 pm
    Permalink

    betul tu ciktom..lain blog lain rezekinya.

    requirement untuk innity sekarang ni dah makin ketat. bukan uv dengan pageviews yang jadi isu, sekarang ni innity nak blog yang ada niche tertentu. blog personal atau entri bercampur-baur awal2 lagi innity dah tolak. untunglah mana2 blog personal yang ‘selamat’ sebelum ni.

    Reply
    • July 7, 2012 at 6:07 am
      Permalink

      sebab tue innity bgth no specific content sbb niche personal ye…hehe

      Reply
      • July 13, 2012 at 9:57 pm
        Permalink

        kalau dpt pun income tak banyak mana ciktom , nanti kecewa

        Reply
        • July 15, 2012 at 3:49 pm
          Permalink

          takpe sikit or banyak tetap rezeki kan akak.. yg penting minat..

  • July 5, 2012 at 4:39 pm
    Permalink

    alhamdulillah..sebelum ni dpt juga rezeki dr nuffnang..tp sejak kebelakangan ni blog emiey pun jadi kurang da..mybe sb sibuk & smgt menulis hnye untuk kpuasan diri sendiri je..blogwalking pn dh kureng..dgn prob tenet lagi, redha je la sb nk fokuskan sem last hujung tahun ni =)

    Reply
  • July 5, 2012 at 6:04 pm
    Permalink

    takper la ciktom,. Maybe Allah nak bagi rezki yang bagus lagi tu,. hehe,. eyh,. mcm mana boleh ordinary yer.? ciktom ade tak buat blog lebih,.? jaerul pernah jugak jadi mcm tuh tiba2 ordinary sebab jaerul ad blog yang lain langsung tak berupdate. So perlu buang ler.. ciktom send ticket lagi ler kat nuffnang tu,. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • July 7, 2012 at 5:58 am
      Permalink

      ciktom register satu je blog dgn nuffnang..yg blog lain xdftr dgn nuffnnag…dah sent 2 ticket before this..tgk resultnya mcm mana..

      Reply
  • July 5, 2012 at 6:05 pm
    Permalink

    Setuju dengan cik tom..lain org, lain rezeki masing masing.

    Klu nak dibandingkan, murah lg rezeki ciktom berbanding mak. Mak brharap semata2 pd NN je tp BE xde jugak. Nak harap komisyen or iklan di blog, mmg xde la..:(

    Reply
    • July 7, 2012 at 5:59 am
      Permalink

      xpe pasni income mak akan lg meriahh dan bertambah2..amin..

      Reply
  • July 5, 2012 at 7:21 pm
    Permalink

    kene sabar byk2..mungkin rezeki tu dtg dlm bentuk yg lain .. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • July 6, 2012 at 12:53 pm
      Permalink

      setujulah Jo…

      tak semestinya dalam bentuk duit…rasa seronok, dapat baca dan dapat komen kat sini jugak dikira rezki..

      yg penting, kita tau bersyukur…alhamdulillah

      Reply
      • July 6, 2012 at 6:43 pm
        Permalink

        sangat setuju. kongsi idea dan ilmu rezki ciktom dan semua juga. bekalan akhirat. kalau x silap ILMU dan doa anak yang ‘soleh’ saja yg buleh membantu kita di liang lahat. wallah-hualam.

        Reply
        • July 7, 2012 at 2:57 am
          Permalink

          insyaAllah semoga segala perkongsian di blog ini boleh jadikan bekalan ilmu di akhirat sana..

      • July 7, 2012 at 4:43 am
        Permalink

        alhamdulillah..thanks utk ingatan tue..sama2 kita bersyukur

        Reply
    • July 7, 2012 at 5:52 am
      Permalink

      rezeki ada mcm2 jenis..rezeki blog xdelah ciktom kisah sgt..tp tertunggu rezeki kerja yg tetap..hee

      Reply
  • July 5, 2012 at 9:00 pm
    Permalink

    selamat maju jaya cik tom

    Reply
  • July 5, 2012 at 10:55 pm
    Permalink

    “bersyukur dengan rezeki yang diberi Nya tak kira banyak atau sedikit..”Alhamdulillah…
    Setiap org pasti ada rezeki masing2..rezeki tu tak kira la dari segi kewangan, pekerjaan, kesihatan, jodoh, anak,ketenangan hati..mungkin rezki sy bukan dlm dunia blog tp ada ditempat lain..(ayt nk sedapkan hati..hehee)

    Reply
    • July 7, 2012 at 5:50 am
      Permalink

      bukan ayat sedap hati tue yunk..memang betul…rezeki ada mcm2 jenis yang Allah bagi pada hambaNYA…

      Reply
  • July 5, 2012 at 11:23 pm
    Permalink

    saya masih menunggu duit dari nuff setelah cashout dekat dua bulan belum sampai,,,,huhu

    Reply
    • July 7, 2012 at 5:35 am
      Permalink

      hantar ticket kat nuffnang tanya kenapa cek tak sampai lagi..hee

      Reply
  • July 5, 2012 at 11:25 pm
    Permalink

    a’a lain orang lain rezekinya. soal rezeki nih luas, yang penting kena rajin je.

    Reply
    • July 7, 2012 at 5:34 am
      Permalink

      yup rezeki ni subjektif n luas..yg penting usaha..

      Reply
    • July 7, 2012 at 5:15 am
      Permalink

      xpe income no 2..yang penting mood blogging ๐Ÿ™‚

      Reply
  • July 6, 2012 at 1:10 am
    Permalink

    setakat ni..chii belum dpt lg..lgpun x terfikir pn…tp rezeki dr blog rakan2..slalu la chii dpt..alhamdulillah ๐Ÿ™‚

    Reply
    • July 7, 2012 at 5:00 am
      Permalink

      xpe chii..baik xyah fikir..kalau dah fikir nanti akan jadi cam ciktom..hehee…
      ps: nak rm10 masuk akaun atau topup ye?

      Reply
  • July 6, 2012 at 8:54 am
    Permalink

    Bila kita usaha pasti rezeki itu milik kita..

    Dan yang penting bila kita bersyukur, rajin memberi, insyaAllah rezeki jugak akan bertambah yang penting ikhlas kan…. ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • July 7, 2012 at 4:52 am
      Permalink

      yup padat komen MJ ni..penting niat ikhlas, kena rajin usaha dan caranya betul..

      Reply
    • July 7, 2012 at 1:07 pm
      Permalink

      usaha nak tingkatkan kualiti blog..hehe

      Reply
  • July 6, 2012 at 11:55 am
    Permalink

    Alhamdulillah. Syukur atas rezeki dari Allah. Jika ada, memang seronok. Sikit banyak semua tu kurniaanNya. Sikit-sikit dapat juga menampung apa yang patut. kan? ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • July 7, 2012 at 4:51 am
      Permalink

      sikit2 lama2 jadi bukit..hehe… oklah yang dpt bolehlah utk menampung keperluan dan saving.

      Reply
    • July 7, 2012 at 1:06 pm
      Permalink

      betul tu kan…sikit-sikit, lama-lama jadi bukit lah..hehe

      Reply
  • July 6, 2012 at 12:37 pm
    Permalink

    salam..jangalha kecil hati duhai cik tom.kata org klu rezeki kita tak der kat part tu mungkin part lain ada…

    Reply
    • July 7, 2012 at 4:50 am
      Permalink

      mana ada kecil hati suri..jeles ada la 10 sen tapi masa artikel ni dibuat memang dah takde rasa apa2 sbb tujuan artikel ini utk positifkan diri ciktom..dan alhamdulillah berjaya =)

      Reply
  • July 6, 2012 at 12:38 pm
    Permalink

    bila kita kehilangan sesuatu kita jgn rasa kita akan hilang yg lain..anggap tu semua sementara..tpi yg sedia ada tulah kita kena jaga2 sebaik ada sblum tiada..

    cik tom sihat ker?

    Reply
    • July 7, 2012 at 4:49 am
      Permalink

      alhamdulillah sihat..yup hargai apa yang ada..jangan dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..

      Reply
  • July 6, 2012 at 12:40 pm
    Permalink

    banyak atau sedikit tak kisah, ciktom
    masing2 ada hikmatnya

    Reply
    • July 7, 2012 at 4:49 am
      Permalink

      yup tue point utama dalam artikel ni..utk kesedaran diri sendiri ciktom…hee

      Reply
  • July 6, 2012 at 12:56 pm
    Permalink

    Setuju 100% ngn entri cik tom. Rezki dtg pelbagai cara dan rupa serta keadaan. Cumanya kita kadang2 tak sedar yg datang tu rezki.

    Apa yg penting, sama2 kita bersyukur dgn apa jua yg kita ada. Alhamdulillah.

    Tahniah cik tom, makin maju blog ni…terbaik!

    Reply
    • July 7, 2012 at 4:42 am
      Permalink

      yup rezeki dtg dgn pelbagai cara..pelawat yg xputus singgah diblog pun rezeki juga..idea mencurah2 pun rezeki jugak.

      Reply
    • July 7, 2012 at 1:05 pm
      Permalink

      trafik blog cik tom mantap…jadi kira ok la tu..hehe..

      Reply
  • July 6, 2012 at 2:32 pm
    Permalink

    sistem NN memang tengah bermasalah. ramai yg jadi ordinary walaupun x buat apa2 kat blog.

    xpe cik Tom, rezeki ada di mana2.

    Reply
    • July 7, 2012 at 3:18 am
      Permalink

      oh ye ke? dah hantar ticket kat nuffnang…alhamdulillah lepas buat artikel ni terus dapat glitterati balik..hehe

      Reply
      • July 7, 2012 at 1:03 pm
        Permalink

        wah..macam tu yer…hehe.ada tiket yang diorang tak balas..geram pun ada ni..hihi..

        Reply
    • July 7, 2012 at 1:04 pm
      Permalink

      BE pun dah tak bagi sekarang..hehe…adoii…

      Reply
  • July 6, 2012 at 4:04 pm
    Permalink

    yup cik tom, lain blog lain cara dpt rezekinya….

    Reply
    • July 7, 2012 at 3:13 am
      Permalink

      aah kan..macam blog yas meriah income hasil join contest dan top refferal..tahniah ye!

      Reply
      • July 7, 2012 at 1:15 pm
        Permalink

        wahhh ! kasi urrmmph …haha

        Reply
  • July 7, 2012 at 12:25 pm
    Permalink

    Rezeki yang hadir semuanya datang dari ilahi, tingal bagai mana untuk mendapatkanya

    Reply
  • July 7, 2012 at 1:02 pm
    Permalink

    hehe..kan..jees juga ngan blog-blog lain..tapi nak buat macam mana..rezeki kita hanya banyak tu jer.. ๐Ÿ™‚

    Reply
  • July 7, 2012 at 1:13 pm
    Permalink

    betul tu CikTOM ..untuk tahun ni sahaja, saya baru dapat sikit je ..hurmmm…kena more berusaha ni …

    Reply
  • July 7, 2012 at 7:08 pm
    Permalink

    income dari says.com belum include ni

    Reply
    • July 10, 2012 at 11:00 pm
      Permalink

      income says setakat ni rm113 je..hehe…weekend ni nak cash out..

      Reply
  • July 7, 2012 at 7:58 pm
    Permalink

    Salam.. cik tom.. nk ty.. ehehe.. sory, sbb baru nk blaja.. mcm mane cik tom buat, bila org search blog kite, list post kita dalam satu senarai.. mcm cik tom buat ni. mcm klu saya search blog cik tom. dia kuar satu list utama, baru bawah tu ade 6 antara post cik tom.. nk tau juge cenggitu.. hehe..

    Reply
  • July 7, 2012 at 9:31 pm
    Permalink

    Masalah Cik Tom senasib dengan saya. Macam Cik Tom tulis rezeki dari pelbagai sumber. Harap fokus saya menulis blog tidak terjejas. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • July 10, 2012 at 10:53 pm
      Permalink

      yang penting happy blogging..income insyaAllah akan menyusul..

      Reply
  • July 8, 2012 at 1:26 pm
    Permalink

    ciktom, yang penting kita kena berusaha, hanya Allah yang tentukan rezeki kita.

    Reply
  • September 14, 2012 at 8:35 pm
    Permalink

    entri yg bagus untuk peringatan & pembangkit semangat newbie mcm sy.huhu=)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE