Majlis Akad Nikah Abang Tersayang, Abg Zul

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Pagi semalam 21 Oktober 2011 ialah majlis akad nikah abang kesayangan cik tom, abg zul aka abg chik dengan isterinya, Mira (tak panggil akak sebab muda setahun dari cik tom ;D). Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kini status abang chik sudah bertukar kepada suami orang. Rasa tak percaya pulak sebab abang chik ni memang nakal orangnya. Memang agak terkejut bila abang chik suarakan nak kahwin pada hari raya yang lepas. Alhamdulillah majlis kahwinnya dah selesai semalam. Cik tom pun baru je sampai Terengganu pukul 5 pagi, pastu tidur kejap dan pukul 10 pagi tue bersiap-siap untuk ke majlis akad nikah abang. Memang rush sangat. hehe..

Ini antara gambar yang disnap oleh jurukamera tak bertauliah dan diambil dengan kamera handphone je. Kualiti agak rendah. huhu..Ini gambar 3 dulang yang dibawa ke majlis akad nikah. Dulang pihak lelaki semua 11 dulang hantaran. Tapi untuk majlis akad nikah, just bawak 3 dulang iaitu dulang hantaran cincin, gelang dan cek hantaran.

hantaran akad nikah

Ini gambar pelamin rumah mira kaler pink gitu. Cantik dan sweet warnanya.
Pelamin pengantin perempuan

Ini pulak bergambar sebelum upacara batal air sembahyang.

Lepas akak nikah: upacara batalkan air sembahyang

Gambar pengantin yang bergambar sakan. Seronok sakan abg chik dan mira bergambar. Happy for them 🙂

Pasangan pengantin berposing sakan

Hari ini kenduri majlis perkahwinan belah pihak perempuan. Kenduri majlis perkahwinan belah pihak lelaki rumah famili cik tom ialah 5 November 2011 ni. Pada yang berdekatan tue jemputlah datang 🙂

p/s: semalam banyak kena tanya soalan cepucemas dengan saudara-mara bila nak kahwin. hehe ;D

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

45 thoughts on “Majlis Akad Nikah Abang Tersayang, Abg Zul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE