Majlis Berbuka Puasa Swiss Inn Bersama Warga Pekak dari Persatuan Orang Pekak Johor

Majlis Berbuka Puasa Swiss Inn Bersama Persatuan Orang Pekak Johor | Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua… Tak sangka sekejap benar masa berlalu, kini kita sudah hampir 2 minggu berpuasa. Malahan kita bakal menginjak ke pertengahan tahun iaitu bulan Jun pada esok harinya.

Alhamdulillah pada Jumaat lepas ciktom telah berpeluang menghadiri satu majlis “Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Pekak Dari Persatuan Orang Pekak Johor“.  Majlis ini ialah salah satu program Corporate Social Responsibility (CSR) anjuran Swiss-Inn Johor Bahru meraikan satu kumpulan komuniti pekak yang istimewa iaitu Children of the Deaf Adults (CODA).

Majlis Berbuka Puasa Swiss In Bersama Persatuan Orang Pekak Johor

Majlis dimulakan pada jam 6.00 petang dengan kata aluan dari pengacara bersama dengan penterjemah bahasa isyarat.

Selepas bacaan doa dibacakan, Tengku Azmi bin Raja Abdullah  iaitu Pemangku Pengurus Besar Swiss-Inn Johor Bahru memberikan ucapan perasmian majlis.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Encik Mohd Yazid selaku Presiden Persatuan Orang Pekak Johor. Beliau sendiri adalah OKU pendengaran dan berucap menggunakan bahasa isyarat.

Walaupun hanya menggunakan bahasa isyarat tapi dapat dirasakan segala semangat dari ucapan beliau. Paling terkesan ialah harapan beliau agar akan datang lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan bagi golongan OKU pendengaran. Semoga harapan beliau ini bakal jadi kenyataan. amin..

Seronok melihat kanak-kanak yang hadir begitu ceria sekali. Kanak-kanak yang hadir ini ialah anak kepada ibu atau ayah Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran.

Pukul 6.45 petang bacaan doa berbuka puasa dibacakan dan semua tetamu bersurai mengambil makanan bagi persediaan berbuka puasa. Seronok dan sayu melihat betapa gembiranya melihat anak-anak ni bergurau senda menggunakan bahasa isyarat sewaktu mengambil manisan yang disediakan.

Kali pertama ciktom merasai sajian menu buffet ramadhan di Swiss-Inn JB, memang semua sajiannya enak dan kena dengan selera ciktom. Lagi meriah tengok kambing bakar.

Selepas berbuka dan solat maghrib, majlis diteruskan dengan upacara pemberian sumbangan dan juga duit raya kepada kesemua ahli keluarga CODA.

Comel dan sungguh berani si cilik bertudung ni datang ke depan seorang diri terima sumbangan dari Tengku Azmi.

Anak-anak CODA beratur untuk menerima sumbangan duit raya dari Swiss-Inn JB. Lihatlah cahaya keceriaan terserlah pada wajah anak-anak ini.

Antara orang kuat yang memastikan program CSR ini berjalan lancar iaitu Puan Haryati bersama Tengku Azmi bin Raja Abdullah serta Encik Mohd Yazid bin Bain dan tetamu lain.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama kesemua tetamu yang hadir. Betapa gembiranya anak-anak CODA menerima duit raya. Semoga program CSR seperti ini diteruskan lagi dan memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Tak dilupakan bergambar kenangan bersama Team #JDTblogger yang hadir iaitu Kak Hernee dan juga Juju. First time jumpa diorang tapi rasa macam dah kenal lama. Terima pada Kak Hernee sudi jadi driver bawa Ciktom dan Adira.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

5 thoughts on “Majlis Berbuka Puasa Swiss Inn Bersama Warga Pekak dari Persatuan Orang Pekak Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE